Kajian Tinjauan

Cross Sectional digunakan untuk mengutip data yang menggambarkan sikap, pendapat atau kepercayaan semasa. Reka bentuk Longitudinal pula digunakan untuk mengkaji individu dalam jangka masa tertentu. Kajian tinjauan umumnya melibatkan penggunaan soal selidik atau penggunaan maklumat statistik untuk mengumpulkan data mengenai sesuatu populasi, pemikiran atau tingkahlaku mereka. Statistik deskriptif yang biasa digunakan adalah seperti min, mod, median, peratus dan kekerapan.