Etika dalam Penyelidikan

Etika dalam penyelidikan dalam pendidikan adalah perkara yang berkaitan dengan perlakuan penyelidik serta bagaimana penyelidik mengaitkan atau melayan sampel semasa penyelidikan dibuat. Ia adalah berkaitan dengan norma serta standard piawai berperlakuan dan bertingkahlaku yang perlu dipatuhi oleh penyelidik.

Aspek-aspek penting dalam etika penyelidikan. Terdapat tiga aspek penting dalam etika penyelidikan;

  1. Menjalankan kerja professional mereka dengan nilai jujur serta ikhlas, dan dengan cara demikian tidak akan membahayakan penyelidikan akan datang.

  2. Menghormati hak-hak dan maruah kesemua mereka yang terlibat atau menerima kesan dari penyelidikan mereka.

  3. Memastikan seboleh mungkin menjaga kebajikan secara fizikal, sosial dan psikologikal yang mengambil bahagian dalam penyelidikan atau mereka yang akan menerima kesannya.

Penyelidik perlu menghormati hak peribadi peserta penyelidikan. Penyelidik perlu membina hubungan dengan seorang atau kumpulan sebelum mereka menyertai penyelidikan. Antara kod etika adalah :

  1. Kejujuran professional penyelidikan.

  2. Menghormati hak dan maruah peserta dan dapatkan persetujuan percuma.

  3. Menghargai masa dan usaha mereka.

  4. Perundingan bersama komuniti yang terlibat

  5. Pastikan peserta sentiasa mendapat makluman

  6. Menamatkan perhubungan dengan cara yang baik setelah kajian selesai.

  7. Privasi