Tinjauan Literatur

Apa itu Tinjauan Literatur?

Tinjauan literatur merupakan ringkasan atau ulasan dari artikel jurnal, buku, prosiding dan lain dokumen yang menjelaskan makumat lepas dan terkini berkaitan yang diperlukan bagi kajian yang dicadangkan. Proses in juga bertujuan mengenal pasti samada sesuatu kajian yang hendak dijalankan pernah dilakukan oleh penyelidik lain sebelum ini. Di samping itu juga, tinjauan literatur dibuat bertujuan:

Konteks Kajian

Menghuraikan dan membincangkan setiap pemboleh ubah kajian secara terperinci berdasarkan tinjauan literatur. Memberi pengenalan awal kepada pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar (rawatan) dalam konteks kajian yang ingin dijalankan.

Teori dan Model Kajian

Teori-teori atau model-model yang relevan serta berkait rapat dengan pernyataan masalah dan menjadi asas bagi mendasari kajian/skop kajian diperihalkan secara jelas dan komprehensif.

Dapatan Kajian-Kajian Lalu

Dapatan kajian lalu tidak melebihi 10 tahun yang relevan dengan bidang kajian dan dianalisis, disintesis dengan sangat jelas, tepat, padat, kritis dan meyakinkan. Rumusan dibincangkan dengan jelas, padat, kritis dan meyakinkan berdasarkan pelbagai sumber ilmiah yang sahih dan relevan. Maklumat dalam tinjauan literatur disintesis dan dirumuskan berdasarkan pelbagai sumber ilmiah yang sahih dan relevan.