FARAH DANIA ๐ข
IKHLAS
Konteks ikhlas dalam beribadah ini mudah disimpulkan iaitu berniat atau melakukan sesuatu itu semata-mata mengharapkan keredhaan Allah sahaja tanpa menyekutukan dengan yang lain.ย
ุนููู ุฃู
ูุฑู ุงููู
ูุคูู
ูููููู ุฃูุจูู ุญูููุตู ุนูู
ูุฑู ุจููู ุงููุฎูุทููุงุจู ูุงูู: ุณูู
ูุนูุชู ุฑูุณููู ุงูููููู
ููููููู: ุฅููููู
ูุง ุงููุฃูุนูู
ูุงูู ุจูุงูููููููุงุชูุ ููุฅููููู
ูุง ููููููู ุงู
ูุฑูุฆู ู
ูุง ูููููุ ููู
ููู ููุงููุชู ููุฌูุฑูุชููู ุฅูููู ุงูููููู
ููุฑูุณูููููู ุ ููููุฌูุฑูุชููู ุฅูููู ุงูููููู ููุฑูุณููููููุ ููู
ููู ููุงููุชู ููุฌูุฑูุชููู ููุฏูููููุง ููุตููุจูููุงุ ุฃููู ุงู
ูุฑูุฃูุฉู
ููููููุญูููุงุ ููููุฌูุฑูุชููู ุฅูููู ู
ูุง ููุงุฌูุฑู ุฅููููููู.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar Bin Al-Khattab RA berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, :Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang mengikut yang dia niat. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan siapa yang hijrahnya kerana dunia untuk dia dapatinya atau perempuan untuk dikahwininya, maka hijrahnya mengikut apa yang dia hijrah kepadanyaโ.
(Muttafaqun A'laih)
Ciri-ciri orang yang ikhlas adalah:
Istiqamah dalam melakukan kebaikan.
Tidak mengharapkan pujian.
Sentiasa bersabar dalam menghadapi ujian.
Insyaallah, dengan niat dan perilaku yang ikhlas bukan sahaja dalam beribadah malah dalam pekerjaan seharian, urusan kita akan dimudahkan dan ibadah juga diterima Allah.
SITI SAHMINHALINAย
Jangan terlalu cepat untuk mengulas tentang kehidupan orang lain. Kita sendiri pun, mana tahu berapa banyak kesilapan kita yang masih menanti keampunan dari Allah, kan?
Ingatlah hadis Nabi kita Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:
"ููุง ู ูุนูุดูุฑู ู ููู ุขู ููู ุจูููุณูุงูููู ููููู ู ููุคูู ููู ุจูููููุจูููุ ููุง ุชูุบูุชูุงุจููุง ุงููู ูุณูููู ููููุ ููููุง ุชูุชููุจูุนููุง ุนูููุฑูุงุชูููู ูุ ููุฅูููููู ู ููู ุชูุชูุจููุนู ุนูููุฑูุงุชูููู ูุ ููุชูุชูุจููุนู ุงูููููู ุนูููุฑูุชูููุ ููู ููู ููุชูุชูุจููุนู ุงูููููู ุนูููุฑูุชูููุ ููููุถูุญููู ูููููู ููู ุฌููููู ุฑูุญููููู"
Yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman dengan lisannya tetapi tidak dengan hatinya, janganlah kamu menggunjing Muslim lain dan jangan mencari-cari aib mereka. Sesungguhnya, barang siapa yang mencari-cari aib orang lain, maka Allah akan mencari-cari aibnya, dan apabila Allah mencari-cari aib seseorang, Dia akan mempermalukannya walaupun di dalam rumahnya sendiri."
Jadi, buat apa kita sibuk kira kesilapan orang lain? Bukannya kita dapat pahala pun. Lebih baik kita kira solat dan puasa kita - ada tak yang kita tinggal, yang tak khusyuk, yang kita lewatkan. Kita kira juga, berapa banyak ayat Al-Quran yang kita baca setahun ni. Dan berapa banyak zikir yang kita ucapkan?
Yang lalu biarlah berlalu. Mari kita teruskan langkah untuk kebaikan. Sebarkan kebaikan, sebarkan kata-kata yang menginspirasi, dan insyaAllah, malam kita akan dipenuhi dengan ketenangan dan keberkatan.ย
Penawar penyakit malas adalah kembali pada Allah. Kita jaga hubungan dengan Allah, Allah jaga kita. Rendahkanlah suara penuh sendu tatkala menongkat tangan ke langit (berdoa).
WAN FARIS
FATIN MAISARAHย
Ada yang tahu apa itu sahur? Sahur dari sudut bahasa adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam (Awnul Ma'bud, 6/469). Jika waktu malam itu 12 jam, bermakna waktu sahur 2 jam sebelum siang iaitu sekitar jam 4 pagi hingga subuh.ย
Oleh kerana sahur jatuhnya pada pukul sekitar 4 pagi dan sehingga subuh, maka ia amat istimewa kerana pada waktu ini kebiasaannya para solihin dan orang alim akan bangun tahajjud dan doa-doa akan di angkat ke langit In Shaa Allah sesiapa yang berdoa di waktu begini, ia umpama busar yang mengenai tepat sasarannya. Pada waktu beginilah, Allah menunggu keluhan, rayuan dan permohonan amount setiap hambaNya. Waktu sahur adalah waktu yang amat istimewa.ย
Apa Istimewanya Waktu Sahur?ย
Keistimewaan waktu sahur. Ada banyak keistimewaan waktu sahur yang mungkin kita terlepas pandang. Yang utamanya adalah doa-doa kita amat makbul. Berdoalah waktu sedang bersahur, beristighfar dan membaca Al-Quran.ย
Di bulan puasa, waktu sahur kebiasaannya kita bangun untuk makan sahur. Namun jika bangun hanya untuk makan dan minum sahaja tanpa ibadah lain adalah merugikan. Ia satu kesilapan kerana waktu tersebut pada hakikatnya adalah waktu terbalik untuk menunaikan solat malam, beristighfar dan berdoa.ย
Firman Allah:ย
ููุจูุงููุฃูุณูุญูุงุฑู ููู ู ููุณูุชูุบูููุฑููู
Ketika waktu bersahur (akhir-akhir malam), mereka berdoa memohon ampunan" (Adz Dzariyat: 18)
Rasulullah SAW bersabda:
ุฃูููู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ููุงูู ููุชูููุฒูููู ุฑูุจููููุง ุชูุจูุงุฑููู ููุชูุนูุงููู ููููู ููููููุฉู ุฅูููู ุงูุณููู ูุงุกู ุงูุฏููููููุง ุญูููู ููุจูููู ุซูููุซู ุงูููููููู ุงููุขุฎูุฑู ููููููู ู ููู ููุฏูุนููููู ููุฃูุณูุชูุฌููุจู ูููู ู ููู ููุณูุฃูููููู ููุฃูุนูุทููููู ู ููู ููุณูุชูุบูููุฑูููู ููุฃูุบูููุฑู ูููู
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Rabb kita Tabaraka wata'ala setiap malam Turun ke langit dunia ketiga sepertiga malam, Kemudian berfirman: 'barangsiapa yang berdoa kepada-Ku akan Ku kabulkan, barangsiapa yang meminta sesuatu kepada-Ku akan Kuberikan, barangsiapa yang meminta ampunan dari-Ku akan Kuampuni'" (HR Bukhari no. 1145).
Rebutlah keistimewaan waktu sahur dengan memperuntukkan masa untuk kita solat sunat malam, masa untuk kita beristighfar dan memohon keampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu serta memanjatkan doa memohon kebaikan di dunia dan akhirat.ย
SITI NURSYAHIRAH IWANIย
ย KELEBIHAN BERSEDEKAH
ย
Sedekah adalah suatu amalan yang sangat mulia di sisi Islam. Setiap sedekah yang kita hulurkan, pasti akan diberikan ganjaran yang tidak terhingga, malah dosa kita juga turut terhapus disebabkan sedekah itu. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api (Hadis Riwayat Imam Tirmizi)"
Selain itu, sedekah juga akan memberi keberkatan pada harta kita. Dengan adanya keberkatan, harta yang sedikit seolah-olah dirasakan banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan, harta yang banyak dirasakan seakan-akan sempit serta tidak mencukupi meskipun memiliki harta yang banyak dan melimpah ruah. Hayatilah sabda nabi s.a.w yang bermaksud:
"Harta tidak akan berkurang dengan sedekah (Hadis Riwayat Muslim)"
Oleh itu, sempena kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini, marilah bersama kita meringankan tangan untuk bersedekah semampu yang mungkin, menyediakan juadah berbuka puasa kepada jiran ataupun saudara segama kita dan sebagainya. Ingatlah ganjaran yang disebutkan oleh nabi s.a.w yang bermaksud:
Sesiapa memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikitpun dari pahalanya (Hadis Riwayat Imam Ahmad & At-Tirmizi)
UMAR