TARIKH: 5 JANUARI 2024 (JUMAAT)
PENULIS: FARAH
Siapa sangka aku akan menyertai IMISU lagi pada tahun ini. Sudah tentu, kalau pergi IMISU, mesti akan pergi misi. Aku mahu ke misi lagi ke? Hurm.. belum cuba belum tahu. Lagipun aku tekad hendak pergi semula ke Thailand atas sebab rindu ingin melaksanakan aktiviti disana. Seperti biasa, IMISU akan dijalankan di bilik kuliah masjid UNISEL. Kalau bersama DEV tapi belum pernah menyertai aktiviti yang melibatkan bilik kuliah masjid UNISEL, bukan betul-betul ahli tu. Sudah tentu, pengangkutan kami ke Bestari Jaya akan sentiasa menjadi Ahmad Haydhar, senior DEV yang tidak tahulah bila dia akan berhenti dengan DEV. HAHAHA apa boleh buat. Dengan kudrat aku yang sedikit tanpa makan apa-apa pada hari itu, aku berjalan membawa barang yang berat ke Dewan Pro Chancelor UNISEL Shah Alam. Aku pun tidak pasti mengapa aku pilih lokasi itu menjadi tempat berkumpul. Kami bergerak dari Shah Alam kira-kira pukul 1 lebih petang. Kami sampai ke ke Bestari Jaya pada pukul 2.30 petang. Kami fikirkan kami sudah lewat tetapi apabila kami sampai masih lengang bilik itu dengan hanya ada Dahlia dan Fatin Hawani. Pada pukul 3 lebih baru kami mulakan sesi pertama iaitu ice breaking. Memang ramai muka-muka baharu yang aku lihat tapi tak mengapa kita layan sahaja. Selepas itu, Slot Komunikasi yang disampaikan oleh Ahmad dimana dia mengajar kami cara-cara untuk membaca skrip pengerusi majlis dengan baik. Ciksu pula mengajar kami cara untuk berhadapan dengan orang ataupun 'eye contact'. Tahu-tahu sudah malam. Akhirnya tiba saat dimana kami perlu membuat keputusan sama ada kami bersedia untuk misi. Ciksu beritahu akan ada 2 misi, Misi TURDA Sabah dan Misi ke Thailand. Tanpa berfikir panjang, aku memilih untuk ke Thailand. Jadi kami pun dibahagikan, yang ke misi Thailand terdiri daripada aku, Sahmin, Faris, Annastasia, Fatin Mai, Iwani, Dahlia dan Umar. Jadi terbentuklah kumpulan yang baharu.🐢
TARIKH: 6 JANUARI 2024 (SABTU)
PENULIS: FARAH
Pagi yang agak cergas buat aku, walaupun aku tidaklah tidur dengan lena apatah lagi dengan bunyi 'alarm' masing-masing yg pelbagai, dari bunyi tangisan bayi ke bunyi suara ahli BTS. Kami mulakan pagi dengan riadah selepas selesai mathurat. Ciksu memilih aku untuk menjadi pemerhati semasa yang lain sedang beriadah
SITI SAHMINHALINA
Saya sedang tekun di dalam kelas Investment Analysis yang sepatutnya berlangsung pada hari Rabu jam 1 petang. Tanpa saya sedari jam telah menunjukkan betapa saya terlewat untuk bersiap dan menunggu di lokasi yang dipersetujui oleh semua pelajar Shah Alam yang menyertai Program IMISU ini. Saya telahpun melambatkan pergerakan mereka dan juga, Abang Ahmad Haydhar untuk menunaikan solat jumaat yang telah diwajibkan bagi seluruh kaum muslimin. Saya telahpun melalaikan diri saya dengan subjek kira-kira yang dapat menarik diri saya ke alam separa sedar. Dengan itu, saya pon bergegas pulang ke rumah dan diambil oleh mereka di hadapan rumah saya. Tanpa terlupa, sahabat baik sempat menyuakan pancake yang mereka buat ke dalam mulut saya!! TERIMA KASIH. Di bawah ruangan yang dingin, kami memulakan program dengan slot Ice Breaking dan Komunikasi yang disampaikan oleh Ahmad Haydhar. Pelbagai tips yang dikongsi oleh beliau. Sebagai contoh, intonasi nada suara seorang pengacara majlis ketika mendeklamasikan sajak, pantun atau sebaris lirik lagu. Seterusnya, kami meneruskan program bersama Ciksu iaitu pembahagiaan kumpulan misi iaitu Thailand dan Sabah. Saya dipilih untuk mengetuai Misi Jejak Patani 8.0. Kami terus berbincang secara terperinci perjalanan misi kami.
NAIK TURUN KEHIDUPAN (IMISU DAY-2)
Pada pagi ini, kami diberikan tugasan oleh Ciksu untuk menulis puisi mengenai Alam. Setiap puisi yang dideklamasikan sungguh bermakna dan sedap didengari. Seterusnya, kami sarapan cekodok ikan bilis tetapi masing- masing masih lapar. Kami meneruskan dengan sesi Tadabbur Al-Quran. Setiap peserta membuka muka surat al-quran secara rawak untuk mendapatkan kepelbagaian topik. Sebagai contoh, syirik, kisah maryam dan tauhid Allah. Kami pula mula meneruskan slot Pengurusan Kewangan&Dana. Setiap ahli misi perlu mengumpul RM1000. Ciksu juga mengarahkan kami untuk membuat ayat hebahan untuk dikongsi kepada 10 orang dan dikemaskini ke dalam whatsapp misi. Kami juga perlukan membuat panggilan telefon kepada 10 orang tersebut. Kemudian, kami mengadakan google meet bersama Encik Azhaari mengenai Penulisan Travelog. Dan di waktu malam, kami melakukan Graf Kehidupan. Bermula dari 2 tahun sehingga kini, dimanakah titik bahagia dan kecewa anda? . Semua perlu bentangkan kisah pahit manis sendiri di hadapan rakan misi masing-masing.
KEPENATAN (IMISU DAY-3)
Pagi yang hening ini cukup membuatkan mataku begitu berat untuk dibuka. Sembab sungguh mataku dibuatnya. Kami memulakan aktiviti kami dengan senaman pagi. Kami bermain permainan telefon rosak melalui perbuatan, dan simulasi gaza. Seterusnya, kami memberikan tazkirah O-Group seminit dengan tajuk Tawakal. Kami meneruskan lagi dengan persediaan link tree. Kami perlu menyediakan Google Sites, Google Slide, kertas kerja MISI JEPAT 8.0 dan Google Sheet. Ketua misi juga perlu menyediakan Google Form untuk mendapatkan maklumat peribadi ahli misi. Ciksu memantau setiap pergerakan kami dan membetulkan kerja kami. Kami menggunakan objektif yang sama setiap tahun malangnya dapat dikesan oleh Ciksu. HAHAHAHAH adoi kerja tak clean. Akhir sekali, kami melakukan majlis penutupan dengan sesi bergambar. Kami pulang ke rumah masing- masing dan bercuti dengan membawa pulang beban yang akan datang.
Day- 1 (D-day)
Sampai je bilik kuliah, ada Dahlia dan Fatin. Disebabkan Annas dah penat berjalan berpusing-pusing kat kampus, Annas teguk la sebotol air mineral sambil berkenalan dengan ahli DEV Shah Alam. Banyak muka baru yang kita baru jumpa. Antaranya Fara, Sahmin, Iwani dan Fatin Maisara dan yang lain-lain. Tapi ada yang dah jumpa masa PIKNIK DEV dan ISUKA-13.
Slot pertama merupakan ice breaking dan seterusnya komunikasi. Abang Mad berkongsi ilmu tentang cara untuk menyampaikan sesebuah ucapan. Abang Mad volunteer bawa aku pergi beli waffle, sebab aku lapar sangat :'( Yang aku boleh ingat, adalah tentang nikmat makan talam. Sejak dah tak duduk di batu 12, aku tak pernah makan bertalam. Excited masa makan bertalam. Rasa semua macam rapat. Malamnya kami dah dibahagi kepada 2 kumpulan, TurDa dan JEPAT. Kami dibenarkan tidur agak lewat. Memandangkan hari sebelumnya tak tidur menyiapkan assignment, malamnya aku mengantuk tahap nak marah si Wan Faris.
Day- 2 (Rollercoaster in Lyfee)
Paginya bangun aaaawal, pukul 5.30 pagi kita dh siap mandi wak HAHA. Hari kedua ni, hampir kesemua slot agak heavy. Kami belajar cara mengurus wang, cara menulis travelog, dan cara membuat kertas cadangan. Ciksu tunjukkan kami pengalaman-pengalaman senior kami yang pernah menyertai misi.
Sharing Misi dikongsi oleh Wan Faris, Farania dan Fatin Hawani. Banyak perkongsian yang menarik dan sedikit sebanyak makin menarik minat aku untuk lebih bersemangat join misi. Sepanjang hari kami juga terlibat dalam tazkirah berantai- Tawakal dan Kerjasama. Banyak perkongsian yang diberikan dan yang paling aku suka adalah dari Sahmin. Cara penyampaiannya sangat matang, aku kagum.
Pada malam selepas isyak, kami dikumpulkan dalam satu bulatan dan ciksu menyuruh kami melukiskan graf kehidupan dari bayi hingga umur terkini. Sejujurnya, aku seorang yang emosi. Jadi aktiviti ini sedikit sebanyak memainkan perasaan dan menyakitkan hati aku apabila mengingati masa silam. Pun begitu, apabila dengar cerita daripada Umar, Sahmin dan Fatehah.
Akhirnya, kami melakukan simulasi post mortem. Semua orang wajib memilih zikir, aku asalnya memilih hasbunallah wanikmal wakil tapi memandangkan zikirnya panjangg bangett. Aku tukar kepada subhanallah. Semua duduk di dalam bulatan dan melakukan post mortem- kiraan zikir, dosa besar serta kesan dan pesan.
Day-3 (Qada' Tidur)
Hari ketiga, battery percentage = 20%. Hari ketiga aku dah tak fokus, nak cerita pun dah tak ingat. Sepanjang slot aku membelakangkan ciksu, hanya untuk lelap. Akhirnya kami belajar Plan of Action, basically cara untuk kami mengumpul dana bagi misi thailand. Di mana semua orang mempunyai target yang sama iaitu RM1,000. Aku call dan text sesiapa yang aku percaya dan mereka meyakinkan untuk beri aku wang walaupun sampai kesudah tak dapat.
Akhir sekali, sebelum bersurai aku bergambar bersama semua peserta yang lain, abang Mad dan Ciksu. Aku balik awal selepas mendapat izin daripada ciksu. Ralat sikit je sebab tak sempat makan asam pedas Wan tapi memikirkan mama nak cepat dan aku pun dah ngantuk sangat. Aku halakan juga kaki ke kereta tanpa rasa bersalah...
PENGALAMANKU PERTAMA KALI JOIN IMISU (IMISU DAY-1)
TARIKH: 5 JANUARI 2024 (JUMAAT)
PENULIS: FATIN MAISARAH
Tahun lepas sepatutnya aku pergi IMISU tetapi aku tidak dapat pergi kerana ada 'assignment' yang perlu disiapkan, aku memang nak pergi IMISU tapi tak ada rezekiku waktu itu. Jadi tahun ni, Alhamdulillah aku diberi rezeki untuk pergi IMISU buat pertama kali. Aku tak sabar nak dapat pengalaman pergi misi. Pada malam hari Khamis itu aku dah buat senarai barang apa yang perlu aku bawa pada esok hari. Selepas selesai buat senarai itu aku pun tidur. Pada keesokkan harinya, aku terbangun lambat pada pagi itu. Ceritanya, malam sebelum tidur tu aku kunci jam telefon aku pada pukul 6:00 pagi sebab aku ada kelas pada pagi Jumaat itu pukul 9:00 pagi, sepatutnya aku bangun, tapi nak dijadikan cerita aku tak dengar 'alarm' telefonku waktu itu. Jadi, disebabkan aku tak bangun, ayah aku pun kejut aku pada waktu itu dan aku terus mandi waktu itu. Selepas selesai mandi, aku pun siap-siap dan kemas pakaianku. Lebih kurang pukul 8:10 pagi tu aku pun keluar rumah dan bawa beg pakaianku sekali untuk gerak ke Shah Alam. Waktu tu ayahku pun nak pergi kerja sekali dan dia hantar aku sekali ke UNISEL Shah Alam. Sesudah sampai UNISEL aku pun terus masuk kelas Principles of Accounting. Lebih kurang pukul 11 lebih pagi, kelas Principles of Accounting habis. Selepas itu, aku terus pergi ke rumah Iwani dan ajak dia pergi makan bersama-sama aku di Restoran Belanga sambil menunggu abang Ahmad Haydhar (senior DEV) datang ke UNISEL Shah Alam untuk ambil aku, Farah, Iwani, Sahmin dan Nadiah. Ketika kami berdua sedang makan di Restoran Belanga, Farah telefon aku dan memberitahu yang abang Ahmad dah sampai UNISEL, kami berdua pun habiskan makanan masing-masing. Selepas selesai makan, kami pun terus bergegas ke UNISEL Shah Alam dan berjalan menuju ke kereta abang Ahmad. Sambil itu kami pun menunggu Sahmin habis kelasnya. Pada pukul 1 lebih petang, kami pun gerak dari UNISEL Shah Alam ke UNISEL Bestari Jaya untuk hadir program IMISU. Perancangan asal sepatutnya kami bergerak dari UNISEL Shah Alam pada pukul 12 tengah hari, tapi disebabkan aku dan Sahmin ada kelas dan waktu habis kelas kami masing-masing hampir tengah hari, jadi kami pun tergerak lambat sikit iaitu pada pukul 1 lebih petang. Kami pun bergerak ke Bestari Jaya dan selamat sampai di Masjid UNISEL, Bestari Jaya lebih kurang pukul 2:30 petang. Aku ingat kami orang yang paling lewat sampai, rupa-rupanya bila kami sudah sampai di bilik kuliah yang sudah sampai awal cuma Dahlia dan Fatin Hawani ketika itu. Jadi kami pun terus letak beg pakaian kami di dalam bilik itu. Selepas itu, disebabkan masih ada lagi yang belum sampai dan banyak masa waktu itu, aku pun ajak Iwani teman aku pergi Cafe sekejap, jadi aku berkata dengan Iwani "jom lah kita jalan kaki pergi Cafe", Iwani pun berkata dengan aku "okay, jom. Tapi Fatin tahu tak jalan nak ke Cafe?" Aku terus berkata dengan Iwani, "tahu, tapi tak berapa ingat jalannya". Jadi, kami pun jalan kaki ke arah Cafe dalam keadaan aku tak berapa ingat jalannya. Selepas beberapa minit aku terus ingat balik laluan ke Cafe, tapi disebabkan jauh jadi kami pun patah balik ke Masjid UNISEL. Sesudah kami sampai depan masjid, aku dan Iwani terserempak abang Ahmad. Abang Ahmad bertanya dengan kami "nak pergi mana?" Kami pun berkata "kami nak pergi Cafe tapi tak ingat jalan". Ketika itu, kami berdua terserempak dengan Dahlia dan Annas, mereka pun mahu pergi Cafe juga. Lalu, abang Ahmad pun pelawa kami dan bawa kami ke Cafe dengan menaiki keretanya. Selepas selesai membeli makanan di Cafe, kami terus pulang ke Masjid UNISEL dan program IMISU terus dimulakan dengan ice breaking. Ciksu (Penasihat DEV) menyuruh kami semua mengambil gambar 'selfie' bersama rakan-rakan kami dan kami kena hantar gambar 'selfie' tersebut kepada tuan badan tersebut dan kami juga disuruh oleh ciksu untuk 'save' nama dan nombor mereka. Seterusnya, program diteruskan lagi dengan Slot 1: Komunikasi yang disampaikan oleh abang Ahmad. Beliau mengajar cara menyampaikan ucapan dan cara intonasi seorang pengacara majlis menyampaikan ucapan dengan betul. Selepas itu, kami solat Asar dan riadah. Pada pukul 6 petang kami makan malam bersama-sama. Kami makan konsep makan bertalam (makan dalam dulang). 'First time' aku makan bertalam, bagi aku memang agak susah nak makan bertalam tu sebab berhempet kan, tapi bila cuba tu mudah sahaja. Alhamdulillah. Selepas selesai makan, kami terus menunaikan solat maghrib. Kemudian, kami diberi tugasan oleh ciksu untuk membuat tugasan selama 30 minit iaitu kami perlu membuat dan mencari inpirasi tokoh, kisah teladan, kisah lucu, teka-teki, tazkirah, petikan, ayat dan doa. Selepas itu, kami solat isyak. Kemudian, kami berkumpul semula di bilik kuliah dan program diteruskan dengan Slot 3: Keputusan. Ciksu memberitahu kami semua terdapat 2 misi kali ini iaitu Misi Thailand dan Turda Sabah. Ciksu terus berkata waktu itu sebelah tangan kanannya ke Misi Thailand dan sebelah tangan kirinya ke Turda Sabah. Jadi kami semua terus membuat keputusan waktu itu, aku, Farah, Sahmin, Faris, Annas, Iwani, Dahlia dan Umar membuat keputusan untuk pergi ke Misi Thailand. Seterusnya, program diteruskan dengan Slot 4: Mapping Talent. Ciksu memberitahu kami semua waktu itu yang kami akan ke Sukhirin, Narathiwat. Akhir sekali, program diteruskan lagi dengan Slot terakhir pada hari itu iaitu Slot 5: Merancang Perancangan untuk misi ini. Kami akan menjalankan misi kami pada bulan Ramadhan selama 14 hari iaitu 2 minggu bermula 23/3/2024 hingga 5/4/2024. Jadi kami berbincang waktu itu, kami akan naik bus dari Shah Alam ke Pengkalan Kubor. Sampai di Pengkalan Kubor kami naik sampan ke Tak Bai. Pada masa yang sama, kami juga berbincang tentang jawatankuasa yang kami akan pegang sepanjang misi kami nanti. Aku dipilih oleh Farah untuk menjadi AJK Logistik untuk MISI JEPAT 8.0. Pada waktu itu aku fikir aku boleh ke bawa jawatankuasa ini, Farah pun beritahu aku tugas AJK Logistik waktu itu. Tanpa buang masa, aku terus berkata 'boleh' kepada Farah untuk jadi AJK Logistik. Aku terus berkata dengan diri aku waktu itu, "tak apa lah kita belajar benda baru bagus juga." Kami berbincang hampir pukul 1 lebih pagi waktu itu. Lebih kurang pukul 1:15 pagi perbincangan kami habis dan tamat pada hari itu. Akhirnya, kami pun masuk tidur pada pukul 1:15 pagi.
CABARAN (IMISU DAY-2)
TARIKH: 6 JANUARI 2024 (SABTU)
PENULIS: FATIN MAISARAH
Pada waktu pagi yang masih gelap lagi waktu itu iaitu pada pukul 4 lebih pagi mulanya, aku terkejut dan terjaga dari tidurku kerana terdengar 'alarm' Iwani, Farah dan Fatin Hawani. Aku tidur betul-betul sebelah telefon Iwani dan Farah pada malam itu kerana mereka mengecas telefon mereka. Aku terkejut apabila terdengar alarm mereka, kerana kuat sangat HAHAHA. Tapi aku okay je. Aku yang jadi tukang matikan 'alarm' Iwani dan Farah waktu itu HAHAHA. Banyak kali juga aku kena matikan 'alarm' mereka berdua HAHAHA. Aku okay je HAHAHA. Dah matikan 'alarm' mereka aku sambung tidur balik sebab masih awal lagi untuk aku bangun tidur waktu itu. Cuma 'part' yang aku tak boleh lupa bunyi 'alarm' si Iwani dan Fatin Hawani HAHAHA. 'Alarm' si Iwani bunyi lagu KPOP dan Fatin Hawani punya 'alarm' pula bunyi suara bayi yang menyeramkan dan kelakar bagi aku HAHAHA macam-macam lah bunyi 'alarm' Nya. Waktu pun sudah menghampiri kami semua untuk bangun, pada pukul 5 lebih pagi kami semua bangun dan bersiap-siap untuk Slot seterusnya pada hari ini. Pada pukul 6 lebih pagi kami pergi solat subuh dan Tadabbur Al-Quran. Seterusnya, pada pukul 7 pagi kami pergi buat senaman bersama-sama iaitu kami diberi tugasan oleh ciksu untuk mengira matematik menggunakan akal fikiran kami dan berlawan dengan kawan kami. Dalam masa yang sama, Farah menjaga dan memerhati kami sepanjang permainan kami dijalankan. Selepas itu, senaman kami diteruskan lagi dengan senaman Ecowellness yang dibawa oleh Annastasia. Kami belajar cara menahan dan menghembus nafas dengan betul. Kemudian, senaman terakhir kami pada pagi itu, kami disuruh oleh ciksu untuk mengutip satu helai daun atau batu dan apa sahaja yang ada di sekeliling kami. Kemudian, kami perlu rasa benda yang kami ambil tadi dengan menggunakan lidah kami dan kami perlu beri tahu apa rasa benda itu 😅. Selepas itu, kami perlu mengambil gambar 'selfie' bersama-sama dengan ahli misi masing-masing. Seterusnya, kami sarapan cekodok ikan bilis bersama-sama yang dimasak oleh Wan Faris. Selepas selesai sarapan, kami sambung dengan Slot seterusnya iaitu Slot 6: Pengurusan Kewangan dan Dana. Ciksu memberi tugasan kepada kami iaitu membuat ayat hebahan. Ciksu memberitahu dan menyuruh setiap orang kena kumpul dana sebanyak RM1000. Ciksu juga menyuruh kami mencari 10 orang yang kami percaya dan anggarkan jumlah dana yang kami 'target' untuk setiap orang dalam kalangan 10 orang itu. Selepas itu, ciksu menyuruh kami semua 'forward' dan 'chat' ayat hebahan kepada 10 orang tersebut. Selesai hantar ayat hebahan itu, ciksu menyuruh kami semua 'call' salah seorang yang ada dalam senarai 10 orang itu dan kami perlu memberitahu ayat hebahan kami ketika 'call' orang tersebut. Bukan itu sahaja, kami juga perlu beritahu tujuan kami meminta dan mengumpul dana tersebut. Seterusnya, pada pukul 10:30 pagi kami sambung Slot seterusnya iaitu Slot 7: Travelog. Kami belajar cara menulis travelog yang menarik bersama Encik Azhaari di platform Google Meet. Selepas itu, kami tunai solat zohor dan solat asar. Kemudian, pukul 6 petang kami makan malam dan pukul 7 malam kami tunai solat maghrib. Selepas selesai tunai solat maghrib kami sambung dengan aktiviti Sharing Misi Antarabangsa yang disampaikan oleh Farah Dania wakil Misi JEPAT 7.0 dan Fatin Hawani wakil Misi MALANA. Pukul 8:30 malam pula kami tunai solat isyak. Seterusnya, pada pukul 9:00 malam kami sambung dengan Slot seterusnya iaitu Slot 9: Graf Kehidupan. Kami diberi tugasan oleh ciksu untuk melukis graf kehidupan kami dari umur 2 tahun hingga umur kami yang sekarang dan kemudian kami kena menjelaskan setiap fasa graf kehidupan kami kepada kawan-kawan kami. Akhir sekali,
SITI NURSYAHIRAH IWANI
PELUANG TERAKHIR (IMISU DAY 1)
TARIKH: 5 JANUARI 2024 (JUMAAT)
NUKILAN: WANI IWA
Dari permulaannya lagi matlamatku sertai kelab DEV disebabkan aku jadi sukarelawan tapi setelah 2 tahun lebih inilah peluang pertama dan terakhirku dalam berbaki beberapa bulan lagi sebelum tamat belajar. Sebelum ini aku sudah hampir menyertai misi negeri sembilan/penang, namun ibu bapaku tidak benarkan atas isu kewangan walaupun aku sudah beritahu mereka yang tidak perlu keluarkan modal pun. Nak buat macam mana kan? Benda sudah berlaku, jadi inilah orang kata fresh start untuk aku tegakkan matlamatku sebagai ahli DEV.
Ini adalah kali pertama aku sertai I-MISU. Jika para ahli ingin pergi ke misi mereka wajib pergi I-MISU. Itulah yang aku baca ketika ayat hebahan dan poster disebarkan. Sepatutnya aku bekerja pada 6 dan 7 januari tapi tak mengapa, peluang ini bukan selalu ada dan aku dilemma pada mulanya yang patutkah aku pergi atau tidak namun setelah meluahkan apa yang terbuku dalam dada pada kawan sekerjaku, dia nasihat supaya pergilah IMISU ini demi pengalaman dan penuhkan hasratku. Jadi inilah dia perjalanan menuju ke impianku. Program I-MISU ini bertempat di Masjid UNISEL kampus Bestari Jaya.
Aku dan Fatin mulanya buntu dan telah bertanya pada ahli yang lain sama ada ada pengangkutan ke sana atau tidak kami akan berangkat ke sana menaiki kenderaan awam iaitu LRT dan KTM tapi itulah keputusan ini bakal mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasi dan mengunakan wang yang agak banyak apabila turun ke KTM Rawang kami perlu menaiki grab ke BJ. Nasib kami begitu baik kerana Abang Ahmad iaitu senior/Alumni akan membawa kami kesana kerana kebetulan dia bakal mengetuai slot pertama program I-MISU tersebut.
Pada hari itu aku tiada kelas jadi aku sangatlah santai dan kemas barang yang hendak dibawa termasuk sebuah beg roda mini beserta beg laptop galas. Pagi itu kami berdua telah merancang untuk makan brunch di Periuk Belanga kerana Abang Ahmad kata kita akan bergerak tengah hari. Ada juga tiga orang yang lain menumpang untuk gerak bersama iaitu Farah, Min dan Nad. Mereka kecuali Farah ada kelas yang tamat pada jam 12 jadi tunggu mereka habis kelas lalu kami pun akan bergerak. Fatin pun ada kelas 9-12 pagi. Seteleah Fatin habis kelas dia pun datang ke rumahku dan kami bergerak ke restoran itu sambil menunggu kehadiran Abang Ahmad ke UNISEL Shah Alam. Ketika sedap bersembang dan makan makanan masing-masing itu tuba-tiba Farah menelefon Fatin dan bertanya keberadaan kami serta suruh segera datang kerana Abang Ahmad sudah tiba. Kami pun segera habiskan makanan dan selepas itu kami menuju ke UNISEL dan lihat semua menunggu di dalam kereta kecuali Min tak sampai lagi kerana kelasnya habis lambat.
Pada jam 1 kami pun bertolak dan selamat sampai di Masjid UNISEL BJ pada jam 2.30 petang. Program tersebut bermula pada jam 2 petang jadi kami pun macam alamak dah lambat sampai tetapi nasib baik ketika kami tiba di bilik seminar tidak semua yang sampai lagi. Fatin Hawani dan Dahlia antara terawal yang tiba di situ jadi kami semua bersantai menunggu ketibaan yang lain. Sementara itu, Fatin mengajak aku untuk berjalan-jalan jadi aku pun ikut dan pergi membeli cendol di luar Masjid yang ketika itu penjual itu sedang mengemas untuk pulang. Rezeki kami, abang si penjual itu memberikan 2 bekas kuih iaitu kaswi dan roti jala lalu kami pun berterima kasih. Tiba-tiba Fatin mengajak aku ke Cafe pula tapi sedikit jauh jika berjalan kaki. Setelah itu kami telah berjalan lalu di depan perpustakaan lalu kami agak tersesat dan memutuskan untuk kembali semula ke Masjid. Kebetulan saja Abang Ahmad ingin ke Cafe jua jadi kami pun bergerak menaiki keretanya.
Setelah kembali ke Masjid selepas itu program I-MISU pun bermula dengan Ice Breaking dan 4 slot, diikuti dengan slot 1 : Komunikasi tentang cara menyampaikan ucapan dalam majlis kemudian solat Asar, riadah dan makan malam nasi, telur dadar, ikan bilis goreng serta sambal kicap makan menggunakan talam yang dimasak oleh Wan dan Dahlia ya. Bak kata ciksu (penasihat kelab DEV) makanan bertemakan Palestin. Kemudian diikuti tazkirah berantai bertajuk sabar dan kami semua diberi masa 1 minit untuk bertazkirah. Aku bertazkirah mengenai sabar sebagai seorang anak. Selepas itu, slot : Keputusan untuk memilih misi yang manakah yang kami akan pilih dan pergi. Ciksu memberitahu kami semua terdapat 2 misi; Jejak Pattani dan Turda Sabah. Aku, Fatin, Farah, Min, Anas, Wan, Dahlia dan Umar memilih untuk pergi ke misi Thailand; Jejak Pattani 8.0. Kemudian slot: Mapping Talent dan slot: Merancang Perancangan untuk flow misi. Aku terpilih untuk menjadi Ajk Multimedia, Fatin; Ajk Logistik, Dahlia; Ajk Aktiviti, Umar; Ajk Tajaan, Wan; Bendahari, Anas; Setiausaha, Farah menjadi mentor dan Min menjadi ketua bagi misi ini. Pada malam itu kami semua disuraikan untuk tidur pada lebih kurang jam 1.15 pagi.
(IMISU DAY 2)
P
CAHAYA GERIGA
TARIKH : 5 JANUARI 2024
CORETAN : UMAR
Kepeningan ribut dunia memecahkan benak fikiran di hening pagi, berjalan melangkah melepasi pagar hostel siswa. Menulusuri susur gajah melepasi FESS menuju tempat bersidangnya, Masjid Unisel.