FARAH DANIA
Kami yang berpuasa bangun sahur pada pukul 4.30 pagi, lagi setengah jam mahu azan subuh. Selepas subuh, kami ingat mahu mandi tetapi Ciksu mengajak kami untuk O-grup al-mathurat pagi. Kami juga berbincang untuk selaraskan aktiviti pada pagi nanti, iaitu Modul Pembelajaran Bahasa Inggeris. Kami mengemas sedikit rumah anak yatim itu sebelum ketibaan budak-budak kampung. Pada pukul 8.30 pagi, budak-budak kampung telah tiba dan sesi pendaftaran dijalankan. Sepanjang pendaftaran aku mengharap yang anak murid yang aku ajar tahun lepas hadir. Alhamdulillah, kebanyakkan budak-budak kampung yang pernah aku ajar pada tahun lepas masih ingat akan aku..huhuhu terharunyaa..
Aku tidak terlibat dalam menjadi fasilitator untuk slot ini, tapi atas sebab aku perlu membuat pengenalan diri dan agak bosan, aku menyelit disitu. Hihi.. Sepatutnya aku dan Sahmin perlu hadiri majlis khatam alquran di Surau Aur yang dibuat oleh kaum ibu tetapi atas sebab tempat yang terhad, kami hanya singgah sebentar dan balik semula. Sepanjang slot Bahasa Inggeris, aku melihat ahli pasukan aku yang lain bersungguh meng'handle' budak-budak itu. Kekurangan itu ada tapi untuk permulaan ia agak baik. Selesai slot pertama, kami berehat dan sedar betapa penatnya melayan budak-budak itu.
Slot seterusnya adalah slot Nature Art yang diketuai oleh Annas. Aku ditugaskan menjadi fasilitator dan aku perlu kendalikan bahagian melukis atas beg tangan untuk perempuan. Aku dan salwa memberi arahan kepada budak-budak itu untuk melukis sebarang unsur alam, tulis DEV dan EKO WELLNESS atas beg tangan menggunakan 1 pen marker berwarna sahaja. Sepanjang slot itu, aku amat kagum dengan budak-budak itu kerana mereka amat kreatif dan lukisan mereka amat menarik. Walaupun pada awalnya mereka agak keliru tetapi mereka dapat laksanakan dengan baik.
Nama: Siti Sahminhalina Binti Juhan
Tarikh: 24/3/2024
Tempat: Kampung Nad Tanjong, Pattani
Jam 430 pagi, kami semua bersahur bersama akok yang diberikan oleh Abe Hasan. Sungguh bulat akoknya dan sedap! .Selepas azan subuh, kami melakukan O-Group dan sharing bertemakan kisah teladan. Saya berkongsikan tentang " Seekor unta dan pemiiliknya ". Kami mulakan pagi kami dengan modul pembelajaran Bahasa Inggeris. Seramai 33 orang yang hadir ke kelas tersebut. Mereka terdiri daripada umur 15 tahun dan ke bawah. Wan,Umar,Wani,Amy,Salwa dan Fatin bertugas sebagai fasilititator.
Pada jam230 petang, kami meneruskan lagi dengan modul pembelajaran Seni iaitu Nature Art. Annas sebagai ketua fasilitator telah membahagikan kepada dua kategori iaitu seni lukisan dan juga seni beg tangan. Mereka yang berumur 15 tahun sehingga 5 tahun akan melakukan seni tote bag dan sebaliknya akan melukis. Saya melihat setiap tindak tanduk mereka dalam meluahkan citarasa mereka sendiri. Saya amat kagum dengan kreativiti mereka. Saya agak kekok dalam mengendalikan kanak-kanak yang berumur 5 tahun. Saya masih lagi mencuba untuk menjadi kakak yang baik. Namun telah pun dikhabarkan oleh rakan misi saya, mereka akan menjual nama saya jika ingin membuat budak-budak takut. Dengan senang kata, saya merupakan ketua misi yang garang.
Setelah habis segala sesi pembelajaran, Wani dan Salwa mengikut Jalita iaitu anak Encik Usman untuk ke bazaar dengan hanya menaiki sebuah motosikal. Kami saling memesan makanan yang kami ingin rasa iaitu Lokching, Wantan dan sebagainya. Kami menghabiskan hari kami dengan kelelahan.
Permulaan hari yang agak menarik, waktu sahur aku lupa nak minum air lepas makan kurma. Kesannya? Tekak kering :( Selepas sahur dan solat subuh, kami satu team berkumpul untuk mesyuarat bacaan al-Matsurat yang diketuai oleh saudara Faris dan bacaan doa oleh saudara Umar. Selepas sahaja kami membaca al-Matsurat, kami mendengar tazkirah daripada Sahmin dan diteruskan lagi dengan nasihat daripada ciksu.
Setelah selesai menunaikan tanggungjawab kepada tuhan, kami
WAN FARIS
KEPENATAN DAN TERHARU
Tarikh: 24/3/3024
Tempat: Pertubuhan Rumah Anak Yatim Nad Tanjong
Penulis: Fatin Maisarah
Kami mulakan hari pertama aktiviti kami dengan sahur. Kami bangun sahur pada pukul 4:30 pagi macam tu. Kami sahur sendiri sahaja iaitu roti tempayan dan burger ayam. Kami sahur setengah jam lagi nak masuk waktu subuh iaitu pada pukul 4:59 pagi. Selepas selesai solat subuh iaitu pukul 6 pagi kami terus dengan aktiviti O-Grup, kami melakukan aktiviti tazkirah yang bertajuk tentang kisah teladan. Kemudian, pukul 6:20 pagi O-Grup diteruskan lagi dengan bacaan Al-Mathurat. Tetapi malangnya, aku tak dapat join O-Grup waktu itu kerana aku disuruh oleh Farah untuk mandi dahulu pada waktu itu.
24 Mac 2024
Tiada tajuk (jepat day 2)
wani iwa
Aku bangun pagi jam 4.10 dikejut oleh sleepmate iaitu Farah, dan mandi jam 4.40pagi tst kerana baru saja mendapat giliran waktu itu. bersahur roti tempayan(kelihatan seperti roti bom tetapi lebih tebal dan makannya dicicah bersama kuah kacang. Roti tersebut dibawa pulang dari Surau Aur berdekatan tempat tinggal team jepat di Rumah anak Yatim kerana pada hari semalam kami semua ( team jepat) berbuka di sana dan tidak dapat menghabiskan roti itu kerana kekenyangsn kadi kami pun putuskan untuk membawanya pulang elak pembaziran. Dan aku juga makan burger ayam kongsi dengan Fatin Mai dan adik Salwa dibeli oleh Umar dan Wan hasil pembelian moreh malam tadi. Kami sahur dalam bilik sahaja.
• Jam 5.08pagi tst azan subuh pun berkumandang lalu kami pun bergilir mandi pagi. Hmm sampai saja giliran Fatin Mai mandi lama sangat-sangat. Aku rasa hampir sejam juga. Aku dan peserta perempuan yang lain; Annas, Min, Farah, Salwa, dan Amy sering mengingatkannya supaya mandi cepat sedikit namun entah mengapalah seperti tiada perubahan saja. Ada sahaja alasannya.
• Selesai sahaja giliranku mandi aku pun duduk berehat dan meng 'upload' segala video dan gambar tempat yang kami kunjungi semalam di aplikasi Instagram kebetulan aku bercuti dari solat dan kawan-kawanku yang boleh solat mereka pun Solat subuh. Tak
• Al mathurat
• Og group : kisah teladan
• 710pagi tst Kemas dalam ruang yayasan anak yatim untuk digunakan ketika kelas pembelajaran nanti
• 830-11.30pagi pendaftaran nama dan kelas pembelajaran modul bahasa inggeris
• Sesi ambil gambar dan bersurai
• Rehat dan solat zuhur
• 230-4pagi mula kelas nature art melukis untuk pelajar berumur 8 tahun ke bawah lukisan spontan pada tote bag untuk pelajar berumur 8 tahun ke atas
• Sesi bergambar dan bersurai
• Rehat seketika
• Solat asar, Al mathurat dan og
• 4.45pm Tst aku pergi ke bazaar bersama salwa, Jalita yang bawa kami menaiki motor ke sana. Jalita anak ustaz Osman dan bakal sambung belajar di Qairo, Mesir ambil jurusan Farmasi. Tiba kami di situ kami hilang kata-kata melihat suasana dan juadah yang dijual. Semuanya nampak sedap, menarik dan sangat mengiurkan. Makanannya pun murah² belaka, rasa seperti mahu mengangkut semua saja🤣. Tapi kami perlu berjimat cermat dan beli apa yang perlu saja untuk moreh. Aku dan Salwa beli crepe cream perisa 🍓, 🍫, 🫐 dan oreo setiap satu 10 baht, teh hijau thai, teh beng 10 baht(Fatin kirim), lokching 1 cucuk 10 baht (Min kirim), dim sum udang dan ayam (1 cucuk 10 baht) dan Wanton goreng ayam 20 biji 20 baht, wanton udang 10 biji 10 baht.
Ohh yaa!! Semasa membeli lokching daging untuk Si Sahmin, aku sempat beramah mesra dengan makcik penjual itu, alang-alang dia bertanyakan tentang kelas yang kami adakan untuk anak-anak kerana dia ingin menghantar anak bongsunya berumur 5 tahun ke kelas kami bersama anak keduanya berumur 13 tahun. aku pun memujuklah makcik itu untuk menghantar anaknya ke tempat kami dan dia pun bersetuju. Ada suatu ketika makcik itu bertanya tidak mengapakah jika dia meletakkan sos cili campur dengan lokching itu, aku pun mengiyakan lalu bertanya jika ia akan elok atau kembang atau apa-apa. Dia kata elok dan ia tak sama seperti lokching ikan.
Yakin.
Salwa|Rumah Anak Yatim Nad Tanjong|24 Mac 2024
Pagi aku diisi dengan kisah teladan daripada setiap sukarelawan, setiap perkongsian memberi impak kepada diri aku sebagai seorang hamba yang tidak pernah lari daripada membuat kesilapan. Macam biasa, aku akan bersiap dan ready untuk handle aktiviti pagi ini; iaitu modul english 1. Dup..dap..dup..dap.. bunyi jantung aku berdentum dengan kuat. Aku nervous, aku takut, aku segan, aku tak punya confident yang tinggi untuk berdepan dengan adik-adik ni. Aku cuba untuk memujuk diri aku untuk teruskan atau aku pulang tanpa pengalaman baru yang bermakna. Ini kali pertama aku menjadi fasilitator untuk mengajar kanak-kanak dan sejujurnya aku tidak berpuas hati dengan cara penyampaian aku kepada adik-adik ini. Banyak perkara yang aku perlu perbaiki dan mengambil pengajaran daripada sesi pembelanjaran pada pagi ini.
Jam 2.50pm, aktiviti nature art(melukis apa saja di atas totebag bertemakan alam sekitar) diketuai oleh kak annas. Sebagai fasilitator, aku kagum melihat kemahiran dan kreativiti setiap pelajar yang melukis; aku pasti setiap lukisan pasti ada makna tersiratnya. Jika bakat ini diasah lagi, pasti mereka akan mencipta hasil yang baik pada masa hadapan.
Selepas asar, aku diajak untuk pergi ke bazaar bersama kak Wani; kami menaiki motor bersama kak Jalita(anak ustaz Osman yang bakal sambung pelajaran di Qairo). Dalam perjalanan ke bazaar, aku dapat menghirup angin udara di sini yang nyaman sekali; "oh to be living like this for the rest of my life" kata-kata yang terlintas dalam fikiranku sambil berharap agar ada rezeki lagi untuk menikmati keindahan di sini bersama orang yang tersayang.
CELARU
UMAR
Perjalanan seorang manusia yang keluar dari zon selesa kepada zon cabaran, keluar daripada kebiasaan kepada dunia baru, keluar daripada rutin seharian kepada mencari mutiara hikmah daripada sebuah kehidupan dan semua itu sangat sinonim dengan penuntut ilmu zaman berzaman."
Mengajar anak-anak pattani yang cerdik lagi dengan berbagai ragam kenakalannya....hanya senyuman & ketawa sahaja meliputi setiap layanan....hahahahahahahaha....
Seronoknya mengajar
AMY
Ahad ( 24 Mac 2024 ) Pukul (11 Malam)
Pada pukul 7 pagi ini saya menyiapkan tempat untuk anak-anak murid saya di Nad Tanjong seperti menyapu, susun buku di rak dan gantung banner bersama-sama ahli pasukan yang lain. Pada pukul 8.50 pagi saya dan Wan telah menjalankan tugas kami sebagai ajk Pendaftaran Pada hari ini. Walaupun semasa pendaftaran berlangsung, ada sebilangan budak – budak yang tidak memahami apabila saya bertanya apakah mereka pandai tulis, namun saya dapat selesaikan masalah tersebut walaupun mengambil masa sedikit. Saya dapati ada beberapa sahaja yang pandai tulis rumi iaitu bahasa Melayu kebanyakkannya hanya pandai tulis bahasa Thailand dan pandai cakap Melayu sahaja. Namun saya dapat menulis nama mereka dalam bahasa Melayu dan bahasa Thailand.
Pada mula sesi mengajar, saya menjadi PIC mengejut kerana ramai anak murid di Nad Tanjong. Walaupun anak murid saya Pada mulanya agak bosan, saya dapat menghilangkan rasa bosan mereka dengan bermain “game Apa Ni?” sambil teka barang dalam bahasa Inggeris. Saya membuat game iaitu tutup mata mereka dan menyuruh kawan mereka “sorok” barang yang mereka patut cari. “Game Apa Ni ?“ merupakan idea mentor saya, Farah dan saya mengubahnya cara main “game” ni dan ia berjaya membuatkan anak murid saya tidak bosan, seronok belajar sambil main dan saya dapat berkomunikasi dengan mereka dengan lancar. Saya juga dapati semua anak murid saya semua comel dan sopan santun bagi perempuan. Anak murid lelaki pula semua sangat bersemangat untuk belajar.
Akhirnya, saya dapat ilmu mengajar anak murid yang kurang atau ada masalah percakapan. Hal ini telah membuatkan saya merasai sendiri mengajar kanak-kanak sebelum praktikal. Saya akan cuba menambahkan baiki cara saya mengajar dan membuat senarai permainan belajar sambil main dengan aktiviti-aktiviti yang menarik.