FARAH DANIA
930 pagi, kami semua bersedia untuk pecutan terakhir Modul Pembelajaran. Kami mengadakan kelas seni yang lebih santai iaitu Seni teknik tiupan. Ia memerlukan straw dan juga cat air. Semua kanak-kanak mengeluarkan pelbagai gaya untuk meniup titisan air warna yang ada diatas kertas mereka. Saya amat kagum melihat kreativiti mereka. Modul ini amat berkesan kerana ini merupakan satu pelajaran seni baharu untuk mereka. Kelas pagi ini sedikit sayu kerana merupakan kelas terakhir pengajian untuk mereka. Semua kanak-kanak memeluk kami sebelum mereka pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.
Pada jam 230 petang, kami melangsungkan Majlis Penutupan Modul Pembelajaran bersama-sama pelajar yang berumur 5 tahun sehingga 12 tahun. Setiap pelajar mendapatkan sijil masing-masing. Kami juga menyediakan hadiah untuk Pelajar Terbaik No.1(Imran&Busror) dan No.2(Muslim&Lateefa) bagi lelaki dan perempuan, Kehadiran Penuh ke kelas(Muslim,Diathudeen,Busror,Mu'mminah,Nada,Sumayyah) dan juga 90% Kehadiran (Amani,Nada Maryam,Lateefa,Aliya,Mohd Bazlee,Suhaimi). Syukur di atas kehadiran Tuan Hj Syed Abdullah al Jufri, Tuan Syed Abdul Hakim dan Abe Hassan kerana sudi memeriahkan lagi majlis kami.
Setelah itu, kami bergegas solat asar dan terus bergerak ke Panare Beach untuk mencari beberapa helai jubah untuk dipakai pada esok kami. Atas kelewatan yang nyata, kami semua terpaksa berbuka di Panare Beach. Pemandangan yang indah terdampar luas di hadapan kami. Sungguh indah angin yang terbuai dan tertampar di muka kami. Sepertinya sedang memujuk hati yang sedang berusaha....
ANNASTASIA
WAN FARIS
FATIN MAISARAH
SITI NURSYAHIRAH IWANI
DAHLIA
UMAR
AMY
Hari terakhir mengajar
Isnin 1 April 2024
Hari ini hari Last kami mengajar kanak-kanak di kampung Nad Tanjung. Kelas hari ini adalah kelas seni. Saya mengajar anak murid saya melukis mengguna kan straw. Sifat suka melukis mereka sungguh kuat sehingga mereka meminta saya mengajar mereka melukis sesuatu yang lain pula. Saya mengajar mereka cop tapak tangan dengan warna mereka suka lalu melukis surat cinta merak kepada ibubapa mereka. Seperti adik sayang umi. Mereka melukis awan, bentuk love dan meminta saya menunjukkan lukisan yang dapat mereka tiru untuk melukis. Mereka sungguh kreatif. Selepas tahu hari ini hari Last belajar, mereka memeluk semua akak abang pic dan mengucapkan terima kasih dan perasaan rindu kepada kami. Saya harap akan mendapat pengalaman mengajar di tempat negara orang lagi selepas misi ini tamat.
Pada petang pula , kami melangsungkan Majlis Penutupan Modul Pembelajaran bersama-sama pelajar yang berumur 5 tahun sehingga 12 tahun. Setiap pelajar mendapatkan sijil masing-masing. Kami juga menyediakan hadiah untuk Pelajar Terbaik No.1(Imran&Busror) dan No.2(Muslim&Lateefa) bagi lelaki dan perempuan, Kehadiran Penuh ke kelas(Muslim,Diathudeen,Busror,Mu'mminah,Nada,Sumayyah) dan juga 90% Kehadiran (Amani,Nada Maryam,Lateefa,Aliya,Mohd Bazlee,Suhaimi). Syukur di atas kehadiran Tuan Hj Syed Abdullah al Jufri, Tuan Syed Abdul Hakim dan Abe Hassan kerana sudi memeriahkan lagi majlis kami.
Selepas tamat je program tersebut kami semua menaiki kereta pergi ke pantai Penare untuk membeli belah buat waktu yang terakhir. Disebabkan kami tidak sempat berbuka di surau Aur, kami berbuka di pantai Penare bersama jalita dan adiknya. Adik jalita yang lain pun ingin ikut namun tidak mendapat keizinan daripada bonda tercinta. Menangis kedua adik jalita tidak dapat ikut. Kesian alwa . Sambung balik cerita berbuka tersebut, kami berbuka sambil borak senda bersama rakan sebaya saya, farah, iwani dan syamin. Kami melihat suasana matahari terbenam ombak angun yang lembut menenangkan jiwa saya. Umar, fatin mai, jalita dan adiknya juga Wan ingin berbuka berhampiran pantai. Manakala saya dan geng sebaya saya duduk makan di kereta. Bukan kroni tapi tidak ada tempat nak duduk.