FARAH DANIA
Selepas selesai al-mathurat pagi, aku bersiap ke bilik pada mulanya mahu menyertai mereka yang menjadi fasilitator modul pembelajaran Bahasa Inggeris, dimana mereka menyediakan modul bermain tetapi aku tidak menghadirinyaatas sebab aku tertidur semasa mengenakan rutin penjagaan kulit aku. Aku sedar-sedar sudah tamat sesi pagi. Haih. Aku rasa bersalah kerana seperti tidak melakukan apa-apa, malah aku juga diperli oleh Faris dan Umar. Hish.. Ciksu juga memberitahu yang kita perlu serius dan jangan banyak tidur. Jadi apa aku boleh buat ialah aku membantu mereka untuk modul Fardhu Ain. Modul Fardhu Ain ini dijalankan dengan mengajar budak-budak itu untuk membaca dan menghafal niat solat fardhu, tahiyat awal dan doa rabithah. Kali ini aku lebih fokus kepada kumpulan Sahmin atas sebab mereka semua adalah lelaki. Jadinya agak sukar untuk melakukan sendirian. Ia menjadi sukar apabila mereka tidak mahu melibatkan diri. Aku cuba untuk pujuk mereka kerana suasana semakin senyap dan memberitahu mereka yang jika mereka selesai buat apa yang disuruh, mereka boleh pulang. Terus bersemangat mereka.. Ada juga perubahan doa untuk modul ini kerana mereka tidak pernah dengar doa rabithah, jadinya aku meminta Sahmin membuka doa qunut nazilah dan membaca doa buat ibubapa. Sekurangnya mereka tahu pun sudah cukup melegakan aku.
Kami berbuka di Surau Maghfiroh dimana kami berjalan kaki ke sana dari rumah anak yatim. Amira dan Amani, iaitu budak-budak kampung yang sering hadir ke kelas kami, mengiring kami ke sana. Juadah-juadahnya lebih cenderung kepada masakan kampung, terdapat juga sup perut yang aku tidak pernah sekali pun makan walaupun di Malaysia. Selesai berbuka, kami solat terawih di Surau Aur. Ciksu, aku, Iwani, Amy dan Umar pergi ke titi di hujung kampung untuk memancing. Aku awalnya memang tidak tahu apa-apa tentang memancing, Abe Lah mengajar kami untuk memancing. Selepas itu, aku terus jadi kurang sabar melihat kepada joran aku, umpannya dimakan tapi tiada hasil. Sehingga membuatkan Ciksu pulang dahulu. Beberapa ketika kemudian, Amy merasakan tali jorannya berat dan dia menarik tali jorannya, rupa-rupanya umpannya telah dimakan oleh ikan dan dia berjaya menangkap ikan itu. WUHUU.. Penantian yang berbaloi. Kata Abe Lah ikan itu adalah ikan pulai dan ianya besar ye, tapi sayangnya kami tidak boleh bawa pulang atas sebab tiada tempat mahu simpan.🐢
SITI SAHMINHALINA
26 MAC 2024
SAKIT
Pada pagi hari, Farah, Amy dan saya terlajak tido tanpa sengaja. Kesan daripada ubat selsema amat kuat. Tapi ku gagahkan diri untuk bangun. Mungkin ujian sakit di bulan puasa untuk hapuskan doa. Saya juga akan menjadi fasilitator untuk sesi pembelajaran fardhu ain. Agak cabaran juga untuk saya sepanjang sesi tersebut kerana saya perlu menjadi fasilitator untuk kumpulan lelaki yang berumur 10 tahun. Agak sukar untuk melayani dan mengetuai kumpulan itu. Saya sangat tabik kepada ahli misi saya yang lain kerana dapat melayani budak-budak dengan penuh mesra dan ramah. Namun, saya tidak mengalah. Saya tetap meneruskan dengan membetulkan pembacaan niat solat dan tajwid bagi surah Al-Fatihah.
Untuk hari ini, diriku kurang aktif produktif kerana sakit yang ku alami. Ramai yang ingin untuk mengikut Ciksu pergi memancing tapi saya lebih memilih untuk berehat di rumah. Maafkan saya ini sahaja kisah untuk hari ini.
ANNASTASIA
WAN FARIS
FATIN MAISARAH
SITI NURSYAHIRAH IWANI
Salwa
JORAN
AMY
Selasa (26 Mac 2024)
Hari ini saya menjalankan tugas seperti biasa menjadi PIC mengajar kanak-kanak di Nad Tanjong. Kelas hari mengajar fardhu ain. Anak murid saya, munirah hampir menangis sebab dia rasa dia tidak dapat menjawab soalan saya dengan mudah iaitu solat lima waktu. Saya memujuk dia dengan menceriakan hati dia dengan menyanyikan lagu yang seronok. Akhirnya semua anak murid saya ketawa dan bergurau senda. Walaupun saya mengambil masa untuk selesa kan mereka namun ini satu berkembang yang bagus untuk saya yang tidak pandai bercakap dialek Kelantan. Saya juga mendapat ilmu bahawa cara orang di sini dengan di Malaysia ada sedikit kelainan hasil perkongsian anak murid saya.
Selepas berbuka dan solat maghrib saya ada berbual mesra dengan mak cik di surau al-rahmatul maghfirah. Mereka tidak tahu ada kelas mengajar dan akan membawa cucu-cucu mereka untuk belajar pada esok hari. Malam pula saya, Umar, Iwani , Farah dan cik su pergi memancing ikan bersama encik loh. Beliau mengajar cara memancing dan membantu kami secepat yang mungkin apabila kami mempunyai masalah tidak tahu nak turunkan mata kail. Cerita sedih campur kelakar Farah dah lima kali umpan kena makan dalam masa 15 minit sahaja. Namun dia tidak putus asa untuk cuba dapatkan ikan. Saya kagum dengan semangat dia. Saya juga dapat pengalaman naik Coley dan melihat suasana kampung di malam hari. Alhamdulillah kepada allah kerana memberi rezeki kepada saya untuk merasai sendiri tangkap ikan dan dapat ikan pulai. Saya rasa seronok walaupun cara saya pancing agak pelik tapi alhamdulillah dapat ikan.
UMAR