FARAH DANIA
Mulakan hari dengan turun dari bas lebih kurang pada pukul 6.25 pagi, agak lambat tapi aku redha saja. Ahli-ahli misi JEPAT pun bergerak ke masjid yang jauh untuk menunaikan solat subuh dan membersihkan diri. Kami diminta untuk kumpul pada pukul 8 pagi di perkarangan masjid tapinya kami yang perempuan lambat berkumpul. Kami diberikan sedikit taklimat dari Encik Wan Abdul Rahman atau lebih selesa dipanggil Ayah We atau Tok We. Selesai taklimat, kami berjalan kaki ke imigresen Pengkalan Kubor, atas sebab kami di denda oleh Ayah We kerana berkumpul lambat. Hurm, apa boleh buat..
Selesai urusan imigresen dan berjaya melepasi sempadan Thailand - Malaysia, kami bergerak ke Rumah Anak Yatim Datuk Anwar Ibrahim di Tak Bai, menunjukkan bahawa beliau benar peduli tentang masyarakat selatan Thailand. Selepas itu, kami terus bergerak ke Muzium Al-quran Narathiwat tetapi terdapat sedikit isu yang menyebabkan muzium itu tidak dapat beroperasi. Jadinya kami singgah pula ke Masjid Telok Manok, aku pernah pergi pada tahun lepas dan tidak sangka dapat berada disini semula. Masjid yang pada pendapat aku amat membuatkan aku kagum dengan zaman Kesultanan Melayu dahulukala. Ciksu mengatakan yang air bukit disini segar dan meminta aku merasanya tapinya aku puasa.. Ciksu beritahu aku untuk hanya kumur sahaja air itu, aku tidak boleh nak nilai lebih-lebih sebab air itu tidak masuk ke tekak aku.
Perjalanan dari Narathiwat ke Pattani mengambil masa dalam sejam lebih dan cuba teka apa kami lakukan sepanjang perjalanan? Ye, kami tidur. Tiba sahaja kami di Pattani kami singgah ke Masjid Raja Pattani, Masjid Jamek Al-Fatoni dan solat di Masjid Kerisik. Pertama kali aku dapat merasa solat berjemaah di masjid itu atas sebab aku tidak dapat lakukannya tahun lepas. Kami tiba di kampung Nat Tanjong dalam anggaran petang sebelum asar. Kami berehat sebentar dan mesyuarat bersama ahli jawatankuasa Pertubuhan Anak Yatim Nat Tanjong dan seperti tahun lepas mereka sangat ramah. Ahli perempuan ditempatkan di bilik mesyuarat anak yatim buat sementara waktu.
Kami berbuka di Surau Aur dan hanya Allah saja tahu betapa rindunya aku dengan suasana Kampung Nat Tanjong. Semasa aku, Amy dan Annas pulang dari solat terawih di Masjid Jamek al- Wustho, kami berniat untuk mengenakan Fatin Maisarah apabila pulang nanti, tapi aku mengubah fikiranku dan sebaliknya aku pula terkejut melihat Sahmin yang tiba-tiba muncul apabila aku membuka pintu bilik mesyuarat. Ha kifarah datang sepantasnya....🐢
MISI PERTAMA BERSAMA DEVOLUNTEER
Tarikh: 23 Mac 2024
Tempat: Pattani, Thailand
Penulis: Sahmin
Kami menaiki bas E-Mutiara di Terminal Bas Seksyen 17, sepatutnya kami duduk di belakang berempat tetapi kedudukan kami telah pon berubah mengikut tanda nombor di tempat duduk. Malangnya, saya perlu duduk seorang diri dan jarak antara kerusi (single seat) amat sedikit. kami berehat di dalam bus sehingga jam 6 pagi. Kami hanya bersahur sendiri-sendiri pada pagi ini.
Kami juga disambut dengan penuh ramah oleh Ayah We dan isterinya. Mereka menyambut kami di Masjid Al-Huda Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan. Selepas mendengar beberapa pencerahan tentang perjalanan kami, kami meneruskan perjalanan ke Imigresen. Dan, mereka menemani kami sehingga ke pelepasan Thailand dan memperkenalkan kami kepada Ustaz Osman.
Kami menaiki van(disebut komuter di Thailand) yang dipandu oleh Abang Mang. Kami bergerak ke lokasi Yayasan Anak Yatim Datuk Seri Anwar Ibrahim di bawah penubuhan AYATA. Berdasarkan persoalan saya, terdapat seramai 69 orang anak yatim yang duduk di lokasi tersebut. Tanah ini telahpun diwakafkan oleh orang Rembau,Negeri Sembilan. mereka masih belum merasmikan pembangunan anak yatim ini tapi telahpun diduduki oleh mereka yang menguruskan asrama ini.
Dan akhirnya, banyak kawasan-kawasan masjid yang kami kunjungi sebelum tiba di Kampung Nad Tanjong, Patani, Thailand. Semua yang berjawatan tinggi di kawasan ini turun menyambut dan melakukan sedikit sebanyak perbincangan bersama kami. Mereka menerima idea dan pendapat kami serta membantu kami dalam menyediakan bahan modul pembelajaran, peserta seperti kanak-kanak, belia dan wanita dan banyak lagi bantuan yang dapat meringankan beban kami. Kami sangat terharu dengan layanan yang diberikan kepada kami.
BUS E-MUTIARA ⬆️
Gambar bersama AYAH WE⬇️
Bot dari Jeti Pengkalan Kubor - Jeti Tat Bai ⬇️
Van Sewa di Tat Bai ⬆️
Yayasan Datuk Anwar Ibrahim ⬇️
MUZIUM ALQURAN
MASJID TELUK MANOK
MASJID JAMEK FATHONI
MASJID KERISIK
ANNASTASIA
Perjalanan kami bermula sedikit hambar apabila abang drebar bas naik ke tingkat atas bas untuk menyuruh kami turun cepat-cepat. Pengalaman tersebut hambar kerana saya masih dalam keadaan mamai.
Kami ke Masjid Pengkalan Kubor untuk mengejar solat subuh. Seterusnya, kami mandi dan bersiap-siap. Saya berkesempatan bersalaman dan berjumpa dengan makcik-makcik di masjid tersebut. Mereka sedikit terkejut apabila saya memberitahu nama saya, Annas dan terkejut buat kali kedua apabila tangan saya terlampau sejuk semasa bersalaman dengan mereka. Kami bersiap di masjid, mandi dan kemaskan diri. Ciksu suruh kami berkumpul pukul 7.30, malangnya pukul 7.23 saya masih membawang dengan seorang makcik. Seterusnya, saya mandi secepat mungkin untuk mengelakkan orang menunggu saya. Ternyata, saya yang kena tunggu orang. Kemalasan untuk menepek make up di muka is non-arguable....
Kami bertemu dengan Ayah Wae di perkarangan masjid dan seterusnya bergambar bersama. Ayah Wae memberikan pesanan- "Bertawakal kepada Allah dan teruskan beramal." Dia menghantar kami dan membantu kami dengan urusan imigresen. Seterusnya, menyerahkan kami kepada Ustaz Osman. Ustaz orangnya ceria, mukanya bercahaya.
Pertama kali menjejakkan kaki ke Thailand, saya tidak terlalu terkejut atau culture shock. Orang di Thailand sama sahaja seperti di Malaysia. Maklumlah serumpun. Mereka bercakap bahasa yang sama cuma dengan sedikit loghat kelantan, pakaian dan perwatakan mereka juga lebih kurang dengan yang di Malaysia kecuali muka wanita-wanita di Thailand sangat cantik. Mata mereka kebanyakkannya bulat, wajah mereka putih bersih dan kulit mereka halus mulus. Tak lekang mata memandang.
Kami melawat Rumah Anak Yatim Datuk Anwar Ibrahim yang berdekatan dengan imigresen Thailand dengan bantuan Abg. Man menaiki vannya. Kami seterusnya ke Masjid Telok Manok, Masjid Kerisik, Masjid Jamek dan Muzium Al-Quran. Malangnya, suhu kepanasan di Thailand sangatlah tinggi menyebabkan sukar untuk saya fokus terhadap perkongsian daripada orang-orang yang kami temui.
Pun begitu, saya sempat bersembang dengan Puan Maisarah yang lebih mesra dipanggil Kak Ya. Dia merupakan orang kampung di kawasan Telok Manok. Saya suka bersembang memandangkan dia mudah mesra dengan saya. Kami bersembang tentang pendidikan anaknya. Anak Kak Ya, Mustaqim berumur 6 tahun, pun begitu dia masih belum bersekolah samada di tadika atau prasekolah. Sangat berbeza dengan culture di Malaysia. Kalau di Malaysia, kebanyakkan kenalan saya sudah menghantar anak mereka ke tadika atau preschool pada umur seawal 4 tahun termasuk diri saya sendiri.
Kami sampai ke Rumah Anak Yatim Nad Tanjong pada pukul 3.00 petang. Berjumpa dengan Ustaz Osman dan seterusnya mengemas apa yang patut dan berehat. Selepas Asar, kami sekumpulan bermesyuarat dengan ketua kampung dan kumpulannya untuk menyelaraskan aktiviti kami. Seterusnya mereka mempelawa kami untuk iftar di masjid.
Selepas mesyuarat, kami melakukan sedikit regangan bersama ciksu. Kami turut melakukan aktiviti deep-breathing seterusnya berkongsi kesan dan pesan. Kami berkesempatan mengejar kambing sebelum ke Surau Aur untuk iftar bersama penduduk kampung dan pelajar tahfiz. Pada awalnya, Annas rasa segan tapi melihatkan banyak lauk yang sedap-sedap. Rasa malu terus hilang. Apa taknya, banyak hidangan yang disediakan- ikan bakar, sambal cili pipit, kerabu jantung pisang, masak lemak ikan tenggiri, ikan masak asam, udang goreng kunyit, tembikai, roti tempayan dan solok lada. Sedap gilos- kepada yang membaca jom trip thailand lagi tapi bukan bulan puasa. Thailand is too hawt to handle.
Kami tidak berkesempatan solat di Surau Aur kerana lambat habiskan makanan. Kami mengemas sedikit dan terus pulang ke rumah. Solat Maghrib dan mandi sebelum ke Masjid Jamek Al- Musthor untuk solat isyak dan terawih. Kali ni, Annas culture shock sebab saf mereka tidak rapat walaupun mereka solat berjemaah.
Sebelum tidur, kami melakukan OG postmortem dan berbincang bersama berkaitan aktiviti esok. Selepas leader aktiviti, Salwa memberikan details dan kerja. OG kami bersurai dan saya tamat menulis travelog pada pukul 1.08am.
WAN FARIS
Hari yang bermula dengan ketibaan kami di pengkalan kubor pada jam 6 pagi. Dalam keadaan yang kurang sedar daripada tidur saya tidak mampu untuk mengalas beg saya yang dipenuhi barang modul pembelajaran untuk pergi ke Masjid Al-Huda yang berjarak 600 meter daripada tempat bas menurunkan kami. Umar melihat kejadian itu dan terus mendekati saya bertanya " Wan nak aku tolong angkatkan beg tu tak? " tanya Umar. Dengan penuh kegembiraan saya menyahut " BOLEH ". Maka ringan la beban saya sedikit pada awal pagi itu. Tibanya di masjid, terdapat beberapa orang pakcik yang bertanya akan kehdiran kami di masjid itu kerana hairan dengan beg-beg yang besar dab banyak yang kami bawa. Setelah itu, kami solat subuh dan menyiapkan diri, akan tetapi ketika saya mandi ada kejadian yang berlaku dimana Umar menekan saya untuk mandi dengan lebih panatas. Padahal saya baru je masuk nak mandi (penat saya jerit suruh dia sabar) sebab sebelum saya masuk ada orang lain yang mandi terlebih dahulu. Selesai sahaja persiapan diri, kami berjumpa dengan Encik Wan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Ayah Wea yang akan mengiringi kami ke sempadan Malaysia-Thailand. Walau bagaimanapun, semua ahli misi JEPAT didenda untuk berjalan semula ke Imigresen Pengkalan Kubor oleh beliau kerana tidak menepati waktu berkumpul yang telah ditetapkan. Tibanya di imigresen, kami mendaftar masuk dan menaiki bot untuk ke sempadan Thailand dengan tambang RM 3 seorang.
Selesainya urusan di Imigresen Tak Bai, kami disambut oleh Abang Man yang merupakan pemandu van sewa atau di Thailand dikenali sebagai komuter. Disana Ayah Wea melepaskan kami pergi dan Abang Man membawa kami ke lokasi yang pertama iaitu Asrama Anak Yatim Datuk Seri Anwar Ibrahim di Ayata. Kami dimaklumkan bahawa bangunan ini ditubuhkan pada tahun 2018 dan masih belum dirasmikan lagi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetapi telah digunakan. Tanah untuk pembinaan bangunan ini adalah tanah wakaf daripada orang Rembau, Negeri Sembilan. Seramai 69 orang anak yatim yang ditempakan disini. Kami meneruskan perjalanan kami ke Muzium Al-Quran, Masjid Telok Manok ( masjid yang telah dibina sejak 400 tahun dahulu tanpa menggunakan paku), Masjid Di Raja Al-Fatoni, Pattani Centrel Mosque dan Masjid Kerisik. Di sana, kami telah mengambil gambar bersama sebagai tanda ahli JEPAT 8.0 telah menjejakan kaki di setiap tempat tersebut.
Tibanya kami di Kampung Nad Tanjong pada jam 3 petang, disambut mesra oleh ahli jawatankuasa kampung serta datuk bandar bagi daerah Yaring. Tidak dinafikan, sambutan yang diberikan sangat
PENGELAMANKU PERTAMA KALI PERGI MISI SUKARELAWAN UNDER DE VOLUNTEER
Tarikh: 23 Mac 2024
Tempat: Pattani, Thailand
Penulis: Fatin Maisarah
Kami punya IMISU habis pada pukul 10 lebih pagi pada pagi Jumaat itu, lepas tu kami kemas barang kami apa yang patut. Aku, Farah, Sahmin dan Iwani tumpang kereta Faris ke Terminal Bas Seksyen 17. Kami bergerak menghala ke Terminal Bas Seksyen 17 pada pukul 5 petang dan selamat sampai Terminal Bas Seksyen 17 pada pukul 5:59 petang. Selepas itu, kami terus letak barang-barang kami di satu tempat dan masing-masing bergilir-gilir pergi Bazaar Ramadhan Seksyen 17. Dalam masa yang sama Farah, Annas, Amy, Faris dan Umar tunai solat maghrib memandangkan bas kami bergerak ke Pengkalan Kubor pada pukul 8:30 malam. Selepas mereka selesai solat kami siap-siap angkat barang kami untuk naik bas E-mutiara, kami pergi scan barcode tiket bas kami pada pukul 8:25 dan kami letak barang kami di bas dan naik bas terus. Pada awalnya waktu aku beli tiket bas, aku punya tempat duduk sepatutnya belakang sekali dan aku sepatutnya duduk sebelah Iwani. Tapi nak dijadikan cerita, nombor tempat duduk yang kami ambil itu, susunan dia dah berubah. Jadi aku duduk di 'single seat', ruang kerusinya pun kecik untuk aku sebab kakiku panjang. Jadi, aku duduk sahaja di kerusi itu mengikut susunan yang telah ditetapkan.
Pada pukul 8:42 malam bas kami mulakan perjalanan ke Pengkalan Kubor. Perjalanan kami ke Pengkalan Kubor mengambil masa selama 8 jam. Jadi kami rehat dan tidur sahaja sepanjang perjalanan. Pada malam itu, aku tiba-tiba mengantuk awal iaitu pada pukul 10 lebih malam itu, biasanya aku tidur lewat, tapi malam itu mungkin agak letih jadi itu yang aku mengantuk. Lalu, aku pun tidur terus pada waktu itu. Tidur dan tidur aku terjaga semula pada pukul 12 tengah malam itu. Aku ingat dah pukul 2 atau 3 pagi, tapi tak rupa-rupanya baru pukul 12 tengah malam. Selepas itu, aku sambung tidur balik dalam keadaan kakiku sakit sebab ruang 'single seat' tu agak kecik. Aku sambung tidur balik dan sesudah tiba di RnR Gua Musang lebih kurang pukul 3 pagi macam tu, Farah kejut aku dari tidur dan aku keluar pergi rehat dan beli makanan untuk sahur pada waktu itu. Selepas selesai rehat dan beli makanan tu bus kami sambung perjalanan balik ke Pengkalan Kubor.
Alhamdulillah kami selamat sampai di Pengkalan Kubor dan turun dari bas pada pukul 6:42 pagi. Kami terus pergi Masjid Al-Huda waktu itu untuk solat subuh dan persiapan diri masing-masing. Ciksu dan Umar memberitahu kami semua untuk berkumpul di perkarangan masjid pada pukul 7:30 pagi. Tapi nak dijadikan cerita kami yang perempuan lambat sampai sebab aku orang terakhir yang siap pada waktu itu. Jadi kami sampai di perkarangan masjid pada pukul 7:50 pagi. Kami bertemu dengan Encik Wan Abdul Rahman atau dikenali sebagai ayah We. Ayah We memberi sedikit taklimat kepada kami. Selepas selesai taklimat kami teruskan perjalanan kami berjalan kaki menuju ke Imegresen Pengkalan Kubor atas sebab kami kena denda dengan ayah We kerana lambat berkumpul.
Sesudah tiba di Imegresen Pengkalan Kubor kami pergi cop passport dan terus menaiki bot menuju ke Imegresen Tak Bai untuk cop passport kali kedua. Selepas selesai cop passport kami menaiki van sewa di Tak Bai. Kami bergerak ke Asrama Anak-anak Yatim Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tak Bai dan sampai pada pukul 8:20 pagi.
Debaran tidaklah seburuk yang disangka
Tarikh: 23 Mac 2024 (Sabtu)
Tempat: Kampung Nat Tanjong, Yaring, Pattani, Thailand.
Penulis: Wani Iwa
Bermula perjalanan kami bertolak menaiki bas E-mutiara dari Terminal 17 Shah Alam ke Pengkalan Kubo Border. Sepanjang perjalanan itu aku sering memikirkan benarkah aku akan ke negara orang? Adakah kami akan baik-baik saja? Adakah semuanya berjalan dengan lancar? Aku sejujurnya sangatlah banyak berfikir perkara tak sepatutnya dan paranoid. Setelah berjam Pada jam 6.30pagi tiba di situ kami bersihkan diri dan solat di Masjid Al-Huda jam 6.50pagi kemudian Tok We datang beri briefing dan kami pun pergi menaiki bot di jeti Tak Bai dan ke Imigresen untuk cop passport dan lain-lain. Tiba jam 830. Selesai itu, kami keluar dari imigresen dan bid goodbye Tok We kerana dia akan pulang kerana ciksu telah ada bersama kami bersembilan dan akan bertemu lagi pada seminggu terakhir di Pattani. Bergerak ke kawasan lawatan menaiki van dipandu oleh Abe Man.
• Lokasi pertama yang dikunjungi
920/820am tst bergerak menaiki van ke asrama anak yatim Datuk Seri Anwar Ibrahim di Ayata berdekatan muzium Al quran. Pada jam 9.25 waktu Malaysia/8.25am tst tiba. Ia ditubuhkan pada tahun 2018 dan masih belum dirasmikan lagi, tapi telah digunakan. Tanah binaan bangunan tersebut adalah tanah Wakaf dari Negeri Sembilan. Sekarang mempunyai 69 orang anak yatim. Pada hari kunjungan itu tiada penghuni di situ kerana cuti sekolah. Sekolah ini tutup kerana cuti hingga 15 mac 2024. Di sebelah asrama ada rumah tumpangan dari Manjong, Perak dan ada masjid berdekatan situ. Kata tok siak di situ pada Sabtu depan ada majlis pengagihan baju raya untuk 185 orang. Setelah beramah mesra dan bergambar lalu kami pun mengundurkan diri dan gerak ke lokasi seterusnya
• Lokasi kedua
843am tst bergerak dan 848am tst tiba di kawasan pekan Tak bai untuk membeli simkad Thailand unlimited hotspot dan unlimited data plan hm mahal jugalah rm68 atau 428baht.
Lokasi ketiga
• 912am tst bergerak dan tiba 945am tst ke muzium Al quran bangunan lama yang sudah tidak beroperasi. terdapat askar Siam memantau kawasan tersebut. Pada 953am tst kami ke muzium Al quran yang baru berhampiran di situ. Muzium² ini telah siap namun tidak dibuka lagi atas sebab dalaman tertentu, ada askar siam yg mengawal kawasan tersebut
Lokasi keempat
• 957am tst bergerak ke masjid teluk manok. 1012am tst tiba. Bangsa Yemen datang bina masjid. Pengasas masjid Wan Hussain. Abu Rauf bina masjid. Mempunyai atap berusia lebih 100 tahun. Batu bata atap berusia lebih 400 tahun. Senibina ukiran Melayu pada dinding kayu masjid. Masjid ini paling tertua di Narathiwat yang telah berusia lebih dari 400 tahun. Ada 3 pintu laluan masjid yang memisahkan ruang laki dan perempuan, bermakna iman, Islam dan ihsan. Ramai yang datang mari mengunjungi masjid mempelajari senibina masjid, uia gombak antaranya. Tadika bertempat berdekatan masjid dibina lebih 100 tahun.
Lokasi kelima
• 1056am tst bergerak ke Masjid Raja Fatoni dan tiba pada jam 11.57am tst.
Lokasi Keenam
• 12.03pm tst Bergerak ke Masjid Negeri, Masjid Jamek Fatoni dan 12.10pm tst tiba jadi kami pergi melihat sekeliling
• 12.20pm tst bergerak ke masjid kerisik
• 12.24pm tiba
• Gerak
• 1.53 tiba di yayasan anak yatim
• Kul 3 perbincangan flow tentatif dan pembahagian tugas
• 345pm tst gi solat asar
• 435pm tst surah dgn ajk yayasan anak yatim/org kg
• Tok imam/timbalan yayasan
• Syed Al hakim/Datuk bandar
• Abe ya/Zakaria pusat perbandaran
• Penghulu kampung/ketua belia rumah anak yatim
• Abe mat
• 545pm tst aktiviti renggangan
• Kesan dan pesan
• Bersedia pergi berbuka di surau aur(surau tertua)
• 627pm tst berbuka puasa
• 737pm habis, balik ke bilik bersiap pergi tarawih 20 rakaat 3 witir
• Yg takleh solat bergilir mandi, dan isi travelog, sambil menunggu yg lain pulang
• 11.30malam tst post mortem
• Hampir jam 1 dan akhirnya kembara mimpi.
Salwa|Rumah Anak Yatim Nad Tanjong|23 Mac 2024
Alhamdulillah kami selamat sampai ke Narathiwat, Thailand sekitar pukul 9.15 pagi. Sebelum masuk ke dalam van untuk mulakan pengembaraan kami di Narathiwat, kami bergambar bersama Ayah Wey dan isterinya sebagai tanda terima kasih atas mereka yang telah membantu dan memudahkan urusan perjalanan kami ke sini. Kemudian, kami singgah sebentar di kedai gadget tepi jalan untuk membeli simkad Thailand— aku juga membeli cable iphone yang berharga 290 baht(RM37.70) kerana aku tertinggal charger phone di bilik kuliah masjid Unisel. Sekitar jam 9.45 pagi kami teruskan perjalanan ke lokasi yang pertama asrama anak-anak yatim Datuk Seri Anwar Ibrahim; AYATA Takbai ditubuhkan selepas Peristiwa Takbai pada Ramadan Oktober 2004 dan Ustaz Nawawi Junoh konsisten dalam memastikan golongan anak yatim di sini terpelihara. Selain itu, uniknya, asrama di AYATA ini dinamakan dengan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 2018 lagi sebagai menghargai sumbangan mantan ketua pembangkang yang menyokong penuh usaha perdamaian di Selatan Thai. Selepas beberapa minit kemudian, kami sampai di muzium Al-Quran dan terdapat askar-askar Siam sedang mengawasi kawasan tersebut. Kami hanya bersiar-siar dan berhenti mengambil gambar kerana ia tutup pada hari Sabtu. Kemudian, kami melawat Masjid Teluk Manok; ia merupakan masjid tertua di Narathiwat, Thailand. Aku terpesona dengan kecantikan dan keunikan binaan masjid itu, “alangkah indahnya jika dapat solat tarawih di sini” kata hatiku. Pada 12.30pm kami singgah di Masjid Kerisik untuk menunaikan solat fardhu Zohor. Masjid Kerisik merupakan salah sebuah masjid di Provinsi Pattani yang menjadi tumpuan masyarakat setempat untuk beribadah. Peristiwa berdarah terjadi sewaktu masyarakat baru selesai solat fardhu dan dengan tiba-tiba di kepung oleh tentara Siam, jemaah masjid tidak diizinkan keluar dalam waktu yang lama sehingga tembakan dimulai yang bukan hanya dari tentara bahkan juga bom dari helikopter Apache yang dijatuhkan kedalam kubah masjid. Setelah selesai solat zohor dan beristirehat sebentar, kami berangkat ke rumah anak yatim Nad Tanjong; iaitu tempat penginapan kami di sini.
Asrama Anak-Anak Yatim Datuk Seri Anwar Ibrahim
Masjid Telok Manok
Orang awam dan pemandangan persekitaran masjid yang indah
Masjid Kerisik
HUNTING TO MASJID
BY UMAR
Dalilnya adalah hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu ia berkata, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam pernah bersabda,
“Shalat (fardhu) yang dilakukan seseorang secara berjamaah akan ditambahkan derajatnya dibanding shalatnya di rumah atau di pasar sebesar dua puluh derajat lebih. Yaitu ketika salah seorang di antara kalian memulainya dengan berwudhu dengan sebaik-baik wudhu, lalu ia berangkat menuju ke masjid, tanpa ada tujuan lain kecuali untuk melaksanakan shalat, tidak ada keinginan lain kecuali untuk solat berjamaah, maka setiap langkah yang ia jejakkan akan menambah satu derajat lebih tinggi dan dihapuskan baginya satu dosa yang pernah ia lakukan, hingga ia masuk ke dalam masjid.
Apabila ia sudah berada di dalam masjid, maka ia sudah dihitung dalam pahala shalat selama niatnya masih untuk melakukan solat. Para malaikat pun akan selalu memanjatkan doa untuknya selama ia tidak berpindah tempat duduk di mana ia melaksanakan solat, para malaikat itu memanjatkan, “Ya Allah kasihi dia, ampuni dia, dan hapuskan dosa-dosanya,” selama ia tidak berhadas dan tidak batal wuduknya.” (HR Muslim no 649)
MASJID-MASJID DI HUNTING
MASJID WADI HUSSIN(TELOK MANOK)
https://www.instagram.com/reel/C48P61wxi33/?igsh=ZnhxaWdkOG9kbjVy
MASJID RAJA PATTANI
https://www.instagram.com/reel/C48P61wxi33/?igsh=ZnhxaWdkOG9kbjVy
MASJID JAMEK PATTANI
https://www.instagram.com/reel/C48P61wxi33/?igsh=ZnhxaWdkOG9kbjVy
MASJID MUZAFFAR SHAH (MASJID KERISIK)
https://www.instagram.com/reel/C48P61wxi33/?igsh=ZnhxaWdkOG9kbjVy
amy
DUGAAN PUASA
Sabtu ( 24 Mac 2024 ) Pukul ( 11 Malam )
Misijejakpattani8024 – 1day
Sampai je kami di perkarangan kubur, Kelantan pada awal pagi. Kami singgah ke masjid berdekatan untuk persiapan diri. Kami kena denda sebab tidak tiba pasa masa yang ditetapkan oleh itu kami didenda jalan kaki sampai ke naik bot ke Thailand. Saya agak terkejut naik bot ke Thailand sekejap sahaja. Sampai je kami keluar dari pagar imigresen Thailand kami naik van singgah sebentar ke asrama anak yatim datuk seri Anwar Ibrahim untuk melihat suasana persekitaran kawasan tersebut. Sangat cantik dan kemas mata memandang. Walaupun panas tapi kami sangat semangat untuk menjalankan misijejakpattani8024. Selepas itu kami singgah sebentar ke muzium Al – Quran lama dan baru. Muzium al-Quran lama sangat menarik seperti gambar tokoh sejarah dan lukisan di dinding yang cantik. Muzium Al-Quran Baru kami tidak dapat masuk namun melihat dari luar kawasan tersebut. Sangat cantik dan unik seni yang terdapat di bangunan tersebut. Kemudian kami singgah banyak lagi masjid di Thailand ini. Saya dapati ada beberapa perbezaan masjid di Thailand dan Malaysia namun semua masjid di kedua-dua negara ini ada keunikan sesebuah masjid tersebut. Antara masjid yang menarik minat saya masjid Telok Manok. Masjid ini telah berusia 400 tahun dan Seni pembinaan dalam dan luar masjid ini sangat menarik dan cantik. Terdapat 3 pintu yang mempunyai maksudnya yang tersendiri iaitu Iman, Islam dan Ehsan. Setiap seni pembinaan dalam masjid ini ada maksud ini.
Sepanjang perjalanan ke rumah anak yatim Nad Tanjong, Thailand saya banyak tidur sebab sakit kepala tapi akhirnya sampai juga ke tempat yang ditinju. Kawasan kampung yang sangat menenangkan hati jiwa kacau baran saya melihat. Semasa berbuka puasa, kami dijadikan dengan makanan yang sedap dan lazat. Akok di Thailand sedap. Ketika ingin Tarawih, saya, annas dan farah ingin solat di surau lama di Nad Tanjong yang berusia 500 tahun namun kamu tak tahu tempat solat bagi wanita jadi kami pergi ke masjid berdekatan iaitu Masjid Jamek Wustho. Kami sempat berbual mesra dengan makcik- makcik yang juga solat Tarawih. Mak cik di sini sangat mesra dan memahami saya walaupun saya kurang pandai bercakap dialek Kelantan namun mereka berusaha untuk bagi saya faham. Saya sangat rasa bersyukur dan berazam saya akan belajar dialek Kelantan secepat yang mungkin bagi dapat berbual mesra dengan mereka.