Pada projek khidmat komuniti dan kajian sosio-budaya untuk Misi Jepat 8.0 kali ini, kami melaksanakan tiga(3) projek utama dengan tagline :
"Berpuasa sambil beramal" iaitu :-
Iftar jamaie - memasak satu juadah berbuka puasa untuk Jemaah Surau Aur, Kg. Nat Tanjong iaitu 'Ayam Masak Merah'
Sumbangan baju raya dan duit raya - Agihan 20 pasang baju raya(kurung/melayu) diberikan kepada anak-anak yatim/ asnaf dengan kerjasama Yayasan Anak Yatim Kg. Nat Tanjong
Dapur Ehsan - Agihan 30 set makanan ruji seperti beras, gula, minyak masak dan tepung gandum untuk keluarga yang susah