farah
Tarikh: 20 Mac 2024 (Rabu)
Tempat: Bilik Kuliah Masjid UNISEL
Hari ini, telah termaktub hari aku pergi untuk ke misi. Hari yang aku tunggu-tunggu dan agak takut untuk harungi atas sebab kekurangan ilmuku dalam menjadi mentor misi. Nak pula aku perlu mengetuai beberapa slot IMISU tanpa persediaan, nasib Ahmad Haydhar membantu aku walau aku dibebel oleh dia. Aku boleh lihat yang betapa aku ini masih tidak bersedia dalam memimpin pasukan misi aku. Terutama sekali dalam slot 1 yang merupakan slot komunikasi, aku tidak membuka slot dan menyerahkan slot dengan baik. Jadinya pada masa akan datang, aku akan perbaiki lagi cara aku berkomunikasi.
Menyusul pula pada slot Encik Kamarul, wakil WADAH dan juga merupakan jurulatih Adab Youth Garage yang sebenarnya aku kenali tetapi tidak ku cam. Beliau menceritakan tentang cara-cara komunikasi yang berkesan untuk digunakan semasa misi dan cara-cara untuk mengelakkan permasalahan komunikasi semasa misi untuk terjadi. Ilmu yang amat berguna aku mahu mengelak masalah seperti itu berlaku. Another slot yang bagi aku menarik adalah slot Aktivisme mahasiswa yang akademis yang disampaikan oleh Abang Dzul Aiman, Presiden PKPIM Pusat. Beliau memulakan slot dengan sesi taaruf bersama kami dan diteruskan dengan pengenalan PKPIM secara ringkas. Apa yang bagi aku terkesan ialah terdapat 4 teras utama dalam PKPIM iaitu idealisme, intelektualisme, aktivisme dan spritualisme. Tanpa seimbangnya teras ini, apalah beza kita dengan monyet di hutan. Pentingnya teras-teras ini. Semoga teras-teras ini dapat dipraktikan oleh aku dan pasukanku untuk misi kelak.🐢
Bertemu semula rakan seperjuangan...
Selepas setiap pejuang misi sukarelawan bersaing di dewan, menahan mental dan fizikal untuk mendapatkan selempang merah jambu di masa hadapan bertemulah kami di hadapan Masjid Unisel semula demi tujuan dan impian yang sama. Dua kumpulan misi iaitu Turda Sabah dan Jejak Patani berkumpul bersama-sama untuk membuat persediaan misi bersama-sama.
SLOT1
Saya dapat melihat beberapa wajah baru yang belum pernah saya bertemu ramah ketika IMISU 1. Berlakunya banyak perubahan ahli misi dalam kalangan team TURDA SABAH tetapi mereka semua kelihatan selesa dan juga serasi antara satu sama lain. Kami saling bertaa'ruf mengenai nama sendiri dan jurusan masing-masing. Di permulaan perkenalan sja, sudah dapat mengubah mood saya dari serius kepada mudah terhibur. Saya berpandangan yang saya tidak akan aktif pada pagi ini tapi malangnya saya tidak dapat mengatasi konversasi kelakar yang muncul daripada celoteh mereka semua.
SLOT2:KOMUNIKASI
Farah mengendalikan slot ini. Dia meminta kami untuk membahagikan kumpulan mengikut warna kegemaran masing-masing dan seperti biasa biru perlu bersaing dengan warna merah jambu cis. Farah juga memberikan arahan untuk kami saling bertukar biodata iaitu nama, tarikh lahir, tempat lahir dan tempat tinggal. Ada juga mereka yang tinggal di Sg Buloh. Tidak ku duga akan bertemu dengan orang yang setempat denganku lagi. Seterusnya, Farah menyediakan 1 permainan iaitu 1 TRUTH 1 LIE. Di setiap 20 peserta misi ini, saya dapat meneka semua jawapan dengan benar kecuali jawapan Farah. Hm agak runsing sedikit melihat kenyataan yang diberikan kerana kedua- dua situasi seperti benar untuknya.
SLOT3/4: EN KAM& ABG ZAIDI
Saya dapat mengetahui cara untuk mendapatkan komunikasi yang mudah hanya perlukan 2 benda penting iaitu Sender & Receiver. Jika kedua-dua pihak memberikan kerjasama yang bagus dan persepi yang baik antara satu sama lain. Kita akan mendapatkan hasil yang baik. Tapi tidak semua komunikasi kita akan dapat yang sempurna, adakalanya kita akan dapat yang sebaliknya. Jadi kita perlulah sentiasa bertolak ansur dan memberikan maklum balas antara satu sama lain dan mencapai persetujuan yang baik. Itu ilmu yang saya dapat daripada Encik Kam. Manakala, daripada sesi bersama abang Zaidi, ada 4 core value yang perlu kita ketahui (Idealism, Intelectualism, Activism & Spiritualism) . Untuk melakukan misi ini, apa yang kita tinggalkan pada penduduk yang kita kunjung? Idealism apa yang kita berikan pada mereka. Itu perkara yang penting untuk kita bawa ke sana dan bukan hanyalah sekadar melakukan aktiviti dan program khas.
SLOT (terakhir) yang memberikan kesan kepada saya adalah saya ditugaskan untuk membuat sebuah puisi. Saya membuat karya tersebut sambil memikirkan tentang bagaimana seorang belia yang bertungkus lumus mencipta masa depannya sehingga dia tidak sedar yang masanya hampir tiba.
NAMA: SITI SAHMINHALINA BINTI JUHAN
TARIKH: 20/3/2024
TEMPAT: DI BAWAH BUMBUNG MASJID UNISEL
Annastasia
Tarikh: 20 Mac 2024
Asalnya, aku tak jadi join IMISU dan misi kali ni. Pagi tadi, di tempat kerja.. Mama aku call, secara tiba-tiba dia suruh pergi misi ke Thailand. Jadi, dengan kepantasan kilat aku kemas-kemas barang dan inform boss untuk teruss balik. Secara jujurnya, aku gembira sangat sebab tiba-tiba mama tukar fikiran. Annas terus balik rumah, packing barang-barang dan bergerak ke UNISEL.
Dah sampai UNISEL, mama pulak buat drama sedih HAHA. Risau kata dia, tapi dia benarkan la pergi dengan harapan anak daranya tak ralat nanti memandangkan kita dah pening beberapa minggu ni dan excited jugaa untuk memastikan misi berjalan nanti! Lepas salam dengan mama, Annas terus masuk bilik kuliah. Muka pertama kita nampak... Wan, Umar dan Abang Mad. Rasa awkward sebab mcm dh tak entitled untuk join tapi kita adapt je.
Disebabkan Annas sampai lambat, dah mula slot 3 yang di-conduct oleh Zakir dan sharing dibuat oleh Abang Dzul Aiman, Presiden PKPIM Pusat yang bertajuk Aktivisme Mahasiswa Yang Akademis. Mungkin disebabkan bulan puasa, dia bagi sharing yang santai dan pendek. Tau-tau dah habis sejam setengah. Yang kita baru tau, banyak ahli politik yang lahir dari PKPIM. Contohnya, Anwar Ibrahim. Antara sharing yang saya catat juga, untuk melakukan sesuatu perkara memerlukan keinginan sebagai langkah awal dan diikuti dengan intelek, aktivisme dan spiritualisme.
Slot seterusnya, kami diarahkan untuk duduk di dalam kumpulan misi bagi memuktamadkan tentatif. Masing-masing diberikan tugas. Annas cuma bantu Fara untuk edit tentatif dan masukkan modul ekowellness dalam file modul aktiviti Salwa. The rest, Annas dah barai HAHA. Kami turut disuruh untuk melakukan penyelarasan program.
Ciksu datang lebih kurang pukul 6.20 petang, dan terus suruh kami berkumpul. Memandangkan ada yang pergi bazaar ramadhan. Ciksu membebel tapi sikit je la... Dia terangkan tentang dosa-dosa besar yang kitorang buat harini dan highlight tindakan yang patut kitorang ambil.
Masuk Maghrib, waktu berbuka (aku makan 3 ketul kurma dan 3 kuih peneram). Kemudian, Iwani yang cantik lagikan baik hati bagi aku sebekas bubur ayam. Tapi aku memilih untuk solat Maghrib, Isyak dan terawih dahulu. Masuk semula bilik kuliah dah kena tulis travelog. Sis redho. Akhirnya, pada tengah malam, aku makan bubur ditemani kucing yang sedikit biadap dan tamak. Aku dah bagi semua ayam, mangkuk yang aku makan juga yang dia nak jilatt. Allahhh...
Ya allah, hari kedua memang Annas mengucap panjang... Penattttttt
Kita mulakan daripada aktiviti pagi, kami masing-masing perlu memberikan tazkirah subuh memandangkan Ustaz Razak tidak berrkesempatan untuk memberikan ceramah kepada kami. Aktiviti ni Abang Ahmad yang conduct. Habis semua tajuk dia suruh kami kupas yang paling ngeri semua berkaitan agama! Annas paling takut kalau nak bercakap bab agama apatah lagi nasihat orang. Nasib baik dia bagi aku tajuk berkaitan sosial. Tapi yang mengucap panjang sebab bila dia yang bagi tazkirah, aku rasa dia seakan-akan aim aku. Walaupun tidak sebut nama mahupun detail yang jelas tapi aku tau dia sebenarnya sedang menasihati aku (dalam diam).
Kemudiannya, kami merekod video bersama-sama sebagai satu kenangan dan juga sebagai bukti kami memang melakukan program ini. Masing-masing pakai vest berwarna merah. Secara detailnya, kami memperkenalkan diri, memperkenalkan program dan aktiviti-aktiviti yang telah kami rancang dan akan kami lakukan di sana. Sejujurnya, aku kurang berpuas hati dengan video tersebut, jadi Annas memasang niat untuk menjadi lebih konfiden di depan camera dan lebih utama di depan rakan-rakan.
Seterusnya, kami didedahkan pula tentang sifat dan konsep manusiawi. Slot ini diterangkan sepenuhnya oleh Tuan Hj. Nik, presiden Forum Ekonomi Manusiawi (FEM). Beliau membuka mata saya dan menyuntik semangat bagi diri saya. "Manusiawi ialah memanusiakan manusia". Manusiawi ialah humane. Jadi dari slot ini saya lebih sedar bahawa untuk saya pergi memberikan kesedaran dan kebaikan pada orang lain. Saya sepatutnya mendahulukan diri saya terlebih dahulu. Sebelum saya menyerahkan semua kebaikan kepada mereka, saya sepatutnya berbakti untuk diri saya dahulu.
Pada waktu petang, kami menjahit lencana DEV pada vest selepas sola asar, dan seterusnya kami membuat sampul surat supaya kawan kawan yang lain boleh memuji dan menegur kami tanpa rasa takut atau segan.
Pada waktu malam, selepas berbuka kami terus menunaikan kewajipan. Saya masuk ke bilik kuliah untuk scan semua passport ahli dan diletakkan di Google Drive (tugas setiausaha). Seterusnya saya membuat simulasi aktiviti kokedama yang merupakan salah satu modul di bawah Program Ekowellness dan aku bangga terhadap diri sendiri yang mampu ingat kesemua step.
Sebelum masing-masing tidur, pengkhususan kerja ditekankan. Sekali lagi, aku rasa lesu memikirkan betapa banyaknya kerja yang tergendala. Akhir sekali, kami merancang pergerakan kami untuk ke stesen bas pada keesokan harinya.
Perit. (Last Vol.)
Jadi pada pagi Jumaat yang permai, aku bangun sahur. Wow! Ayam masak merah... Alhamdulillah, lelaki-lelaki DEV ni kebanyakkannya pandai memasak. Mesti mama, omma, bonda dan mak mereka bangga! Sedap dan berkhasiat.
Puan Akma memberikan ceramah terakhir untuk misi kali ini. Seperti biasa, aku semamangnya cepat terkesan dan emosi. Puan Akma sememangnya seorang yang berpengetahuan luas. Aku juga perasan bahawa Puan Akma adalah antara pendengar yang baik dan turut memanfaatkan pengalaman orang lain terhadap dirinya sendiri. Sebagai contoh, beliau tidak pernah pergi misi yang teralu jauh. Tetapi dia menyerap cerita dan pengalaman rakan-rakan. yang menyebabkan dia matang dan berpengetahuan walaupun bukan melalui pengalaman beliau sendiri. Seperti biasa, sesi bergambar wajib ada sebagai tanda kami hadir!
Kami meneruskan hari kami dengan mengambil gambar dan video bagi tujuan rekod dan bukti. Misi Jepat dan Misi Turda kedua-duanya bergambar dengan banner program masing-masing. Bermacam pose kami buat, ada yang buat style ayu, ada yang garang dan ada juga style DMA Islam.
Penutupan program pasti akan ada untuk setiap program. Oleh itu, ciksu yang bertanggungjawab memberikan kami amanat-amanat. Fara sebagai mentor dan Sahmin sebagai Ketua Misi memberikan amanat terakhir mereka kepada kami. Akhir sekali, kami berpelukan dan memberikan pesanan buat diri masing-masing.
Memahami bahawa ini adalah saat-saat akhir sebelum kami pergi ke misi. Aku sejujurnya dikuasai perasaan risau. Bukan risau terhadap keselamatan diri sendiri, tetapi risau tentang keluarga dan rasa bersalah kerana tidak membantu mama. Amy merupakan partner aktiviti aku, dan apabila kami berpelukan, tidak semena-mena air mata aku jatuh tanpa sebarang paksaan. Jujurnya aku rasa berdosa tidak membantu keluarga, tetapi rasa jauh lebih berdosa sekiranya memberikan beban kepada ahli kumpulan misi yang lain...
WAJAH BARU ( IMISU DAY 1 )
Tarikh: 20 Mac 2024 (Rabu)
Penulis: Wan Faris
Dimulakan dengan pagi yang penuh kesibukan dan pancaroba, menyiapkan diri bagi menjalani induksi di UNISEL. Dengan perjalanan yang mengambil masa satu jam dari rumah, saya telah tiba di UNISEL pada 8.30 pagi. Setibanya di UNISEL, saya berjumpa dengan beberapa orang rakan misi Turda Sabah. Tiba-tiba, saya dikejutkan dengan makluman bahawa saya akan menjadi emcee untuk slot yang kedua. Tanpa melengahkan masa, saya terus membuat teks ucapan yang ringkas dengan bantuan abang ahmad. Pada pukul 11 pagi, slot yang kedua diteruskan dengan penceramah yang bernama Encik Kamarul Azami merangkap wakil daripada WADAH Selangor. Beliau telah berkongsi cara, sebab dan kesan apabila komunikasi gagal difahami dalam pengembaraan. Selepas sahaja solat zohor, program diteruskan dengan perkongsian daripada saudara Dzul Aiman berkaitan Aktivisme Mahasiswa yang akademis. Ketika ini saya berjumpa 2 orang insan yang berwajah baharu dan telah memberikan pelbagai jenis ilmu kepada saya dalam menjalani program harini. Semasa saudara Dzul Aiman berucap, beliau kerap memanggil saya dek kerana saya memakai baju berwarna hijau seolah-olah pakaian penghantar makanan. Setelah sesi perkongsian itu tamat, kami semua mula melakukan penyelarasan projek yang merupakan agenda utama misi kami bagi memastikan projek dapat dijalankan dengan terurus. Saya ketika itu telah menyiapkan laporan belanjawan, dana yang kami peroleh adalah mencapai sasaran.
Selepas solat asar, kami semua membaca al-mathurat dan setelah itu, Sahmin menasihati kami dengan tegasnya mengenai cara bacaan yang betul dan tidak bermain-main ketika membaca al-mathurat. Tidak lama kemudian, saya bergerak ke bazaar bersama rakan-rakan untuk membeli kuih muih. Kami berbuka puasa bersama semua ahli misi. Setelah selesai menunaikan solat maghrib, encik Izwan meminta kami untuk menulis nama dan jawatan pada vest misi. Dengan itu, setelah selesai menunaikan solat isyak dan solat sunat terawaih semua ahli misi beradu.
KELETIHAN (IMISU DAY-1)
Tarikh: 20 Mac 2024 (RABU)
Tempat: Bilik kuliah, Masjid UNISEL BJ
Penulis: Fatin Maisarah
Malam tadi aku tak boleh tidur sebab aku sudah berjanji dengan kawanku punya ayah pada pagi ni untuk tumpang kereta ayahnya ke UNISEL Bestari Jaya, ayahnya berkata mahu gerak dari Kinrara pukul 6:30 pagi. Jadi aku terus sahur pada pukul 2:30 pagi dan selepas selesai makan aku terus mandi dan setelah selesai mandi aku sambung kemas barang-barangku yang masih ada baki yang belum kemas dan masuk dalam beg baju lagi. Selepas selesai kemas semua barangku, aku terus ambil wuduk dan solat subuh pada pukul 6:15 pagi. Tapi sebelum itu, cadangan asal sepatutnya aku nak gerak dari rumah sebelum subuh, jadi sudah Kinrara aku cuma solat subuh sahaja. Lepas tu aku tanya Iwani yang dekat kawasan Caltex tu ada surau atau masjid tak? Lepas tu Iwani kata tak ada. Jadi aku terus bagi tahu Iwani malam tadi yang aku mungkin sampai Kinrara lebih pukul 6:30 pagi kerana aku dan ayahku ingin lepaskan solat subuh di rumah dulu sebelum gerak. Tapi nak dijadikan cerita, aku dan ayahku tidak dapat keluar rumah sebelum pukul 6:30 pagi, aku dan ayahku keluar dan bergerak dari rumah pukul 6:30 pagi menghala ke Caltex Kinrara Seksyen 4. Sewaktu aku dalam perjalanan Iwani beritahu aku yang Amy dah sampai Caltex Kinrara Seksyen 4 dan Amy dapat sampai awal sebab dia solat subuh kat surau Caltex Kinrara Seksyen 4 tu. Dalam masa yang sama Iwani 'last minute' memberitahu aku yang Caltex Kinrara Seksyen 4 tu ada surau. Tapi nasi sudah jadi bubur sebab Iwani beritahuku lambat 🥲. Jadi aku selamat sampai di Caltex Kinrara Seksyen 4 pada pukul 6:58 pagi. Tepat pada pukul 7:00 pagi kami gerak dari Caltex Kinrara Seksyen 4 ke Masjid UNISEL, Bestari Jaya. Pada waktu itu aku dah mula takut tak sempat sampai Bestari Jaya sebab kami kena sampai di Masjid UNISEL, Bestari Jaya sebelum pukul 8:30 pagi. Perjalanan kami waktu itu sangatlah awal pagi dan memang akan bertembung dengan orang yang dalam perjalanan nak pergi kerja. Alhamdulillah kami selamat sampai di Masjid UNISEL, Bestari Jaya pada pukul 8:08 pagi.
Selepas itu, kami terus pergi Bilik Kuliah dan letak beg sambil tunggu yang lain datang untuk sesi pendaftaran pada pukul 8:30 pagi. Pada pukul 9 lebih pagi kami terus mulakan aktiviti awal kami iaitu taklimat dan 'ice breaking'. Selepas kami dah kenal semua ahli misi, kami terus sambung dengan Slot 1: Komunikasi yang disampaikan oleh abang Ahmad. Slot 1 ini abg Ahmad menceritakan tentang macam mana seorang MC nak berkomunikasi dengan cara Yang betul iaitu terbahagi kepada 2 iaitu 'Non-verbal' dari segi 'body language' , intonasi dan 'Verbal' dari segi 'formal' , 'informal' & 'chating'. Kemudian sebelum kami sambung dengan Slot 2, kami telah dapat vest untuk misi yang akan kami jalankan yang akan bermula Hari jumaat ni. Pada pukul 11:00 pagi kami terus sambung dengan Slot 2: Membina Persahabatan dalam Pengembaraan yang disampaikan oleh Encik Kamarul daripada WADAH Selangor. Beliau mengajar kami tentang (4Ta) iaitu Taaruf, Tafahum, Taawamum dan Takaful. Ketika Encik Kamarul menyampaikan ilmu, aku mengantuk gila waktu itu, aku sampai tertidur ketika itu. Iwani kejut aku kali pertama itu, aku bangun dan Farah terus bagi minyak angina kepada-Ku untuk letak di tepi dahi. Selepas itu, aku ingat aku dah tak ngantuk dah tapi aku tewas juga akhirnya aku tertidur lagi sampai Iwani kejutku lagi sekali. HAHAHA. Kemudian, pukul 12 tengah hari macam tu kami rehat dan tunggu zohor. Waktu itu, aku mengantuk sangat dan akhirnya aku dapat tidur juga kat dalam masjid sehingga pukul 1:30 petang. Selepas tu aku bangun tidur terus ambil wuduk dan solat zohor. Kemudian, pada pukul 2:00 petang kami terus sambung dengan Slot 3: Aktivisme Mahasiswa Yang Akademis yang disampaikan oleh abang Dzul Aiman yang merupakan Presiden PKPIM Pusat. Beliau menceritakan tentang sejarah PKPIM. Selepas itu, kami terus dengan Slot 4: Muktamad Tentatif dan solat asar & Al-Mathurat. Kemudian pukul 7:26 malam kami selamat berbuka puasa dan tunai solat maghrib. Selepas itu, pukul 8:30 malam kami tunai solat isyak dan solat terawih secara berjemaah. Selepas selesai solat terawih kami masuk semula bilik kuliah dan sambung dengan aktiviti menyiapkan travelog IMISU DAY-1 dan Puisi kami sehingga siap.
Kekuatan (IMISU DAY-2)
Malam hari pertama asal-asalnya aku tidur dibilik ke-2 aku dah terlajak tidur dan lambat bangun sahur. Aku
DEBARAN KIAN TERASA (IMISU DAY-1)
Tarikh: 20 Mac 2024 (RABU)
Nukilan: Wani Iwa
Tempat: Bilik Dewan Kuliah, Masjid Unisel BJ
"JAGIYAA IREONAA" bunyi nada deringku bersuara Jin BTS berbunyi mengejutku pada jam 5.02 minit pagi. Teramatlah beratku ingin menyedarkan diri kerana tidur lewat hampir jam 3 pagi akibat tidak lena dan berdebar memikirkan misi jepat ini. Tak lama kemudian aku pun mandi dan siap berbaju seterusnya sahur seorang diri kerana umi abah telah siap sahur. Setelah siap sahur, azan pun berkumandang lalu aku pun solat Subuh dan siap cek barang apa lagi yang perlu dibawa.
Abah dan Umi menghantarku ke Unisel BJ beserta rakan jepatku Fatin dan Amy. Kami janji untuk jumpa 630 pagi di Caltex Kinrara 4. Amy tiba awal namun Fatin lewat dan aku dibebel abah🙂. Kami bergerak hampir jam 7 dan sempatku melelapkan mata namun tak lena juga. Pada jam 820 begitu kami pun tiba di Masjid Unisel BJ dan salam-salaman Abah dan Umi, ketika berpelukan dengan Umi, mataku hampir berkaca kerana ini adalah kali pertamaku berjauhan dengan keluarga ke luar negara.
Selepas itu, kami menunggu masa slot program mula. Program dimulakan dengan sesi perkenalan sebab ada ahli yang baru menyertai misi. Kemudian kami menerima vest misi yang berwarna hitam dan merah. Slot 2 adalah Slot bertajuk Membina Persahabatan dalam Pengembaraan yang disampaikan oleh Encik Kamarul. Beliau mengatakan semuanya bermula dengan komunikasi terdiri daripada Sender (pemberi) dan Giver (penerima) yang perlu memberi maklum balas kepada sender. Risiko ada 3 iaitu kos, keselamatan dan kesihatan dalam berkomunikasi. Terdapat 4 Ta, iaitu Taaruf(mengenal diri) nama, makanan kegemaran, tempat lahir dan lain-lain. Kemudian Tafahum (saling memahami) bila seseorang teammate mengalami sakit, stres, merajuk sebagainya ape yang kita perlu buat? Seterusnya, Ta'awun pula tindakan tolong menyelesaikan masalah seseorang atau meminta bantuan kawan atau pasangan. Terakhir, Takaful adalah menjaga kebajikan setiap individu dengan sanggup mengorbakan apa yang kita ada untuk mereka yang baik dengan kita. Justeru itu, kepercayaan juga penting dalam berkomukasi. Setelah selesai slot, kami bergambar dengan penceramah dan mengucapkan selamat tinggal kepada Encik Kam.
Sementara menunggu slot 3 bermula jam 2 petang, kami pergi tidur seketika dan menunaikan solat Zohor. Slot 3 bertajuk Aktvisme Mahasiswa yang Akademis disampaikan oleh Abang Zul, presiden PKPIM ke-35. Kata beliau, kita bukan sekadar pergi misi semata, kita berperanan berkongsi apa yang kita pelajari dalam jurusan masing-masing. Abang Zul menceritakan asal usul PKPIM. Rupa-rupanya, UIA, UKM, Bank Islam dan Silibus pendidikan islam ditubuhkan bawah PKPIM.
Kemudian, tiba waktu azan Asar berkumandang diikuti dengan bacaan Al-Mathurat dan penyelarasan projek pun bermula. Pada jam 630 petang kami ke bazaar Ramadan dan pulang ke Masjid hampir waktu berbuka. Setelah siap berbuka, kami pun bersiap sedia solat Maghrib diikuti menunggu waktu isyak tiba serta menunaikan Tarawih. Habis semua itu, kami semua perlu menyiapkan travelog harian dan karya masing-masing dan akhirnya kembara mimpi.
KERISAUAN MELANDA (IMISU-2)
Pada jam hampir 430 pagi aku terjaga dari tidurku yang lena dikejuti Tehah namun seperti biasa aku masing terbaring dan menyelimuti tubuhku dek kesejukan penghawa dingin. Pada jam 450 pagi aku, Farah dan Min bergerak untuk mandi sebelum sahur. Juadah sahur yang kami nikmati adalah nasi goreng Cina dan sambal hitam Pahang yang umiku suruh bawa dari rumah😚. Pada jam 625 aku bersiap sedia untuk menunaikan solat Subuh
PENGALAMAN BARU (IMISU DAY-1)
Tarikh: 20 Mac 2024 (RABU)
Tempat: Bilik kuliah, Masjid UNISEL BJ
Penulis: Salwa
Rabu hari kesembilan bagi umat Islam berpuasa, tepat pada pukul 4.30am aku bertolak dari Penang bersama ayahku. Perjalanan kami bermula dengan ayah aku memastikan keadaan kereta berada dalam keadaan yang baik. Pada 6.30am, kami berhenti di Petronas untuk menunaikan solat subuh dan meneruskan perjalanan ke unisel. 3 jam 20 minit telah pun berlalu dan alhamdulillah aku selamat sampai sini, dengan muka baru bangun daripada tidur aku terus membawa bag masuk ke dalam perkarangan masjid.
Taklimat & Ice Breaking- semua peserta diminta untuk berkumpul dalam bulatan besar bagi sesi berkenalan antara satu sama lain. Kami dibahagikan kepada kumpulan mengikut warna kegemaran dan aku merupakan kumpulan biru. Aktiviti diteruskan dengan menyoal tentang nama, tarikh lahir, tempat lahir dan tempat tinggal. Setelah berkenalan sesama sendiri, aku dapat belajar yang kita harus mengambil tahu tentang rakan sepasukan agar kita dapat mengenalinya lebih mendalam dan mampu untuk menolong antara satu sama lain jika dalam kesusahan.
Slot 2: Perkongsian Membina Persahabatan Dalam Pengembaraan daripada Encik Kamarul Azami (Wakil WADAH Selangor)- 4 Ta yang perlu ada dalam diri seorang sukarelawan iaitu: ta'aruf(berkenalan), Tafahum(memahami antara satu sama lain dalam satu pasukan), Ta'awun(menolong rakan sepasukan dalam kesusahan) dan Takaful(menjaga kebajikan ahli pasukan seperti sanggup mengobarkan apa saja untuk rakannya). 4 Ta ini penting buat seorang sukarelawan agar dapat mengenali, memahami, menolong dan menyelesaikan permasalahan antara pasukan dengan baik dan rasional.
Slot 3: Perkongsian Aktivisme Mahasiswa Yang Akademis daripada saudara Muhammad Dzul Aiman Zulkefly(Wakil PKPIM)- 4 lingkungan kebitaraan iaitu Idealisme(kehendak untuk melakukan sesuatu), Intelektualisme(keilmuan, bahan bacaan, fakta), Aktivisme(penyertaan dalam penganjuran untuk mencapai tujuan), Spiritualisme(nilai, adab, cara interaksi dengan masyarakat). Jika seseorang tidak mempunyai salah satu daripada kebitaraan ini, maka dia tidak mampu untuk melakukan sesuatu perkara dengan tujuan yang baik.
IMISU DAY -2
Tepat pada pukul 5 aku bangun daripada buai mimpi, aku cuci muka dan gosok gigi. kemudian, kami bersahur dalam ta
amy
Perjuangan mahasiswi unisel (Imisu 2 )
Tarikh : (Rabu )20/03/2024
Masa : 9.54 malam
Tempat : Bilik Kuliah, Masjid unisel Bestari Jaya
Daripada apa yang dapat saya belajar pada hari ni ketika bahawa masa sangat penting untuk kita penuhi dan jangan membuang masa melakukan perbuatan yang tidak berfaedah. Masa juga mengajar kita menghargai masa dan janji datang pada masa yang ditetapkan program bagi mendidik kita berdisiplin dan memberi anggapan yang negatif pada diri kita. Selain itu, kita sebagai hamba Allah perlu menunaikan solat walaupun kesuntukan masa. Tepati masa dan tunaikan solat. Ketika slot pertama saya dapat kenali kawan yang baik peribadi dalam dan luar.
Ketika slot Kedua, saya mendapat ilmu membina Persahabatan Dalam Pengembaraan dalam Persahabatan iaitu dalam setiap ahli pasukan perlu ada (4 Ta) iaitu (Ta’arif) iaitu kenali ahli pasukan seperti perangai mereka kemudian ( Tafahum) iaitu memahami perasaan setiap pasukan contohnya memahami dikalau ada ahli pasukan yang rasa marah kita perlu pujuk mereka ataupun membiarkan mereka tenang sekejap kemudian (Ta’arun ) iaitu tolong ahli pasukan seperti kalau mereka ada kekurangan duit untuk ada kecemasan, kita perlulah menolong mereka semampu kita boleh. Akhirnya (Takaful) menjaga kebajikan. Ini dapat menjamin kebajikan setiap ahli pasukan terjaga ketika misi berlangsung lagi – lagi berada di tempat orang yang berbeza. Ketika slot ketiga, perkongsian mengenai Aktivisme Mahasiswa Yang Akademis terdapat banyak ilmu pengetahuan agama dan sejarah yang menarik. Nasib saya tidak tertidur. Ketika slot keempat, saya dapat mempelajari kita perlu sentiasa melakukan kerja kita dalam misi dengan bersungguh - sungguh dan sekiranya kerja kita sudah selesai, kita perlu menolong dan menanyakan kepada kawan kita sekiranya memerlukan bantuan.
Pada akhir aktiviti bagi Program hari ni, saya belajar membuat travelog dan puisi. Ini dapat meningkatkan daya kreatif dan kritis saya.
LADUNI INSANI (IMISU DAY-1)
Umar
TARIKH : 20 MAC 2024
Langkah musafir dimulai menaiki MRT separuh pagi masa 10:30, menusuri setiap tingkatan tangga menuju penungguan gerabak, hampir minit ke 10, tiba jua ketibaan yang ditunggu-tunggu, iaitu gerabak MRT. Melangkah memasuki belahan pintu gerabak , dipenuhi Insani yang pelbagai ragam, fesyen serta gayanya. Telusuri setiap gerak gerabak menuju tujuan yang masih belum menemui pengakhiran tujuannya. Menghiburkan jiwa dengan memasang lagu LINANGAN LADUNI dari kumpulan DARWISH diaplikasi spotify. Tiba-tiba dapat satu notifikasi whatsapp, tertera nama Nurul Annastasia Binti Ismadi. "Umar.....saya jadi pergi," terpaku sesaat seperti tidak percaya, gugur air mata jantan gembira selepas tahu awak pergi...hahahaha... . Semalam dapat tahu orang yang banyak tolong diri ini tidak dapat pergi atas sebab yang tak dapat dielakkan , rasa sedih dan lemah tubuh ini.
Hampir minit 50 di dalam gerabak tinggallah diriku bersama beberapa kerat insani yang menunggu ketujuan, akhirnya.... tiba jua ditempat bernama stesen Sungai buloh. Minit 10, tibanya kereta proton exora berwarna biru cair, pemandunya Ahmad Hayhdar. Setibanya, diri menawarkan untuk memandu selepas melihat Ahmad seperti keletihan. Selama minit 40 pelbagai perkara dingopi bersama seperti telah lama tidak bertemu. Akhirnya tiba di tempat tujuan sebenarnya... iaitu Masjid Unisel yang tersengam megah masa 1:45 tengahari.
Masa 2:00 petang mendapat tahu ketibaan Pak Press PKPIM Pusat Saudara Dzul Aiman. Akhir bersua muka jua setelah berbulan tidak bertemu seperti bak kata pepatah "sirih pulang kegagang"....hahahaah... .Sebelum pak press mengisi slot, diriku bertanya "nk minum air?"....pak press "ahhaahahahahahahaah....jgn di offer...hahahah".