FARAH DANIA
SITI SAHMINHALINA
ANNASTASIA
WAN FARIS
FATIN MAISARAH
SITI NURSYAHIRAH IWANI
DAHLIA
UMAR
AMY
KELANTAN
Khamis , 4 April 2024
Pagi ini sebelum kami pulang, kami dan ahli jawatankuasa kampung meluahkan perasaan dan nasihat kami semua sepanjang program jejak Pattani 8.0 2024 ini berlangsung. Ada ketawa ada sedih sepanjang kami berbual. Selepas tu kami memberikan baju dan mengambil gambar bersama-sama. Kami pun bertolak ke seberang Thailand dengan menaiki van. Sepanjang perjalanan ke sana, kami semua tertidur. Kami juga sempat singgah ke mart membeli makanan ringan. Fatin mai, iwni dan umar borong burger. Selepas itu, kami pun menaiki bot dan sampai di Pengkalan kubor, Kelantan kami dijemput oleh atok we bagi wanita pergi kota bharu, Kelantan untuk menaiki bas manakala bagi lelaki mereka menaiki bas percuma di Kelantan menunjukkan ke kota bharu, Kelantan. Kami singgah di bazaar berhampiran stesen bas tersebut lalu makan di tepi tasik . Agak ramai yang berbuka di situ. Cakoi yang dijual di situ juga sangat sedap dan rangup. Kami juga berjumpa dengan kawan syamin dan beliau sudi membelanja makan. Sungguh baik dan mesra kawan syamin. Sepanjang kami di sini dipenuhi gurau senda dan ambil gambar bersama Pada pukul 9 malam kami menaiki bas dan bertolak ke Shah Alam. Sepanjang perjalanan saya tidur.
Apa yang saya dapati, Kelantan memang banyak makanan yang sedap. Permandangan juga cantik namun sayang udara di sini agak tercemar kerana aktiviti pertanian padi. Sungguh tidak bermoral.