FARAH DANIA
SANTAI
Pagi ini kami bangun dadalam keadaan yang agak keliru. Hari ini adalah hari rehat kami. Alhamdulillah dadapatlah renggangkan sedikit sendi-sendi badan kami. Kami berkampung mengemas tempat penginapan kami dan dapur. Farah dan Wani mengemas dan mencuci dapur. Manakala, Amy dan Fatin melipatkan pakaian yang telah kami cuci di dobi Abang Mad. Pagi kami penuh santai dan ada lakukan ssedikit perbincangan bersama team.
Tepat jam 230, kami melakukan pemetaan komuniti di keliling kampung Nad Tanjong. Kami memeriksa setiap lokasi. Adakah telah ada di dalam google maps? Ada kedai/bangunan yang telah dinamakan di dalam maps dan ada juga yang tiada. Kami memasuki satu kedai pakaian iaiiaitu V. . Pakaian yyang dijahit amat berkualiti sehingga Wan ingin membelinya. Tapi malangnya, baju itu sudah ada pemilik. Kami jalan sehingga ke tapak baazar. Hari ini kami membelanjakan diri dengan beberapa jenis makanan untuk moreh malam. Sebagai contoh, roti tempayan, jelly kelapa susu, ayam tomyam dan manisan.
Pada malam hari, kami melakukan sesi O-Group. Sesi itu penuh dengan gelak ketawa dan juga sedisedikit sedih tapi ia juga berakhir dengan kebahagiaan. Semoga kami sentiasa dalam keadaan yang selamat dan ukhwah yang terjalin kekal selamanya.
ANNASTASIA
WAN FARIS
PENGALAMAN YANG BERHARGA
Tarikh: 30 Mac 2024
Tempat: Nad Tanjung, Pattani, Thailand
Penulis: Fatin Maisarah
Hari ni aku bangun sahur lewat lagi, iaitu pada pukul 4:50 pagi macam tu. Aku bangun terus dari tidurku waktu itu dan terus pergi sahur. Aku jalan dalam mamai waktu tu dan terus makan. Dah selesai makan aku menunggu siapa yang nak tolong basuh pinggan dengan aku waktu itu. Umar dan Faris waktu itu bangun terus dari tempat makan dan terus siap-siap untuk pergi solat subuh. Aku masih menunggu kat ruang tamu siapa yang nak teman aku pergi basuh pinggan. Aku banyak kali masuk bilik duk memanggil siapa yang nak teman aku. Akhirnya, mereka memberitahu dan menyuruh aku hantar dan letak dahulu pinggan-pinggan tersebut di meja luar dapur. Selepas selesai hantar aku terus mandi dan siap-siap.
Cadangan kumpulan aku berkata yang mereka nak buat Pemetaan Komuniti pada pukul 11 pagi, tapi nak dijadikan cerita aku, Sahmin, Amy, Umar dan Faris masih tidur lagi. Aku tidur balik kerana aku kurang sihat pada hari ni jadi sebab itu aku tidur balik. Kemudian, jam dah menunjukkan pukul 11 pagi, aku bangun dari tidur dan tanya Wani bila nak gerak. Lepas tu Wani kata Kita semua gerak pukul 2:30 petang. Jadi aku terus sambung tidur balik Dan bangun balik pada pukul 12 tengah hari macam itu.
Semasa kami bersiap Amirah dan Husna yang merupakan anak murid kami datang ke rumah kami dan masuk bilik kami. Mereka ingat hari ni ada kelas, lalu aku beritahu mereka yang hari ni tak ada kelas. Jam telah menunjukkan tepat pukul 2:30 petang, aku keluar pakai kasut dan menunggu mereka di luar rumah, agak lama aku, Farah dan Sahmin menunggu mereka bersiap-siap. Sampai Amirah dan Husna lepak sekejap dengan aku dan minta nak main game di telefon aku. Sementara menunggu mereka aku bagi mereka berdua main game di telefon aku. Selepas itu, kami pun mula bergerak untuk menjalankan Pemetaan Komuniti kami. Kami melakukan Pemetaan Komuniti di pekan yang tidak jauh dari rumah kami. Kami melakukan pemetaan komuniti sehingga pukul 4:00 petang. Selepas itu, kami terus pergi mencari abaya dan pergi Bazaar Ramadhan. Setelah selesai membeli makanan dan minuman di Bazaar Ramadhan kami terus pulang ke rumah kami dan solat Asar dan baca Al-Mathurat pada pukul 5:40 petang. Kemudian, kami keluar balik dan berbuka puasa di Surau Aur yang berdekatan dengan rumah kami pada pukul 6:15 petang. Pada pukul 6:25 petang maghrib masuk dan kami berbuka puasa.
Selepas selesai solat maghrib dan berbuka puasa, aku terus pergi minta AJK Surau tolong bungkuskan lauk yang kami tidak dapat habiskan. Selepas itu, aku terus balik seorang diri dan apabila sampai rumah aku nampak yang lain dah balik rumah. Kemudian, kami menunggu isyak dan solat isyak berjemaah di rumah dan lepas itu kami pergi solat terawih di Surau Aur. Setelah selesai solat terawih, kami balik terus dan mulakan O-Group dan moreh kami pada pukul 21:06 malam. Setelah selesai O-Group kami keluar kejap pergi mencari air. Akhirnya, pada pukul 1 pagi kami semua terus masuk tidur.
SITI NURSYAHIRAH IWANI
DAHLIA
UMAR
Amy
SUASANA INDAH
Sabtu 30 Mac 2024
Pagi ini kami semua berehat kerana “ cuti”. Pagi ini saya tidur sepuas hati saya. Hehehe
Pukul 10 pagi saya bersiap dan terus lakukan ditugasanuntuk mop seluruh lantai rumah jadi disebabkan tiada mod maka saya guna kain untuk mop lantai guna kaki. Saya kemas tempat tidur saya sebab sepah dengan skincare saya. Saya dan fatin melipat kain semua ahli pasukan wanita sambil saya menyanyi “ karaoke “.
Petang tu kami melakukan pemetaan komuniti semua ahli pasukan jejak Pattani berjalan kaki meronda kampung nad tanjung. Saya melihat Wan dan syamin sibuk mengambil gambar pemandangan dan tumbuhan yang lawa dan cantik. Sungguh hebat kuasa Allah. Kami singgah ke kedai butik haji Ahmad menanyakan khabar. Wan tertarik dengan baju rekaan kedai butik tersebut. Saya suka tengok kain di kedai haji Ahmad sebab lawa dan berkualiti tinggi walaupun harga murah. Semasa kami ronda kampung,kamu juga ramai anak murid kami tengah main dan buat aktiviti mereka sukai. Mereka menegur dan melambai sambil jerit cikgu dan salam kami semua. Anak murid saya peluk saya sambil tanya cikgu pergi mana. Saya rasa gembira dapat jumpa anak murid dan melihat mereka melakukan aktiviti yang mereka suka selain sesi mengajar. Kami singgah beli kedai akak Fatimah berbual mesra dengan akak Fatimah dan suami beliau.