FARAH DANIA
Hari ini aku dan Umar perlu pergi ke Majlis Agama Islam Pattani untuk menghadiri majlis berbuka puasa disana. Kami satu pasukan asalnya dijemput oleh Muyahedeen, Presiden Thai Muslim Student Association (TMSA), tetapi atas sebab ingin memenuhi jemputan berbuka di kampung Dala, hanya aku dan Umar sahaja yang pergi. Aku pernah berjumpa dengan dia semasa forum pada tahun lepas, aku tidak pasti yang dia ingat dekat aku atau tidak. Pagi itu aku, Sahmin, Umar dan Ciksu perlu mengendalikan modul Bahasa Melayu sementara yang lain pergi ke tempat yang telah ditetapkan untuk pemetaan komuniti. Pada pagi itu memang kira "last minute" untuk memikirkan modul pembelajaran. Jadi aku pun memerah otak aku dan memikirkan kotak beracun. Aku pula dipilih untuk menjaga budak lelaki, wah memang penat. Mereka rata-rata mahu balik kerumah dengan pantas dan rata-rata semakin bosan. Aku sejujurnya agak berterima kasih kepada Rahman kerana dia memeriahkan suasana dan membantu aku menarik perhatian budak-budak yang sudah lalok.
Selesai modul pagi, aku bergegas untuk menyiapkan diri buat iftar pada malam nanti. Tidak semena-mena aku siap agak awal berbanding Umar. Isk,Isk,Isk... Muyahedeen menjemput kami dalam anggaran pukul 2.35 petang. Sepanjang perjalanan aku cuba untuk membuka mata kerana aku amat letih. Selepas itu, adalah juga aku bertanya kepada Muyahedeen sama ada dia ingat pada aku atau tidak, malangnya dia mengambil masa untuk mengingat aku. Dia lebih mengingati Tengku berbanding aku..Hish.. Aku juga bertemu dengan 2 orang lagi ahli TMSA iaitu Solihah dan Najah. Pada mulanya aku malu-malu mahu tegur mereka, tetapi selepas itu aku mudah sahaja boleh rapat dengan mereka. Aku juga terpaksa menggunakan bahasa inggeris kerana Solihah tidak mahir dalam bahasa pattani.
Selepas itu, kami dibawa berjumpa dengan Yang dipertua Majlis Agama Islam Pattani iaitu Syeikh Haji Dr. Abd Rahman bin Daud atau beliau lebih disenangi dipanggil Baba. Beliau ada berpesan kepada kami untuk menjadi pemuda-pemudi yang mampu menggantikan tugas-tugas ulama' dalam berdakwah ke jalan Islam. Aku agak tersentak apabila beliau memberitahu tentang itu kerana bukan mudah untuk mencari anak muda yang betul-betul mahu berdakwah. Beliau juga mengharapkan yang ikatan antara negara-negara nusantara dirapatkan kerana kita ini adalah serumpun. Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk berjumpa dengan ulama' Pattani untuk mendapatkan nasihat.🐢
SITI SAHMINHALINA
ANNASTASIA
WAN FARIS
FATIN MAISARAH
SITI NURSYAHIRAH IWANI
Salwa
UMAR
SUASANA KAMPUNG
Amy
Rabu (27 Mac 2024 )
Hari ini saya dan iwani membuat kajian liputan di kampung Nad Tanjong untuk melihat perniagaan dan tarikan yang menarik bagi Blackpacker yang akan diadakan di kampung ini. Saya merasa tertarik dengan kisah peniaga kedai runcit mualaf atau lebih mesra dipanggil kak suria yang berumur 53 Tahun. Beliau membuka kedai runcit itu selama 12 tahun dan mempunyai 2 anak. Beliau seorang balu yang kematian suaminya akibat ditembak di depan pagar masuk kampung Nad Tanjong. Kematian suaminya tidak mematahkan semangat kak suria untuk menyara 2 anak nya dengan hasil jualan kedai runcit selama 6 tahun selepas kejadian tersebut. Saya sangat menyukai kak suria sebab walaupun beliau hanya dapat bercakap bahasa siam dan hanya sedikit fasih bercakap dialek Kelantan, beliau tidak putus asa untuk menjawab soalan kami berdua yang dibantu seorang pelanggan beliau. Beliau bersungguh menceritakan kisah terdapat bekas pelanggan nya yang datang dari Malaysia memborong beras di kedainya dan kisah lain yang lucu. Harga di kedai beliau sangat murah dan terdapat banyak aiskrim. Kedai beliau tidaklah jauh menyebabkan senang untuk pergi membeli makanan.
Seterusnya, kedai menjual baju iaitu Abual - Fatoni yang dibuka atau mesra dikenali iaitu kak Fatimah. Beliau sangat mesra menceritakan kisah perniagaan beliau bersama anak nya. Beliau pernah membuka kedai Julai baju di Pattani, Thailand namun tidak mendapat sambutan yang memberangsangkan menyebabkan beliau membuka kedai yang disambung dengan rumah beliau. Beliau juga ada membuka gerai kecil menjual baju depan kedai nya bagi menarik minat pelanggan senang membeli baju di tepi jalan. Beliau sungguh baik hati memberi hadiah kepada kami seorang satu tudung. Beliau juga memberi potongan harga yang sangat murah kepada yang saya ingin beli baju kurung. Daripada 300 baht kepada 25 ringgit Malaysia sahaja. Kedai beliau menerima duit Malaysia dan Thailand. Kedai seterusnya adalah kedai menjahit baju lelaki iaitu kedai vnasran Tanjong Collection. Pak cik Haji Ahmad sangat prihatin kepada kami dan sudi menjawab semua soalan kami. Beliau juga sudi mengambil gambar dengan kami dan meletakkan gambar kami di laman sosial beliau di Facebook. Akhirnya sekali klinik Firhan yang dibuka oleh anak dan dibantu oleh maknya iaitu Hajah Faziah. Anak beliau seorang nurse dan pemilik kedai tersebut. Namun kami tidak dapat berbual dengannya kerana anak beliau sibuk. Puan Hajah Faziah sangat murah hati memberi kami berdua minyak panas. Klinik ini ditidak dibuka lagi namun hanya memberi ubat kepada orang kampung. Malam pula kami dibelanja oleh cik su Maggie kerabu. Terima kasih ciksu
Saya sangat seronok dan terharu dengan keprihatinan masyarakat setempat di kampung Nad Tanjong. Saya berazam akan datang lagi misi ke Thailand kerana di sini semua baik hati dan mesra sangat.