FARAH DANIA
Tiba pula hari dimana Annas dan Ciksu pulang ke tanah air. Kami sudah memujuk Annas untuk tinggal tetapi atas tanggungjawab, dia terpaksa pulang. Kami mulakan OG pagi itu dengan pembuatan kokedama yang diajar oleh Annas untuk rujukan pada waktu akan datang. Humph..aku punya agak buruk.. Pada pagi itu aku tidak mengendalikan sebarang modul kerana aku dan Salwa diarahkan untuk pergi ke pejabat Datuk Bandar Nat Tanjong. Jadi kami pun bergerak ke sana dengan menaiki kereta Encik Syed Abdul Hakim. Kami berbual dengan beliau dan seorang pegawai kerajaan di pejabat mukim, Encik Muhammad tentang infrastruktur di kampung Nat Tanjong. Ternyata mukim Manang Yong merangkumi 5 kampung iaitu Kampung Nat Tanjong, Kampung Aur, Kampung Dala, Kampung Chaok dan satu lagi nama kampung yang aku dan Salwa tidak berapa ingat. Kami juga ada singgah taska yang berdekatan dengan pejabat itu. Baru aku tahu terdapat taska berdekatan dan rata-rata pelajar berumur 2 hingga 4 tahun. Guru-guru di taska itu amat peramah dan juga prihatin kerana mereka ada berniat ingin menghantar Salwa ke terminal bas Pattani. Aku amat kagum dan bersyukur kerana kami ditemukan dengan orang seperti mereka. Pulang sahaja dari taska, modul pembelajaran sudah pun tamat dan tiba masa untuk mengiring Ciksu dan Annas pulang. Suasana agak kecoh, Fatin Mai menangis bersambut dengan pelukan walaupun Annas kelihatan tidak sedih tapi aku tahu yang dia akan rindu segala memori yang tercipta walau sekejap. Terima kasih Annas❤️
Pada belah petang pula, modul pembelajaran Fardhu Ain yang dikendalikan oleh Umar dimulakan dengan sesi bacaan niat solat fardhu, bacaan tahiyat awal dan doa rabithah. Aku tidak ditugaskan untuk menjaga budak-budak, tetapi melihat kepada Sahmin yang sedikit sukar mengawal budak lelaki, aku pun membantu serba sedikit. Ternyata barulah aku tahu yang budak-budak ini lebih mengetahui doa ibubapa dan qunut nazilah. Jadi kami pasang berulang-ulang sehingga mereka puas hati. hahaha.. Selesai modul pembelajaran kami bergerak ke Pantai Penarek dengan menaiki motorsikal. Kami dibawa oleh Jalita, anak Ust Osman. Aku naiki motor yang dibawa Sahmin bersama Amy. Apa yang lawak sepanjang perjalanan ke sana ialah topi yang dipakai oleh Salwa sentiasa terbang sehingga sampai satu tahap ia terbang ke tengah jalan besar yang agak bahaya. Selepas itu Salwa terus buka topinya. HAHAHA. Kami tiba di Pantai Penarek dan bersantai sambil menangkap gambar disana. Sungguh cantik ciptaan tuhan dan rezeki kami tidak ramai orang pada waktu itu. Kami menikmati udara segar pantai itu dan melupakan sebentar beban yang dipikul.🐢
SITI SAHMINHALINA
ANNASTASIA
WAN FARIS
FATIN MAISARAH
SITI NURSYAHIRAH IWANI
Salwa|Sungai Nibong|29 Mac 2024
Harini hari terakhir aku di bumi Pattani, pagiku bermula pada 4.00 pagi di mana iaku terjaga sebab nak
UMAR
AMY
PANTAI
Khamis (28 Mac 2024 )
Pagi hari ini, saya menjadi PIC untuk kelas bahasa Inggeris. Saya mengajar anak murid saya nama anggota badan dan nama Reaksi muka dalam bahasa Inggeris. Saya menyuruh anak murid saya melukis muka berdasarkan perasaan mereka. Saya dapati mereka sungguh kreatif dan fokus melukis. Saya juga dapati anak murid saya suka melukis. Petang pula Cik su dengan Annas pulang ke Malaysia. Kemudian kami semua pergi ke pantai bersama cik jelita. Sungguh cantik ciptaan Allah SWT. Kami pergi pantai menaiki motor. Sungguh berdebar dan seronok.
Malam pula kami semua pergi kedai makan aiskrim di kedai akak suria. Saya rasa seronok dan gembira dalam mendengar kisah kawan-kawan saya dalam misi ini. Walaupun ini kali pertama kami berjumpa dan berkenalan kami dapat menjalinkan hubungan yang irat. Dengan ini, saya dan kawan-kawan misi dapat mengenal diri antara kami bagi mengelakkan pergaduhan dan terbuka mendengar isi hati masing-masing. Dengan Syamin dan Wan membuat lawak mereka dan kami yang lain ketawa sangat meriahkan suasana di rumah anak yatim Nad Tanjong.
Kesimpulan yang saya dapat daripada pengalaman seharian ni, saya dapat mempelajari bahawa jangan pendam perasaan dan jangan membebankan diri sendiri. Jika ada masalah atau tidak puas hati dengan ahli, berbincang kan lah. Luahkan isi hati dengan lembut. Apabila kita meluahkan isi rasa dengan lembut, kita dapat berkomunikasi dengan lebih rapat dan pergaduhan dapat Dirapatkan.