FARAH DANIA
Kami mulakan pagi kami dengan sahur maggi goreng yang sejujurnya tidak bagus kerana 1 hari itu aku dilanda sakit perut. Pada hari itu, kami akan mulakan dengan modul Bahasa Melayu dan sekali lagi aku menyelit disitu atas sebab aku tidak bertugas menjadi fasilitator pada hari itu. Modul pada pagi itu adalah modul menyanyi lagu nenek si bongkok tiga dimana sesiapa yang ditangkap oleh nenek akan mengeja perkataan didalam bahasa melayu. Kami menerima bantuan dari penduduk tempatan yang juga adalah anak kepada Ustaz Osman iaitu, Jalita dan Murni. Semasa aku mengawasi mereka, aku melihat betapa susahnya mereka untuk mengawal budak-budak itu. Memandangkan aku tidak berbuat apa-apa, aku membantu beberapa kumpulan untuk yang kelihatan agak kucar-kacir. Aku mengakuinya ia bukan mudah. Sampaikan Umar meminta bantuan aku untuk melayan budak-budak lelaki kumpulannya. Aku pada asalnya buntu apa yang perlu aku lakukan? Jadinya aku mengajar mereka bermain tepuk ABC yang tidak asing lagi untuk kanak-kanak di Malaysia. Alhamdulillah, mereka dapat dikawal. Aku juga pergi kearah kumpulan Salwa yang aku lihat mereka bermain permainan di dalam bahasa Thailand. Kata Jalita ini adalah permainan yang sering budak-budak kampung ini mainkan. Wah..Ilmu baru. Aku juga dapat tahu dari Jalita yang budak-budak kampung ini gemar dengan lagu bertajuk Indahnya Bumiku yang kebetulan sedang tular di Pattani.
Pada slot petang pula, aku dan Sahmin ditugaskan untuk menjadi fasilitator modul tulisan Jawi. Aku diberi tugas untuk menjaga budak-budak yang berumur 12 tahun kebawah. Alhamdulillah aku dapat mengajar mereka dengan baik dan mereka insyaallah dapat faham apa yang aku ajarkan. Ia agak mencabar kerana sebahagiannya sudah mahir dan sebahagiannya masih bertatih. Jadinya aku asingkan mereka dengan memberi latihan yang aku fikirkan sesuai untuk mereka. Aku sedar yang segelintir budak-budak itu sudah bosan, jadi aku menambah lagi latihan untuk mencabar mereka.
Kami berbuka di surau yang berhampiran dengan bazar ramadan di kampung itu. Surau itu menyediakan gulai kambing, dan aku sudah lama tidak makan gulai masakan ala-ala pantai timur. Oh sungguh nikmat...Pada malam itu juga kami makan di kedai Kak Na yang menjual juadah seperti itu kerabu maggi, lokching, maggi celup dan sebagainya. Walaupun kami agak lewat, Kak Na melayan kami dengan baik sekali.🐢
Pada pagi ini , sudah bermula giliran masak sahur bagi team kami. Umar dan Wan memasak maggi goreng tetapi saya tidak kenyang kerana agak sedikit daripada kandungan makanan yang saya selalu makan.
Kemudian,kami memulakan modul pembelajaran Bahasa Melayu di pagi hari. Namun, saya hanya berehat di ruang bilik tamu kerana saya tidak bertugas di pagi hari. Saya fokus untuk membuat puisi di pagi hari berikut. Bertapa riuhnya suasana pagi itu, ada pelbagai suara yang menjerit memberikan jawapan kepada fasilitator mereka. Secara tiba-tiba-tiba, saya terdengar esakan daripada seorang budak kecil. Apabila saya bertanyakan pada Amy tentang isu tersebut. Dia tidak mengetahui punca adik lelaki itu menangis.
Maka, kami terus bersambung dengan slot petang iaitu Modul Pelajaran Jawi. Saya agak kekok bersama kanak-kanak-kanak maka dengan itu penasihat membahagikan semua budak-budak yang berumur 10 tahun dan keatas pada saya. Saya agak terkilan kerana tidak pandai mengambil perhatian mereka. Ini menunjukkan bahawa saya perlu perbaiki titik lemah ini. Kami mengajar mereka tulisan jawi yang sebenar. Kebanyakkan daridaripada mereka, salah pada bentuk huruf "Sin" dan "Sod".
Ketika malam hari, kami berbuka puasa di Masjid. Dan, telah selesainya mesyuarat O-Group kami, kami bergerak ke kedai Kak Na. Beliau menjual kerabu maggi, lokching, pad thai basah dan banyak lagi menu menarik yang disediakan.Kami berbincang tentang hal penting yang bakal dijalankan pada esok hari. Kami juga melakukan sesi curhat hati sepanjang masa kami berlepak di bawah pondok itu.
SAHMIN
25/3/2024
Kerabu Maggi bersama Lokching
ANNASTASIA
WAN FARIS
FATIN MAISARAH
SITI NURSYAHIRAH IWANI
Rezeki.
Salwa|Rumah Anak Yatim Nad Tanjung|26 Mac 2024
Sahur kami pagi ini adalah maggi goreng yang dimasak oleh umar dan wan, aku bersyukur dengan apa yang dihidangkan walaupun aku dalam fasa penjagaan pemakanan yang sihat pada bulan ramadhan kareem ini. Macam biasa, selepas subuh kami diwajibkan untuk memberi perkongsian, tajuk harini ialah disiplin. Aku terkesan dengan semua nasihat dan pendapat yang dilontarkan oleh mereka semua yang menggerakkan hati aku untuk berubah menjadi seorang yang lebih berdisiplin dalam menjaga waktu dengan bijak, bertanggungjawab atas sesuatu tugasan, dan menjad insan yang sentiasa membuat kebaikan kepada orang lain.
Pada 9am, aku dan rakan-rakan sudah bersiap sedia untuk menghadapi lebih kurang 70 orang adik-adik yang datang ke sini untuk menerima segala ilmu yang dicurahkan keapada mereka. Aktiviti pagi ini bermula dengan aku perlu mengetuai
WALAWEYYYYY
BY UMAR
Permaidani alam menerima kehadiran telapak kaki yang menjejak, pada pagi sekali yang penuh dengan udara murni penuh dengan oksigen . Hirupan udara pagi yang masih segar serta bersih memberi banyak manfaat untuk kesihatan dari segi fizikal mahupun mental. Diskusi pagi,
`
PERASAAN SEORANG GURU
AMY
Isnin (25 Mac 2024 ) Pukul (10 malam )
Misijejakpattani8024 – 2 day
Pada petang pukul 2.30 petang, saya telah memulakan tugas saya Pada hari pertama kelas jawi iaitu ketua PIC. Saya telah merasai menjadi ketua satu program ilmu dan ianya ilmu dan pengalaman yang saya rasai sangat berharga. Ini disebabkan saya merasai sendiri cabaran mengajar karenah anak murid saya. Contohnya macam mana “nak handel “ anak murid yang cepat bosan, yang sangat pendiam dan pemalu dan yang suka buat bising. Sebelum ini saya Cuma mendengar cerita dan nasihat mengajar daripada guru-guru saya namun apabila merasai sendiri mengajar kanak-kanak ini, saya sangat kagum dengan guru saya mengawal keadaan dengan yakin dan tidak cemas.
Saya telah ditugaskan untuk mengajar Jawi kepada kanak-kanak yang kurang membaca dan menulis. Walaupun pada mula keadaan agak baik pada masa nak habis kelas anak murid saya agak penat kerana aktiviti saya agak memenatkan mereka bagi anak murid lelaki saya. Manakala anak murid perempuan saya agak mengambil masa untuk mengikut aktiviti menyanyi. Ada sebilangan mereka malu dan penat untuk bersuara. Namun akhirnya dapat dikawal semula. Masalah yang tiba -tiba muncul ini telah mengajar saya sepatutnya buat aktiviti bermain sambil belajar secara berdiri dan lasak juga aktiviti yang santai , duduk dan seronok.
Saya juga akan menambah baiki aktiviti bermain sambil belajar dengan campurkan cara bermain yang ada di Malaysia dan aktiviti yang selalu kanak-kanak di sini main yang saya akan tambah aktiviti main itu saya tambah sambil belajar bahasa jawi bagi menambah minat mereka dan membuat saya dapat belajar dialek Kelantan, perkataan mudah di Thailand dan permainan moden dan tradisional di Thailand.
Malam pula, saya dan semua ahli pasukan misi jejak Pattani pergi minum teh susu dan kopi susu bersama encik Ehsan. Dan selepas solat Tarawih kami keluar semula pergi makan ke kedai kak na. Semua makanan di kedai kak sedap dan murah. Kak na juga sangat mesra dengan kami. Kami juga sempat berkenalan satu keluarga kak na.