FARAH DANIA
Kami semua bangun dengan awal kerana kami perlu bersiap awal untuk program yang telah ditetapkan pada pukul 10.30 pagi. Hari itu juga adalah hari Salwa akan pulang ke Malaysia melalui sempadan Padang Besar. Kami mengiringi Salwa ke terminal bas Pattani walaupun sedikit mengantuk. Kami bersiap awal dan bersedia untuk modul pembelajaran Bahasa Melayu yang akan diadakan secara ringkas sahaja. Aku meminta mereka untuk memberikan tugasan kepada budak-budak itu untuk menyanyikan lagu dalam Bahasa Melayu. Seperti biasa..mereka tidak bersemangat walau selepas melakukan pelbagai energizer. Aku yang hanya pantau dari jauh sahaja juga merasa penat melihatnya. Selesai modul pada pagi itu, kami menunggu kehadiran wakil TMSA untuk menjemput kami, sementara Faris masih belum pulang dari kedai mencetak. Seketika kemudian, wakil dari TMSA tiba dan ternyata ia adalah Faiz. Aku pernah berjumpa dengan Faiz bersama dengan Muja pada hari forum tahun lepas. Belum mula bergerak pun lagi ahli pasukan aku sudah tidak mengawal perangai masing-masing. Nasib baik Faiz memang jenis yang juga 'happy go lucky'. Kami bergerak agak lewat dan tiba ke Prince of Songkhla University (PSU) pada anggaran pukul 11.40 pagi. Kami menunggu program bermula selepas solat jumaat dan sepanjang menunggu, macam-macam ragam dari kami yang membuatkan Faiz pening melihat kami.
Program dimulakan pada pukul 3 petang dengan sesi perjumpaan bersama dengan Prof. Dr. Nik Abadi, dekan Hal Ehwal Pelajar dan Encik Jauhari bin Ilyas, penolong ketua Hal Ehwal Pelajar. Mereka memberi sedikit nasihat dan ucapan kepada kami dan pelajar PSU yang hadir. Selepas itu, kami teruskan dengan dialog mahasiswa atau sesi pengenalan antara badan organisasi Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Grup Sukarelawan Darul Ehsan (De Volunteer), Thai Muslim Student Association (TMSA) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) PSU. Bagi sesi pengenalan PKPIM yang disampaikan oleh Umar amat lama dalam 40 minit juga. Sehingga Muja kelihatan mengantuk. Selesai sesi pengenalan PKPIM, giliran aku pula untuk memberi pengenalan ringkas tentang De Volunteer. Aku yang agak tidak mahir ini cuba untuk memeriahkan suasana yang tadinya sedikit suram. Selepas itu, kami memberi laluan kepada saudara Muyahedeen, Presiden Thai Muslim Student Association (TMSA) dan , ketua kelompok pelajar Prince of Songkhla University (PSU) untuk memberikan sedikit pengenalan tentang organisasi tapi sayangnya masa mencemburui kami..mereka mampu menceritakan sedikit dan memberi pesanan kepada kami untuk sentiasa bekerja kerana Allah untuk mencapai matlamat yang hendak dikecapi.
Tamat sahaja program, kami bergerak ke rumah gabenor Pattani, Puan Pateemoh Sadeeyamu untuk ber
Hari ini kami semua memulakan pagi bersama kanak-kanak Pattani. Kami mengenalkan lagu-lagu tradisional kepada mereka dan juga lagu kanak-kanak yang mereka ketahui. Mereka juga telah melakukan 2 persembahan daripada golongan lelaki dan juga perempuan. Golongan kanak-kanak lelaki menyanyikan lagu Kalau Rasa Gembira dan perempuan pula adalah lagu Kepala Bahu Lutut Kaki. Mereka semua bernyanyi dengan penuh semangat serta ada gayanya.
Tepat jam 1030, salah seorang daei wakil PSU datang menjemput kami. Farah mengenalkan Faiz kepada kami, kenalannya semasa Misi Jepat 7.0. Kami naik buddy untuk ke Prince of Songkhla University,Pattani. Kami bayar dalam 1000 baht untuk sewa seharian.
Seterusnya, kami menjalinkan hubungan bersama wakil daripada TMSA dan wakil daripada PSU. Dalam sesi pengenalan, Farah dan Umar telah menjadi wakil untuk PKPIM dan DE Volunteer manakala Mujahideen dan Hafiruz Alee sebagai wakil untuk TMSA dan Ketua Kelompok Universiti. Sepanjang sesi tersebut, saya amat tertarik dengan ucapan daripada Muja, beliau menginginkan setiap kelompok kelab ini lebih kuat ke arah jalan agama.
Semasa kami pulang, Affan(wakil PSU) menceritakan bahawa ibunya juga boleh berbahasa Inggeris disebabkan kertas-kertas iklan yang diletakkan di keliling kawasan daerah Phuket. Phuket merupakan kawasan pelancongan. Ia menyatakan lagi demografik di kawasan Phuket, kebanyakkan daripada mereka hanya mempunyai 2 adik beradik dan tidak melebihi 4 orang. Ia amat berbeza dengan kawasan seperti Pattani, Nad Tanjung, Yala dan sebagainya.
ANNASTASIA
WAN FARIS
FATIN MAISARAH
SITI NURSYAHIRAH IWANI
DAHLIA
UMAR
Amy
SAHABAT SEPERJUANGAN ISLAM
Jumaat ( 29 Mac 2024 )
Pagi ini kami melakukan kelas bahasa Melayu. Saya dan syamin mengajar murid lelaki manakala murid perempuan diajar oleh iwani dan farah. Ketua PIC adalah salwa. Kami semua diberi Kami semua diberi arahan mengajar kanak-kanak menyanyikan lagu dalam bahasa Melayu dan memberikan persembahan di hadapan kawan-kawan mereka yang lain. Kumpulan saya memilih lagu kalau rasa gembira. Selepas habis sahaja kelas, kami menghantar salwa di depan rumah kerana dia ingin balik ke Malaysia. Sungguh sedih dan rindu salwa.
Pukul 11 pagi kami dijemput oleh wakil tmsa iaitu Faiz. Sepanjang perjalanan ke tempat yang ditinju, kami dihiasi dengan gelak ketawa senda gurauan meriahkan suasana. Saya rasa seronok dapat pengalaman yang indah ini. Setelah sampai ke tempat yang tinju, kami menunggu sebentar sebelum program bermula. Kami mengambil gambar bersama Faiz. Umar dan Faiz bermain dam Haji. Saya agak merasa bosan sebab saya tidak tahu main dam haji. Apabila pukul 2 petang, program kami pun bermula. Kami mengenalkan diri dengan semua ahli tmsa dan pelbagai lagi organisasi yang mempunyai matlamat yang sama dengan kami.
Kemudian kami bergerak untuk berbuka di tempat gabenor Pattani, Pattemoh Sadeeyamu. Ketika perjalanan hendak pergi ke sana, kami bersama Afan pergi menaiki kereta ‘body’. Walaupun afan hanya dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris namun ianya bukan penghalang kami bergurau mesra antara satu sama lain. Apabila sampai ke tempat Gabenor Pattani, Pattemoh Sadeeyamu bersama guru besar sekolah berdekatan telah menjemput kami dengan mesra. Kami mengambil gambar bersama-sama. Apabila masa berbuka, kami jemukan dengan makanan dan minuman yang sangat sedap dan menyelerakan. Tomyam yang dihidangkan sangat sedap. Sebelum balik, saya menemani syamin memohon Tandatangan gabenor pattani atau lebih mesra dipanggil kak mah. Beliau menjemput kami ke rumah beliau untuk Tandatangan bersama wakil dari universiti yang ada di Thailand. Rumah beliau sangat sangat cantik. Terdapat beberapa perhiasan yang menarik minat saya. Kucing kembar beliau juga sangat lawa.
Ketika pulang pula, kami bersama-sama Afan menyanyi dan mengusik antara kami. Gelak ketawa dan berbual sepanjang jalan tidak menyedarkan kami telah sampai ke rumah anak yatim Nad Tanjong. Saya rasa seronok dan pengalaman manis ini terpalit di hati dan ingatan saya.