FARAH DANIA
INSANIAH
Di pagi yang sunyi ini, kami masih berada di rumah Yayasan Anak Yatim Nad Tanjong. Kegembiraan yang muncul di petang hari semalam menjadi suram kerana pihak TMSA tidak dapat melaksanakan tentatif yang sepatutnya kami laksanakan bersama-sama. Masalah pengangkutan menjadi punca kebosanan kami di pagi hari. Dengan itu, kami hanya mengemas kawasan perumahan.
ANNASTASIA
WAN FARIS
FATIN MAISARAH
SITI NURSYAHIRAH IWANI
DAHLIA
UMAR
AMY
REMPIT
2 April 2024 Selasa
Disebabkan program bersama tmsa tidak jadi maka saya tudir sepuasnya pada pagi tersebut. Pada waktu 10 pagi saya dan iwani ronda kampung Nad Tanjong sambil borak di atas motor. Kami berdua terokai kawasan yang kami tidak dapat pergi pada waktu pemetaan komuniti. Sungguh cantik permandangan ciptaan Allah. Kami melihat aktiviti penduduk kampung. Ada yang tengah berkebun, berbual di laman rumah bersama jiran ada juga tidur luar rumah. Mungkin panas sangat kat dalam rumah. Kami berdua juga singgah di kedai borong membeli keropok dan sebagainya bagi tanda hadiah untuk dibawa ke Malaysia. Iwani membeli makanan yang dipesan oleh salwa dan menyuruh saya memberi makanan tersebut kepada salwa. Selepas penat ronda, kami berdua pulang ke rumah anak yatim Nad Tanjong dan bersiap untuk berbuka di surau Aur.
Malam kami semua buat O-group meluahkan perasaan kami rasakan pada hari tersebut kepada ahli lain. Saya mendengar gurauan dan nasihat daripada semua ahli. Antaranya syamin menasihati saya untuk sentiasa tenang dan bersedia menghadapi masalah walaupun gabra. Saya mengakui bahawa saya tidak dapat menenangkan perasaan apabila melakukan kesilapan dan terus melakukan kesilapan. Saya akan cuba bertenang dan bersedia menghadapi masalah dan menanggung akibat atas kesilapan saya. Saya juga harap dapat menghilang perasaan marah saya apabila tidak cukup tidur dan memarahi ahli kumpulan saya yang lain. O-gruop mengajar saya tentang perwatakan saya cara saya membaiki diri.