FARAH DANIA
SITI SAHMINHALINA
ANNASTASIA
WAN FARIS
FATIN MAISARAH
SITI NURSYAHIRAH IWANI
DAHLIA
UMAR
AMY
DAPUR EHSAN
3 April 2024
Hari ini kami akan melakukan agihan dapur ehsan kepada yang memerlukan bersama wakil Yayasan Rumah Anak Yatim Nad Tanjung adalah 2 orang iaitu Abang Hassan dan Abang Yahya manakala Wakil TMSA adalaha 4 orang iaitu Muyaheedeen , Muhibban ,Anwar dan Eruwan. Kami semua menaiki 2 kereta 4 roda. Saya, syamin, umar dan Abang Hassan menaiki kereta manakala kereta lagi satu selebihnya dinaiki wakil tmsa, Farah, Wan dan fatin mai. Saya dapat pengalaman memberi bantuan kepada orang ya g lagi susah dari saya dan menimbulkan rasa syukur dengan rezeki Allah bagi kepada saya. Saya juga kagum dengan kesungguhan mereka mencari rezeki walaupun tidak mempunyai kudrat yang kuat dan bahagia bersama anak mereka walaupun rumah hampir roboh dimakan anai-anai. Betul cakap sesetengah orang kaya pun tidak menjamin kebahagiaan dan ketenangan di dalam keluarga. Kita patut berdoa dan melakukan suruhan Allah demi memelihara kebahagiaan keluarga walaupun hidup susah.
Petang kami dibawa Abang Hassan membeli- belah di Asean Mall dan kedai jual barangan makanan yang murah. Kami semua merasa seronok dan saya rambang mata melihat baju yang murah dan cantik sangat. Umar juga sempat potong rambut di kedai potong rambut di Asean Mall. Kedai tersebut ada melakukan potong rambut bagi anak yatim dan hasil jualan diberikan Kepada anak yatim. Kami juga ada singgah di kedai jual garam manis. Umar borong garam manis. Katanya garam manis ini sedap diletakkan di dalam masakan.