https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1764616853607015&id=100001761519277
Bismillahir rahmani rahiim.Allahumma salli ala Sayyidina Muhammadin wa'ala aali Sayyidina Muhammah.Assalaa mu'alaika ya khaira khalqi Llahi rahmatul 'alamiin.
ROH-JIWA-NYAWA.
ROH(RUHANI).
Roh adalah hakikat manusia (insan) yang boleh di namakan juga Alam Jabarut atau di sebut "Sebenar diri".Dia boleh di sebut juga Sifat Tuhan kerana di dalamnya menanggung tujuh sifat Ilahi.Ia di kenal juga sebagai tubuh kita yang batin.Ia berasal dari Alam Arwah lagi.Namun memerlukan JASAD sebagai alat untuk ia bertajul..Dia ada lah insan khusus,indah, lagi cemerlang bercahaya kerana dia tercipta dari pancaran cahaya Roh Muhammad s.a.w. yang mana ia itu pula tercipta dan bertajul daripada pancaran Nur Dzatullah Rabbul 'alamiin Yang Wajibal-Wujud.Dan Roh kita ada-lah abadi setelah di ciptakan.
Firman Allah : " Maka tatkala Aku telah menyempurnakan kejadiannya,dan telah meniupkan kedalamnya ruh-Ku,maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud" ( Qs:15:29).
Wallahu'alam.
JIWA:
Jiwa dalam sebutan lain ialah "An-Nafs" ia terjadi setelah bersatu antara Roh dan Jasad.BILA bersatu(berpadu) Roh dengan jasad baru lah maka tampak keberadaannya Jiwa.Jasad juga tidak akan ada dan tidak berfungsi tanpa menyatunya dengan jiwa.Jadi Jiwa bukan lah "Jauhar haqiqi" atau berdiri sendiri seperti Ruh yang menghidupkan jasad kerana jiwa bukan lah yang menghidupkan jasad. Ia ada-lah satu jisim yang Lathif(tubuh yang halus) merupakan bahagian terpenting dalam diri kita manusia juga dan iapun "hakikat manusia juga"tetapi bezanya Jiwa (nafs) ini dengan ROH adalah kerana ia sumber akhlak manusia yang tercela(mazmumah) sebaliknya Ruh adalah sumber daripada akhlak terpuji(mahmudah).
Firman Allah : "Dan ada pun orang-orang yang takut kepada kedudukan Tuhannya.Dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya.Maka sesunguhnya Surgalah tempat tinggalnya" ( An-Naazi'aat:79:40/41).
Pada saat Ruh bersatu dengan jasad muncul-lah ke inginan-ke inginan dan keperluan keperluan(nafsu) menjadi kekal berada secara nyata(konkrit)dalam diri.Maka keinginan inilah yang di ambil peluang okeh Syeithan untuk menggelincirkan kita Anak Adam dari jalan yang Haq yang dI perintah Ilahi.Sepertimana tewasnya bapa kita Adam dari Syurga.Maka berasal dari keinginan-keinginan (nafsu) tersebut lahirlah yang dinamakan penyakit hati (penyakit qalbu)atau kumpulan sifat buruk pada syariat dan masyarakat "Mazmumah".
jasad kita miliki kehidupan,berupa Roh dan Jiwa...Tetakala kita sedang tidur maka jiwa kita dapat keluar,berkerja dan berfikir apa yang di inginkan..namun tidak meninggalkan badan yang keluar hanyalah bagai satu benang yang panjang yang memiliki cahaya atau energi.Yang keluar ialah cahayanya,sedangkan umbinya (pangkal benang)tetap terpaut pada badan jasmani...Dan Roh pula tetap berada dalam badan kita untuk menjalankan tugasnya memberikan kehidupan dengan tetapnya keluar masuknya Nafas kita.Jika tubuh kita bergerak dengan kesadarannya maka cahaya jiwa yang keluar secepat lebih dari lajunya kilat kembali kepada jasadnya.Wallahu'alam.
NYAWA:
Nafas yang ada keluar dan masuk itu kita gelar juga "bernyawa" maka sebenar nya nafas pada nyawa kita itu ada empat nama yang berfungsi dan duduk pada diri kita manusia pada tempat khasnya tertentu. Nama bagi yang empat pada nyawa ini ialah.. Nafas, Amfas,Tanafas dan Nupus.
Ada pun nyawa insan adalah daripada Nyawa Nur Muhammad yang kita namakan Ruhul-Quddus.Daripada nyawa Insan jadi Nyawa Malaikat.Daripada nyawa Malaikat jadi nyawa Jin daripada nyawa jin jadi nyawa Syaithan dari nyawa Syaithan jadi nyawa binatang daripada nyawa binatang jadi nyawa tumbuh-tumbuhan.
Maka daripada Nyawa Muhammad jadi nyawa Adam.Daripada nyawa Muhammad jadi nyawa insan daripada nyawa Muhammad jadi nyawa orang-orang Mukmin.
Imam Qastalani,Tahir ibn Abdullah menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda.."Yang pertama kali diciptakan Tuhan-mu adalah Cahaya Rasul-Mu,yang diciptakan langsung dari Tuhan".Dan ada hadis lain menyatakan.."Wahai Jabir,yang pertama kali diciptakan Tuhan adalah Roh Rasul" yang ketiga.."Aku memiliki waktu khusus dengan Tuhan (Allah)yang dI dalamnya tiada lagi malaikat dan rasul-Nya." Dan satu lagi.."Aku ada lah Nabi, Sedang Adam adalah antara air dan lempung".Maka Nyawa itu juga di sebut sebagai Sirrullah...itu yang selalu kita dengar orang makrifat kata.. "Al-insaanu Sirri wa Ana Sirruhu."
Wallahu 'alam.Maka yang sebenar tahu yang ghaib itu ada lah Allah dan Rasul-Nya yang mulia.
Mohon maaf tidak dapat bicara lebih dari ini kerana ia nya sekadar asas bekalan kepada yang ingin mencari dan mendalamkan lagi ilmu pengentahuannya di alam siber yang terbuka ini untuk mengenal(mengentahuan)diri. Dengan ini juga saya berharap saya telah juga penuhi janji saya kepada permintaan salah seorang sahabat kita dalam persaudaraan alam fb ini untuk menuliskan mengenai tajuk.. Roh, Jiwa dan Nyawa di-atas.Semoga mamfaat bagi siapa yang mengambilnya sebagai buat bekal mengenal(mengentahui)diri dan mengenal Allah..seterusnya. Insya Allah.
video:
Pukulan Mersing asli (lian Yunan)rasanya kaedah ini sebelum di adjust dengan gerak pukulan Sendeng.(maaf pada pencinta seni silat berkenaan ini jika saya silap pandang dan salahdi kata).