Iktiqad Tauhid with Raja Abdul Rashid and 22 others.
NAFI DAN ISBAT DIDALAM KALIMAH TAUHID
لااله الا الله
Terdiri daripada dua kalimah iaitu kalimah (لااله) yang disebut sebagai kalimah nafi
Dan kalimah (الا الله) yang disebut dengan kalimah isbat..
Kita berbicara pecahan yang paling mudah, tak perlu kita masuk kedalam pecahan yang susah-susah, cukup kita ambil tahu supaya senang kita hendak beramal dengannya..
Yang kita tahu ini jika tidak dilakukan tidak membawa erti apa-apa malah kita amat dimurkai oleh Allah kerana memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukan..
Tidak boleh membezakan diantara keduanya iaitu nafi dan isbat, barang siapa membezakannya maka ianya kafir...
Maksudnya kita tidak boleh menafikan segala apa yang telah dipertuhankan oleh orang kafir dan mengisbatkan Allah..
Apa yang dipertuhankan itu bukan tuhan, tetapi yang dianggap tuhan oleh orang kafir, tidak perlu dinafikan lagi sebab yang dipertuhankan itu sebenarnya bukan tuhan...
Maksud kepada membezakan diantara nafi dan isbat ialah menafikan yang lain (contoh yang dipertuhankan oleh orang kafir) mengisbat yang lain pula iaitu Allah.
Ini maksudnya orang yang membezakan diantara nafi dan isbat..
Bagaimana pula cara yang tidak membezakan diantara nafi dan Isbat..
Apa yang hendak dinafikan dan apa yang hendak diisbatkan mestilah perkara yang sama bukan yang berbeza...
Yang hendak dinafikan dan diisbatkan didalam kalimah tauhid ialah sifat-sifat ketuhanan..
Menafikan sifat-sifat ketuhanan yang ada pada diri kita daripada diri kita dan yang ada pada makhlok lain daripada makhlok lain
Mengisbatkan sifat ketuhanan yang ada pada diri kita dan yang ada pada makhlok lain kepada Allah.
Dengan ini akan berlakulah seperti apa yang telah difirmankan oleh Allah
34.Surah Saba' (Verse 27)
قُلْ أَرُونِيَ الَّذِينَ أَلْحَقْتُم بِهِ شُرَكَاءَۖ كَلَّاۚ بَلْ هُوَ اللَّهُ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Katakanlah lagi:
"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.
Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,
bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Jika kita baca firman Allah seperti diatas, akan lahir ilmu atau pengetahuan bahawa segala sifat ketuhanan yang terlahir pada badan diri kita adalah merupakan sifat Allah. Pengetahuan yang diketahui ini belum lagi menunjukkan yang kita telah berpegang dengan pegangan atau iktiqad tauhid kerana
Jika kita berkata berdasarkan kepada ilmu yang diketahui "SEGALA SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA KITA ADALAH SIFAT ALLAH"
Apa yang diperkatakan tersebut benar jika dinilai dari sudut ilmu, dari segai perlakuan seharian yang sedang dilakukan belum lagi mencapai kepada kebenaran kerana didalam masa kita memperkatakan "SEGALA SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA KITA ADALAH SIFAT ALLAH" apa yang sedang berlaku didalam rasa perasaan yang disedari, kita masih lagi sedang merasakan keberadaan diri kita sendiri..
Kita memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukan...
Apa yang diperkatakan - "SEGALA SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA KITA ADALAH SIFAT ALLAH"
Dan apa yang sedang dilakukan "SEDANG MERASAKAN SEGALA SIFAT KETUHANAN SEBAGAI SIFAT DIRI KITA SENDIRI"
Dengan memperkatakan ilmu yang kita ketahui "SEGALA SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA KITA ADALAH SIFAT ALLAH" tanpa melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid, "TIDAK AKAN MENGHILANGKAN RASA KEBERADAAN DIRI SENDIRI"
Ilmu yang diketahui tentang tauhid " contoh SEGALA SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA KITA ADALAH SIFAT ALLAH" bukan lagi merupakan pegangan atau iktiqad tauhid.
Jika kita sedang merasakan ilmu yang diketahui tentang tauhid (ilmu hakikat dan makrifat), sebagai pegangan atau iktiqad tauhid (makrifatullah) kita sebenarnya kita sedang bersangka-sangka berdasarlan kepada ilmu pengetahuan yang diketahui hasil daripada kuta membaca ayat-ayat Al-Quran yang menerangkan tentang tauhid.
Secara tidak disedari kita sedang bersangka-sangka berdasarkan kepada firman Allah yang telah kita baca...
Keadaan ini sedang berlaku didalam keadaan yang tidak disedari (tersembunyi lagi tersembunyi), dan kebanyakan orang yang sedang duduk disini sudah merasakan mereka telah pun mencapai kepada makrifatullah atau sudah berpegang dengan pegangan atau iktiqad tauhid tetapi sebenarnya mereka sedang tertipu dengan sangkaan mereka sendiri iaitu sedang berprasangka kepada ilmu yang mereka ketahui tentang tauhid, ilmu yang diketahui inilah yang sedang disangka sebagai pegangan atau iktiqad tauhid (makrifatullah) mereka
Sebenarnya mereka belum lagi sampai kepada pegangan atau iktiqad tauhid ..
Apa yang Allah telah firmankan tentang untuk menetapkan iktiqad tauhid...
17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
Ini adalah huraian dari sudut ilmunya, kita baru tahu maksud nafi dan isbat belum lagi melakukan nafi dan isbat tersebut...
Kita tahu tetapi belum lagi melakukan jalan dan cara untuk menetapkan nafi dan isbat tersebut membawa makna kita belum lagi berpegang dengan kalimah tauhid yang telah diperkatakan.
Inilah keadaan yang telah diberikan amaran keras oleh Allah seperti didalam firmanNya
61.Surah Aş-Şaf (Verse 2)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
61.Surah Aş-Şaf (Verse 3)
كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
Orang-orang yang bersikap memperkatakan tentang ilmunya sahaja tetapi tidak melakukan sepertimana yang telah diperkatakan ini adalah termasuk orang yang sedang bersangka-sangka dengan kebenaran ilmu yang telah diketahui dan diperkatakan...
Apa yang diperkatakan itu adalah benar berdasarkan kepada nilaian dari sudut ilmu pengetahuan tetapi dari sudut amalan belum dilakukan lagi..
Inilah yang dikatakan sedang bersangka-sangka dan timbul anggapan bahawa ilmu yang telah diketahui itu yang dijadikan sebagai pegangan tanpa melakukan jalan dan cara untuk mengamalkan ilmu yang telah dketahui tersebut..
Yang diketahui itu sudah betul, persoalannya sudahkah mengamalkan sepertimana yang telah diketahui itu (melakukan apa yang telah diperkatakan)
Jika kita memperkatakan tentang ilmu yang telah diketahui ini tanpa mengamalkan sepertimana yang telah diperkatakan berdasarkan kepada kebenaran ilmu yang telah dketahui tersebut, inilah sikap yang telah dijelaskan oleh Allah didalam firmanNya..
10.Surah Yūnus (Verse 36)
وَمَا يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلَّا ظَنًّاۚ إِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًاۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ
Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.
10.Surah Yūnus (Verse 66)
أَلَا إِنَّ لِلَّهِ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَمَن فِي الْأَرْضِۗ وَمَا يَتَّبِعُ الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ شُرَكَاءَۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ
Ingatlah! Sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan bahawa mereka yang menyembah sesuatu yang lain Allah sebagai sekutuNya, mereka tidak menurut (sesuatu keyakinan), mereka hanya menurut sangkaan semata-mata, dan mereka hanyalah orang-orang yang sentiasa berdusta.
53.Surah An-Najm (Verse 28)
وَمَا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍۖ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّۖ وَإِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا
Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).
Jadi untuk kita semua tidak duduk didalam keadaan bersangka-sangka kita mesti melakukan sepertimana yang telah diperkatakan berdasarkan kepada kebenaran ilmu tersebut...
Kita tidak boleh melakukan dengan cara sesuka hati dan mengikut kefahaman kita secara sendiri-sendiri tetapi mesti
HENDAKLAH MELAKUKAN SESUATU PERKARA DENGAN CARA YANG DIKEHENDAKI ALLAH ...
76.Surah Al-'Insān (Verse 29)
إِنَّ هَٰذِهِ تَذْكِرَةٌۖ فَمَن شَاءَ اتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِ سَبِيلًا
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
76.Surah Al-'Insān (Verse 30)
وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّهُۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
Apa yang boleh dilakukan ialah melaksanakan perintah Allah yang tersurat dan tersirat di dalam firman Allah
73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Yang cara melaksanakannya telah dihuraikan melalui sabda Nabi Muhammad saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut. Pejamkan mata mu, Tongkat kan lidah mu ke langit2, sebutlah nama Allah sebanyak2
Apabila dilakukan apa yang telah diperintahkan oleh Allah dan Rasulullah ini akan berlakulah penyaksian dan pengakuan kepada zat, sifaf, nama dan perbuatan Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah
Diketika sedang berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada zat, sifat, nama dan perbuatan Allah inilah sedang berlaku isbat segala zat, sifat, nama dan perbuatan kepada Allah.
Diketika yang sama itu juga akan berlakunya penafian zat, sifat, nama dan perbuatan kepada sesuatu selain daripada Allah.
Bukan kita yang menafikan dan mengisbatkan.
Nafi dan isbat akan berlaku secara tersendiri (dalam ertikata sedang dipimpin oleh Allah) yang akan terhasil daripada seseorang itu melaksanakan perintah Allah
73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Yang cara melaksanakannya telah dihuraikan melalui sabda Nabi Muhammad saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut. Pejamkan mata mu, Tongkat kan lidah mu ke langit2, sebutlah nama Allah sebanyak2 nya