"Tuhanmu mengubah-ubah keadaanmu
daripada sedih kepada gembira,
daripada sihat kepada sakit,
daripada kaya kepada miskin,
daripada gelap kepada terang.
Supaya kamu mengerti,
bahawa kamu tidak pernah
bebas daripada ketentuan Tuhanmu.
Lalu, Ucaplah tiadalah daya upaya diriku ini,
kecuali dengan Tuhan-ku."
Ibn Athoilah As-Sakandari رحمه الله تعالى
Adapun orang beriman itu:
1-Beribadah dgn istiqamah terus menerus berpaut hati kpd ALLAH.
2-Tidak berangan asyik dgn khayalan kenangan kenangan lama di zaman kanak kanak dan di zaman muda.
3.Tahu dan sedar hakikat perjalanan hidup ini.Nampak destinasi perjalanan alam seterus nya.
4.Tahakiq pada jiwa beza dunia yg palsu dgn tempat yg kekal.
5.Sedar bahawa dunia ini tempat bermain main yg penuh senda gurau dan penuh tipu daya.
6.Bersungguh sungguh berdaya kuat utk beribadah kpd ALLAH dan berzikirullah utk makrifah kpd NYA di atas dunia ni spt peladang yg berusaha di atas ladang nya.
7.Hati nya dekat dgn jiwa Nabi Muhamad Rasullullah saw hidup batin Nabi saw di dalam sanubari nya walaupun orang biasa rasakan baginda wafat lama dah.
8.Suka memudahkan urusan hidup nya dgn manusia lain dan menjauhi perkara2 yg remeh temeh.
9.Berusaha utk berakhlak mulia dan terpuji,benci kelakuan buruk dan keji.
10.Sentiasa duduk dlm mutmainnah dan kuat utk jauh drp sifat sifat mazmumah.