Hamzah Fansuri di dalam Makkah,
mencari Tuhan di Baitul Ka'bah,
dari Barus ke Quddus terlalu payah,
rupanya dapat di dalam rumah.
KETERANGAN : bagi mereka yang menyangka seolah beribadat itu terasa dekat dengan ALLAH SWT hanya apabila berada di Makkah, maka dia akan merasa kedekatan itu hanyalah di tempat yang bernama Makkah atau disebut juga oleh Al-'Arif Billah Al-Imam Hamzah Fansuri QaddasAllahu Sirrahu di dalam syair ini sebagai Quddus iaitu tanah haram yang suci di sana.
tetapi bagi mereka yang 'arif, tahulah mereka bahawa hakikatnya kedekatan dgn ALLAH SWT itu sebenarnya berada di mana-mana selagi adanya ALLAH SWT di dalam "rumah" kita iaitu di dalam "hati" kita yang mana disitulah adanya ALLAH SWT bagi sesiapa yang sentiasa syuhud hatinya kepada ALLAH SWT. Barus adalah negeri Kelahiran Hamzah Fansuri di Sumatera, Indonesia. wAllahu a'lam.