Shia-Hizbun AnNabi wa AaliBaitihi wa Ashabihi
Feb 6 2006
Ingat-Ingat
Orang2 yang tidak mempelajari ilmu Tasauf dari guru yang mursyid walaupun ia pandai dalam ilmu Usulludin, tetapi pada hakikatnya tetap tidak akan kenal akan nyawanya yang sebenar dan tubuhnya tetap sebagai orang2 awam juga.
Dengan itu maka jadilah:-
Takkan sama ilmu seorang Nabi dengan Saiidina Muhammad Rasulullah SAW
Takkan sama ilmu seorang Sufi dengan Nabi2
Takkan sama ilmu orang2 Syariat dengan orang2 Sufi
Takkan sama ilmu orang2 awam dengan orang2 Rohaniah
Takkan sama ilmu orang2 yang membaca kitab2 tanpa guru dengan orang2 yang berguru.
Oleh itu menjadi syarat pada orang2 yang ingin mempelajari ilmu yang delapan (salah satunya ialah ilmu Tasawwuf) berhati-hati jangan berguru dengan guru yang derhaka kepada gurunya. Kesesatan yang banyak berlaku pada mereka yang mempelajari Ilmu Batin kerana berguru pada guru2 yang berasal gurunya derhaka kepada gurunya, maka faham yang demikian rupalah yang tidak mengambil berat akan perintah syariat dengan alasan mengetahui Daiem padahal Daiem yang tidak benar.
Tidak ada Nabi2 yang meninggalkan Syariat
Tidak ada Wali2 Allah yang meninggalkan Syariat kecuali apabila ia dalam Sakar,Majzub, Wujdan dan Fana Kamil
Tidak ada agama yang tidak sembahyang
Maka sembahyang yang diredhai dan diterima Tuhan ialah sembahyang yang datangnya dari ajaran Rasulullah SAW tanpa tambah dan kurang dan tanpa alih bahasa, ia tetap dalam konteks bahasa Arab
3rd March 2017 link "Orang yang bertasawuf itu terbahagi kepada tiga. Yang pertama, hendaklah dia selalu berzikir. Tidak kiralah apa sahaja yang dapat mengingati Allah سبحانه وتعالى. Tidak kira apa sahaja yang diajarkan oleh guru, dengan hizibnya, wiridnya, ratibnya apa sahaja yang diberikan oleh guru. Maka, seorang mureed itu, hendaklah dia mengamalkannya."
"Dan dengan zikir itu dia, dapat menumbangkan syaitan. Yang kedua, adalah, seseorang yang bertasawuf itu dia bermujahadah. Maksud mujahadah ini, adalah melawan hawa nafsunya. Mana mungkin seorang itu berkata, dia orang yang bertasawuf, tapi menuruti hawa nafsunya. Contohnya, ibadah bangun malam. Tidur itu kan seronok."
"Tapi dia lawan nafsunya, untuk tidur itu. Digantikan dengan ibadah bangun malam. Dengan mujahadah inilah, dapat menumbangkan hawa nafsunya. Mana mungkin orang bertasawuf, dia bermalas-malasan menuruti hawa nafsunya. Kalau ada, dia sudah tertipu dengan dirinya sendiri. Dengan menyangkakan dirinya itu, bertasawuf."
"Dan yang ketiga, orang yang bertasawuf itu mestilah berguru, bersuhbah dengan guru, berkhidmat dengan guru. Hendaklah kamu bersama dengan orang-orang sidiqqin. Bersama dengan orang-orang soleh, ulama, murobbi, mursyid, berdamping dengan mereka."
"Kerana apa? Kerana bersuhbah dengan guru murobbi, mursyid itu dapat menumbangkan sifat ketuhanan dirinya. Sifat aku yang hebat, aku alim, aku pandai. Sifat-sifat ini, sifat keakuan diri, dapat dileburkan dengan berkhidmat, bersuhbah dengan guru. Mureed itu menghinakan dirinya, dengan gurunya."
"Seorang guru murobbi, mursyid yang sebenar dia akan membawa mureednya itu, memandang kepada Allah سبحانه وتعالى. Bukan memandang kepada dirinya. Dia akan sibukkan dengan Allah سبحانه وتعالى. Bukan dirinya. Itulah murobbi. Itulah mursyid. Setiap gerak-geri guru itu adalah tarbiyah."
"Dengan tutur katanya, jelingannya, bermusafir dengannya, berkhidmat dengannya, berjalan dengannya, duduk dengannya. Semua itu, Allah سبحانه وتعالى mentarbiyah mureed, melalui gurunya. Dengan apa? Dengan mureed itu, menghambakan dirinya menjadi salik."
"Barangsiapa yang mempunyai azam yang kuat dan kukuh, menjadi salik menuju kepada Allah سبحانه وتعالى. Dia akan sentiasa bersama gurunya, muroobi, mursyid berbaiah kepada guru, bersama dengan gurunya. Makanya, guru yang sebenar itu mengajak mureednya kepada Allah سبحانه وتعالى."
"Guru itu jugalah yang mendidik dan mentarbiyah mureed. Sehinggalah sifat keakuan diri itu lebur, sehinggalah mureed itu dapat bersangka baik sesama makhluk Allah سبحانه وتعالى. Betapa susahnya seseorang itu, bermujahadah untuk bersangka baik hatta dengan guru itu sendiri. Dan demikianlah ciri-ciri orang yang bertasawuf yang sebenar."
بسم الله الرحمن الرحيم. الحمد لله رب العالمين
اللهم صل على سيدنا محمد قمر الوجود في هذا اليوم وفي كلّ يوم وفى اليوم الموعود سر و جهرا في الدنيا و الآخرة و على اله وصحبه و سلم.
"AKU AKAN MEMBELIMU; MASAMU; NAFASMU; HARTAMU; HIDUPMU. HABISKAN SEMUA ITU KEPADA-KU. PALINGKAN SEMUA ITU KEPADA-KU, DAN - KU-BAYAR DENGAN KEBEBASAN, KEAGUNGAN, DAN KEARIFAN ILLAHIAH. ITULAH HARGAMU DI MATA-KU.
[PETIKAN PUISI MAULANA JALALUDDIN RUMI, 1207-1273]"
"Tentang ahwal (keadaan-keadaan) dan maqamat (tahap-tahap), tahap-tahap sebagai hasil usaha si pencari. Sebaliknya, keadaan-keadaan datang sendiri ke hati; si penerima tidak berniat mendapatkannya. “Keadaan-keadaan diberikan (oleh Tuhan);Kembalilah Kepada Allah Larilah MenujuNya ,Bertaubatlah dengan kadar segera dan perbanyakkanlah berselawat kepada junjungan AnNabi Sayyidina Rasulullah Muhammad S.A.W.
Hebah/Sebar/Kongsikan Buat Yang Mahu Mengambil Manfaat
Like Dan Kongsikan Page2 Di Bawah Ini: