link
Kalau Minyak Ganja boleh bunuh Cancer, kenapa nak jugak buat Kimoterapi? Bayar beribu2, Habis Tanggal bulu Kening dengan Rambut, ramai yg 3 bulan terus Gone? namun doktor2 sarkis bermatian pertahankan Kimoterapi adalah yg terbaik dan medical marijuana hanyalah teori konspirasi? pastu menghina dgn keluar statement nasi lemak 3 segi? Paranoid? taksub? khasiat ketum dan pelbagai herba2 pun ko nak nafikan?? demi nk menguntungkan kapitalis??
Minda ko dah kena sihir ke?
Itulah Fitnah Perubatan..
Walaupun mangsa histeria berkali2 beritahu dia selalu diganggu dan nampak makhluk halus, tapi doktor kata itu hanyalah disebabkan masalah tekanan perasaan, dan akhirnya pesakit itu menjadi benar2 sakit jiwa/gila kesan daripada ubat dadah+kimia yg diberikan pada mangsa dgn
rawatan Psikologi’ dan ‘Psikiatri’
Itu juga Fitnah Perubatan..
Kalau anak sakit Anemia, bwk pegi spital,doktor suruh banyakkan makan organ dalaman haiwan/hati ayam utk tambah darah + ubat2 farmasi, sedangkan itu ajaran bullshit dari yahudi British,malah menimbulkan mudarat, itu juga Fitnah Perubatan.
Iklan tv dan doktor2 sarankan suruh guna ubat gigi berfluorida sedangkan fluorida itu punca kanser, dan melembabkan oksigen menyerap ke pinneal gland jadi otak manusia tambah dungu tolol biol tambah bahalol
itu juga Fitnah Kesihatan.
Kalau page2 Melayu Hipster Acah Genius tulis Sejarah dan Kaji dunia tapi cedok dari media2 pro mason, dibayar oleh parti politik etc , sorang pun tak tahu. Main telan dan angguk je.. Fakta bercampur aduk dgn auta..
SIBUK LAYAN grup Cendekiawan Melayu, tapi disesatkan fakta dan masuk dakyah percaya sistem British.
Itulah Fitnah INFORMASI.
Pastu da ramai follower, nak tulis buku dan jual buku... hmm.. parahhh..
Percaya berita MH370 jatuh kat lautan Hindi, percaya serangan 9/11 itu perbuatan terrorist Islam/Osama Laden/Al Qaeda, percaya Muammar Gaddafi kejam, Saddam Hussein zalim, Percaya Ust Ibrahim Libya jahat,Ust Ashaari (Al Arqam) sesat..
Percaya skrip liwat ciptaan mahathir yg akhirnya membawa kepada perpecahan umat Islam sehingga ke hari ini..
itu juga fitnah INFORMASI.
FITNAH AKHIR ZAMAN
Keadaan kucar kacir bila dah tak tahu mana yang betul, mana salah. Info mana asli dan palsu. Hadith mana betul dan fake, makanan mana halal dan haram. Amalan mana betul dan salah. Berita mana betul dan palsu mana satu yang sahih dan mana satu direka reka.
Yang mana satu aku nak percaya dan ikut ???
Inilah keadaan zaman Fitnah. Hukum hakam jadi rojak. Homo ok. Lesbian ok. Gay ok. Freemason Ok. Amanah Saham ok. Riba ok. Demokrasi ok. Semua ok.
Benda yg betul contohnya Medical Marijuana, dorang kata TAK OK pulak?
Percaya sejarah palsu dlm buku2 teks sekolah, contohnya ada zaman Paleolitik,Neolitik,Mesolitik etc.. percaya dan kagum Armstrong pegi bulan..
Belajar tinggi2 amik kos Ekonomi, Islamic Banking etc,tapi kena kencing dgn yahudi British? hafal mcm2 formula susah2 yg sengaja dicipta, tapi masih tak faham konsep perbankan yg sebenar?? bila orang sampaikan kebenaran ko kata ini semua nasi lemak 3 segi? Paranoid??
itulah Fitnah Pendidikan.
Kau Confirm Nasi Ayam Kopitiam Cina adalah Halal disembelih atas nama Allah? Kilang mana ? Siapa masak? Inilah Fitnah Makanan
Makan duit Rasuah atau skim2 pelaburan/bisnes2 dari sumber yg syubhah, Jadi darah daging anak anak. Kenapa anak degil dan biadap? Kenapa remaja sekarang jadi kurang ajar ? Ayah dapat rezeki macam mana ? Itu juga Fitnah Rezeki.
Kalau Majusi or Kabalah SIHIR DAN JAMPI kat KILANG AIR KOTAK pun tak de siapa tahu. Kalau Info Agama kat Internet tu Imam Shiah Tulis pun orang tak perasan.
Berserban bertongkat, bercelak berinai, masuk hutan dan zikir pelik pelik, hukum hakam bercelaru....last last rupanya Tarekat berunsur Shiah. Ini juga FITNAH DALAM BERAGAMA.
Impikan mati syahid, semangat nak pergi berjihad kat Syria tapi tak tahu mana satu tentera Allah mana satu tentera dajjal, akhirnya berbunuhan sesama saudara Islam.
Itulah Fitnah Peperangan..
Memang wujud ayat ayat Ruqyah. Ayat ayat Quran ada hikmah menyembuh. Lebih afdal dan lebih efektif jika dibuat sendiri, dibaca difahamai dan diamalkan dgn penuh yakin.
Tapi ramai penunggang agama ambik kesempatan buat agama jadi komersil. Keluarlah sabun , air, dan macam2 konon dah dibaca 30 juzuk, dan macam2 eskeplentes.
Senang je. Solat tak payah, doa tak payah, amal tak payah, pakai je sabun dan minum air dah terus jin setan penyakit lari? Mudahnya?????
Itulah Fitnah Agama - Perubatan
Kalau Foundation Kosmetik muka dari cacing tanah, buat di kilang sama, brand lain lain, sorang pun tak tahu kan????
Kalau Stem Cell tambah Darah Haid Wanita , ada ko pergi check ???? Itulah Fitnah Perubatan Kosmetik.
Fitnah Makanan
Orang KL atau geng produksi selalu, JOM MAKAN KETAM CILI KAT JALAN ALOR!
Jalan Alor ni kat Bukit Bintang, sederet warung makanan Cina . Ada jual Seafood dan Ketam Cili. Ketam ni bukan ketam 100% ketam laut. Ni ketam jenis 2 alam. Ketam Gayboy. Masak pulak sederet Restoran Cina yang jual al Macam macam. Ramai Melayu makan disitu. Tak persoalkan kebersihan, halal haram.
Memang ramai .....bukan Cina Muslim...
Bayangkanlah betapa ramai kita amik endah tak endah pasal makanan dan halal haram . Sebab tu jiwa hati otak makin kelam. Bila ditegur kita yg dituduh macam2.
Terikut2 nk stylo, bangga pakai t shirt US Army, walaupun tahu US Army membunuh berbillion umat Islam, pakai t shirt logo Pentagram, Baphomet etc..
Itulah fitnah Pakaian..
Sibuk Kaji Katun Jepun/Walt Disney bagitahu Dunia ianya Sastera Hebat. Tak kaji banyak Simbol dalam Katun tu adalah Simbol Sihir Minda Kanak Kanak dengan Sigil dan Logo sihir Kabbalah dan Babylon... Sebab tu anak anak jadi degil, dan kurang ajar macam yang tukang kaji tu. Itu lah FITNAH HIBURAN DAN MEDIA.
Nyanyi lagu Madonna - Frozen, tak sedar lirik tu adalah mantera sihir Kabalah yg memuja Iblis. malah Madonna itu penyembah syaitan dan ahli Churh Of Satan & Illuminati.
sbb tu konsert dia banyak satanic ritual.. bila org nasihat, ko kata ini semua paranoid. walhal video clip lagu tersebut terang2 satanic ritual.
Itulah contoh fitnah tersembunyi... Tak heran kenapa Melayu Islam banyak Eskeplentes hati dan otak tertutup menerima kebenaran.
FITAN
Kajian Sejarah, Peristiwa, Situasi atau Subjek dari kacamata Islam dan dikaitkan dengan Quran, Sunnah dan Kitab Kitab Sahih . Mrungkai permasalahan berdasarkan pandangan Islam dan hukum hakam Islam . Mengkaji pergolakan dunia dari hint dan firman dalam Quran dan Hadith.
Ada yg kata ini ilmu bodoh dan taksub seperti yang diusulkan oleh THE PARROTS , HELMI NARUTO DAN WONG FEI HONG.
Fitnah Informasi
Fitnah Sistem Ekonomi
Fitnah Ekonomi
Fitnah Pakaian
Fitnah Makanan
Fitnah Sistem Kewangan
Fitnah Ajaran dan Amalan Islam
Fitnah Mazhab
Fitnah Peperangan
Fitnah Politik
Fitnah Suratkhabar dan Media
Fitnah Fatwa
Fitnah Sains
Fitnah Teknologi
Fitnah Cukai dan Zakat
Fitnah Tarekat
Fitnah Perubatan dan Farmaseutikal
Fitnah Muzik dan Hiburan
Fitnah TV Filem
Fitnah Penyakit, Vaksin, Virus
Fitnah Media Sosial
Fitnah Pendidikan
Fitnah Kilang Makanan
Fitnah Produk Agama
Fitnah Buku Agama
Fitnah Konspirasi
Fitnah Jenayah
Fitnah Undang Undang Sivil dan Shariah
Fitnah Mentaliti dan Conditioning
Fitnah Propaganda dan Psikologi
Fitnah Demokrasi
Fitnah Penulisan dan Informasi
Fitnah Internet
Fitnah Rezeki
Beratus fitnah lagi yang orang tak sedar
Selagi ada hidup, selagi itu ada GERAK.
Tindakan yang diambil untuk melakukan segala sesuatu itu perlu kepada GERAK untuk melakukannya. Tanpa GERAK, Tindakan tiada memberi makna, sekadar satu nama menunjukkan diri ' Tindakan' yang kosong.
Jantung yang berdegup itu perlu kepada GERAK untuk melakukan tindakan mengepam darah ke seluruh jasad. Tanpa GERAK, jantung tidak boleh bertindak. Bila tiada tindakan dari jantung, maka MATI lah jasad.
Setiap GERAK ada Gerakan. Setiap ACTION ada Reaction !
GERAK menzahirkan Diri GERAK Nya melalui Gerakan yang terhasil dari Tindakan.
Maka GERAK kan lah TINDAKAN KITA demi mencapai segala maksud.
Ingin makan... Maka GERAK kan lah tangan menyuap makanan ke mulut !
Ingin disayangi...Maka GERAK kan lah keinginan untuk menyayangi !
Ingin faham...Maka GERAK kan lah AKAL mencari faham !
Ingin berjaya Maka bergeraklah mencari Kejayaan !
Disebalik TINDAKAN itulah , GERAK menzahirkan GerakanNya yang Maha Berkuasa dalam melakukan segala sesuatu!
Jika kau inginkan segala sesuatu dalam hidupmu....
Jasad dicipta secara BATIN (dalaman). Ia kemudiaanya digerakkan dari dalam oleh TENAGA DALAMAN (Roh). Jika kita KENAL Tenaga Dalaman yang menggerakkan jasad kita, makanya apa jua ‘sakit’ yang berlaku dari dalam jasad ini akan dapat diatasi.
Jasad adalah KENDERAAN bagi Roh. Kenderaan ini teramat canggih. Sewaktu kenderaan ini dicipta, ia telah disertakan dengan”User/Owner Manual” (Buku Panduan Penggunaan) yang lengkap tanpa memerlukan kepada apa-apa tambahan. Owner Manual ini telah ditulis dengan BAHASA RASA oleh Hakikat Pencipta dan kemudiannya telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa kata-kata mengikut sistem sesebuah masyarakat. Adakah kita tahu tentangnya? Apakah kita pernah membaca Owner Manual ini? Atau apakah kita langsung tidak tahu menahu tentang hal ini?
Sains telah menulis semula Owner Manual ini dan menamakannya Bio Energy. Melayu menggelarnya Tenaga Batin. Sanskrit menggelarnya Kundalini. Hindu menggelarnya Pranha. Cina memanggil Chi.
Astro Fizik menggelarnya "THE FORCE". "The Force" ini ditulis dalam bentuk kod DNA dan disimpan di dalam sel kita. Ia sekadar menjadi maklumat yang SEPI jika kita tidak mengaktifkannya dan THE FORCE ini akan BANGUN (Awaken) bila kita mula mengenalinya.
Setiap sel di dalam jasad ini telah diprogramkan ‘by default’ untuk SIHAT. Namun kenapa masih boleh sakit ? Kerana... kita tidak MEN-SEJAHTERA-KAN jasad, kerana kita tidak memberi kegembiraan dan membahagiakan jasad. Contoh : seperti mana anak, isteri, suami, sahabat atau kekasih kita merajuk atau memberontak . Kenapa mereka memberontak? Kerana kita tidak memberi kegembiraan kepada mereka, kerana kita tidak menghiraukan mereka, kerana kita tidak pedulikan mereka. Pastinya ada perbuatan atau sifat kita yang membuatkan mereka tidak suka. Begitulah juga halnya dengan jasad yang akan ‘meragam’ bila ada perbuatan kita yang menyebabkan sel-sel kita memberontak.
Bila sel jasad mula memberontak, kesan pemberontakan itu akan mengganggu kelancaran anggota badan dan emosi. Emosi yang terganggu kemudiannya akan mengganggu pula sistem badan yang lain. Tanda gangguan ini dikenali dengan pelbagai nama seperti marah, murung, cemburu, sedih, stress, gelisah, takut, panik dan sebagainya. Anxiety Disorder (AD) adalah nama klinikal yang sering dikaitkan dengan gangguan-gangguan emosi sebegini.
Emosi sihat yang tidak terganggu pula mempunyai nama –nama yang berlawanan seperti; ceria, tenang, gumbira, rileks, aman, berani, santai dan sebagainya.
BAGAIMANA MEN-SEJAHTERA-KAN JASAD ?
Jasad itu menjadi sejahtera melalui KESEIMBANGAN 3 perkara iaitu : Makanan, Riadah dan Rehat.
1. MAKANAN: Sel-sel yang membentuk jasad, terbina dari zat-zat makanan. Makanya kita perlu mengambil makanan yang sesuai dan perlu makan dengan cara yang betul pada waktu yang betul. Manusia itu makhluk organik, maka makanan yang paling sesuai bagi manusia ialah makanan organik iaitu makanan ASLI yang tidak diubah secara genetik (non GMO) atau yang tidak ditambah dengan bahan kimia. Makanan ASLI ini kebanyakannya mengambil masa kurang 3 jam untuk dicernakan. Ini adalah jangka waktu yang sesuai untuk sel dalam badan bekerja. Apa-apa makanan yang memerlukan masa lebih dari 3 jam untuk dicernakan, maka ia dikatakan makanan yang tidak sihat kerana boleh memudaratkan sel.
2. RIADAH : Jasad dicipta dengan 3 pergerakan asas iaitu tegak, bengkok (melentur) dan berpusing. Dalam pergerakan ini, ada sistem nafas yang perlu kita praktikkan. Makanya, kita perlu melakukan 3 pergerakan asas ini setiap hari dengan sistem nafas yang betul. Dalam Islam, pergerakan ini dikenali sebagai Solat. Pergerakan solat yang betul dengan sistem nafas yang betul, sebanyak lima kali sehari, adalah riadah yang paling mudah. Pergerakan seperti yoga, tai-chi, silat, menari, berenang, bersukan atau apa saja senaman yang melibatkan 3 pergerakan asas ini adalah wajib dilakukan, paling kurang, 20 minit setiap hari.
3. REHAT : Setelah sel-sel ini bekerja, maka ia memerlukan rehat yang secukupnya untuk menghasilkan tenaga baru. Jumlah rehat yang diperlukan oleh seseorang adalah berbeda, ianya bergantung kepada jenis makanan dan pelepasan tenaga yang dikeluarkan oleh seseorang. Tidur itu salah satu dari rehat, tapi tidur bukan satu-satunya kaedah rehat. Meditasi atau bertafakur itu juga rehat. Bersantai tanpa memikirkan apa-apa juga rehat. Apapun kaedahnya, jasad itu memerlukan rehat yang betul dan cukup. Sel itu perlu aktif, maka bergeraklah mengikut kesesuaian. Sel itu juga perlu rehat, maka rehatlah mengikut keperluan dan keseimbangan.
Penderita penyakit emosi didapati sering memakan makanan dan minuman proses, yang telah diubahsuai dan ditambah dengan pelbagai bahan kimia yang memudaratkan jasad. Ini diburukkan lagi bila mereka makan makanan yang TIDAK ASLI ini dengan cara yang salah dan makan sesuka hati tanpa mengira waktu. Tambah buruk, bila tidak beriadah dan tidak cukup rehat. Lebih memburukkan keadaan , bila mereka terpaksa bergantung kepada ubat atau “dadah yang dibenarkan” demi meneruskan hidup mereka.
Ketahuilah, dadah preskripsi ini adalah kaedah perubatan alopathic (kaedah rawatan menggunakan ubat dan pembedahan) yang lebih banyak mendatangkan keburukan jangka panjang berbanding kebaikan. Mereka yang memilih mengambil dadah preskripsi ini menyangka mereka akan pulih, namun perkara yang berlaku adalah sebaliknya. Mereka sebenarnya membayar harga ubat itu, untuk membunuh diri mereka sendiri secara pembunuhan ansuran. Perkara ini bukan mereka tidak tahu. Mereka tahu, tapi mereka sudah tidak kisah dek kerana sakit. Perbuatan mereka mengambil dadah preskripsi ini sudah menjadi budaya dan sukar untuk ditinggalkan.
Kita memilih untuk merosakkan sel kita sendiri dengan memilih makanan yang salah dan makan dengan cara yang salah dan makan dalam waktu yang salah. Kita kemudiannya memilih untuk kurang beriadah (senaman) atau memilih untuk tidak beriadah langsung. Kita kemudiannya tidak mengendahkan rehat bahkan memilih untuk tidak mahu ambil tahu tentang cara rehat yang betul. Kita sebenarnya memilih untuk merosakkan sel (jasad) kita sendiri. Kita memilih untuk tidak mengendahkan KESEIMBANGAN 3 perkara di atas.Bila sel rosak, kita memilih pula untuk mengambil dadah yang “dibenarkan” untuk mempercepatkan kematian jasad. Kita memilih cara perubatan Alopathic dan meminggirkan perubatan secara Naturopathic (semulajadi).
Segalanya adalah pilihan diri kita sendiri !
Bila kerosakan telah berlaku pada jasad, kita kemudiannya menyalahkan perkara lain. Bila alami gangguan emosi, kita salahkan keadaan, salahkan orang lain, salahkan ubat, salahkan doktor, salahkan makhluk halus, salahkan jin, salahkan saka, salahkan makanan dan yang lebih teruk, tanpa mereka sedari, mereka menyalahkan Tuhan dengan mengatakan, ini takdir Tuhan !
Kenapa kita perlu menyalahkan perkara lain sedangkan sejak dari awal kita yang memilih untuk melakukan segalanya? Kita yang pilih untuk makan apa, minum apa, masak apa, jumpa siapa, tidur bila, nak buat senaman atau tidak. Apakah ada orang lain yang buat pilihan untuk kita ?
Kenapa kita membuat pilihan untuk sakit ? Kenapa tidak membuat pilihan untuk sihat ? Kalaupun kita sudah tersalah pilih dan sakit telahpun berlaku, bukankah kita masih boleh memilih untuk sembuh dan kembali sihat?
Kesembuhan itu datang dari dalam diri kita sendiri, kerana jasad kita ini dihidupkan secara dalaman. Maka repair-lah jasad secara dalaman, bukan secara luaran dengan mengharapkan orang luar. Kerja-kerja penyembuhan ini perlu dilakukan oleh diri kita sendiri dengan cara KENAL kepada TENAGA yang MENGHIDUPKAN Diri kita ini, bukan mengharapkan penyembuhan dari ustaz, bukan dukun, bukan bomoh, bukan tabib dan bukan doktor. Mereka itu hanya membantu ke arah kesembuhan, tapi yang memilih untuk pulih melalui bantuan mereka, adalah diri kita sendiri. Kita boleh saja minum bergelen-gelen air dari ustaz atau bomoh, tapi jika fikiran kita masih NEGATIF, kesembuhan tidak akan berlaku. Kalaupun ada kesembuhan berlaku selepas minum air jampi, ia hanya bersifat sementara kerana getaran air yang dilakukan secara paksaan (tidak ikhlas) tidak mampu bertahan lama dan akan hilang selepas beberapa tempoh tertentu. Ini bukan kesembuhan, tetapi ianya merupakan situasi fikiran yang terlupa sementara kepada sakit. Kesembuhan cara ini adalah kesembuhan jangka pendek.
Kesembuhan sebenar mula berlaku bila kita memilih untuk berfikir secara POSITIF dan memilih untuk belajar tentang KESEIMBANGAN yang diperlukan dan praktikkan apa yang telah kita belajar. Bagi mereka yang telah menderita sakit dalam tempoh yang lama, proses penyembuhan itu bukan boleh berlaku secara magik. Hari ini berubat, esok sembuh. Tiada magik ! Jikapun berlaku secara magik, ianya bersifat sementara, kerana ia melanggar sistem alam. Segalanya perlu mengikut prinsip SATE TAHU.
Segalanya perlu mengikut Sunatullah, mengikut hukum alam. Kapas yang ditanam semalam, tidak boleh menjadi baju esok. Ia perlu ikut aturan alam. Sakit juga tidak datang tiba-tiba. Ia datang kerana kita yang telah lama mengundangnya secara perlahan-lahan tanpa kita sedari. Setelah beberapa lama, baru sakit datang menyerang. Begitu juga dengan penyembuhan. Ia tidak datang dengan tiba-tiba. Ia ada proses yang perlu dilalui. Proses itu berlaku di dalam diri dan melalui diri kita sendiri.
Sel (mikro) itu adalah diri jasad yang terkecil. Jasad (makro) pula terbina dari gabungan sel-sel yang mega trillion banyak ini. Makanya, apa yang diperlukan oleh jasad sebenarnya merujuk kepada apa yang diperlukan oleh sel. Makin banyak jasad makan makanan yang Tidak Asli, makin cepat sel rosak. Makin banyak masa yang diperlukan untuk mencernakan makanan, maka makin banyak kerja yang terpaksa dilakukan oleh sel dan ini membuatkan sel menjadi lebih cepat rosak. Bila sel rosak, gangguan-gangguan emosi mula terhasil.
Fakta di atas bukan hal baru. Ia adalah sesuatu yang telah lama kita tahu. Malangnya kita sering mengabaikannya. Pengabaian ini adalah penyakit yang paling banyak dihidapi oleh manusia diseluruh dunia. Namanya penyakit LALAI. Inggeris memanggilnya IGNORANCE. Nama Malai-U yang lain bagi penyakit ini ialah; penyakit TAK KISAH, penyakit LANTAKLAH dan penyakit BAGI ALASAN.
Engkau adalah apa yang engkau pilih. Maka pilihlah apa mahumu.
Memilih untuk sakit itu mesti membayar harga yang telah ditetapkan. Kos ini wajib dan tidak dapat dielakkan. Kos ini mesti terus dibayar selagi kita sakit.
Kesan Sampingan : marah, murung, cemburu, sedih, stress, gelisah, takut, panik, derita dan sengsara + KOS
Memilih untuk sihat itu ada pilihan, samada dengan kos atau tanpa kos. Jika kita mampu, kita boleh saja keluarkan kos menjaga kesihatan, jika tidak mampu, kita ada pilihan dengan kembali kepada alam. Tanam atau beli makanan asli kita sendiri ikut pilihan dan kemampuan. Riadah dan rehat di pelusuk alam yang terbentang luas.
Kesan Sampingan : ceria, tenang, gumbira, rileks, aman, berani, santai, bahagia dan sejahtera TANPA KOS