SHALAWAT ADALAH PENGHANTAR MAKRIFAT DAN IBADAH YANG PASTI DITERIMA
Seorang murid pernah bertanya kepada Syaikh Ali Jum’ah, Mufti Mesir:
“Syaikh, dalam buku anda tertulis bahawa membaca shalawat adalah satu-satunya ibadah yang pasti diterima oleh Allah. Apakah benar demikian? Mohon penjelasannya.”
***
Syaikh Ali Jum’ah menjawab:
“Ya benar, saya menulis demikian. Bershalawat Nabi adalah amalan yang pasti diterima oleh Allah. Jika kamu bersedekah, dan kamu ingin dipuji, maka sedekahmu sia-sia. Begitu pula jika kamu sholat kerana ingin diperhatikan manusia, shalatmu tanpa pahala. Tapi jika kamu bershalawat, walaupun kamu riya', kamu tetap akan mendapat pahala, kerana shalawat berhubungan dengan Nabi Allah yang Agung, iaitu Nabi Muhammad SAW.”
| Shalawat, satu-satunya ibadah yang pasti
diterima.
Dalam Kitab Al-Fawaid Al-Mukhtarah, Syaikh Abdul Wahab asy-Sya’rani meriwayatkan bahawa Abul Mawahib Imam Asy-Syadzili berkata:
ﺭَﺃَﻳْﺖُ ﺳَﻴِّﺪَ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦَ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻓَﻘُﻠْﺖُ ﻳَﺎ ﺭَﺳُﻮْﻝَ ﺍﻟﻠﻪِ ﺻَﻼَﺓُ ﺍﻟﻠﻪِ ﻋَﺸْﺮًﺍ ﻟِﻤَﻦْ ﺻَﻠَّﻰ ﻋَﻠَﻴْﻚَ ﻣَﺮَّﺓً ﻭَﺍﺣِﺪَﺓً ﻫَﻞْ ﺫَﻟِﻚَ ﻟِﻤَﻦْ ﺣَﺎﺿَﺮَ ﺍﻟْﻘَﻠْﺐَ؟ ﻗَﺎﻝَ ﻻَ، ﺑَﻞْ ﻫُﻮَ ﻟِﻜُﻞِّ ﻣُﺼَﻞٍّ ﻋَﻠَﻲَّ ﻭَﻟَﻮْ ﻏَﺎﻓِﻼً
“Aku pernah bermimpi bertemu Baginda Nabi Muhammad SAW. Aku bertanya, “Ada hadits yang menjelaskan sepuluh rahmat Allah diberikan bagi orang yang membaca shalawat, apakah dengan syarat saat membaca harus dengan hati hadir dan memahami artinya?”
Nabi SAW menjawab, “Bukan, bahkan itu diberikan bagi siapa saja yang membaca shalawat meski tidak faham arti shalawat yang ia baca.”
Allah SWT memerintahkan Para Malaikat-Nya untuk senantiasa memohonkan doa kebaikan dan ampunan bagi orang tersebut (yang membaca shalawat). Terlebih jika ia membaca dengan hati yang hadir, pasti pahalanya sangat besar, hanya Allah yang mengetahuinya.
Bahkan, ada sebuah keterangan apabila kita berdoa tidak dimulai dengan memuji Allah SWT tanpa membaca shalawat, kita disebut sebagai orang yang terburu-buru.
ﻋﻦ ﻓَﺼَﺎﻟَﺔَ ﺑﻦ ﻋُﺒَﻴﺪْ ﺭﺿﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻬﻤﺎ ﻗَﺎﻝَ ﺳَﻤِﻊَ ﺭَﺳُﻮْﻝَ ﺍﻟﻠﻪِ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﺭَﺟُﻼً ﻳَﺪْﻋُﻮْ ﻓِﻰْ ﺻَﻼَﺗِﻪِ ﻟَﻢْ ﻳَﺤْﻤَﺪِ ﺍﻟﻠﻪَ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ ﻭَﻟَﻢْ ﻳُﺼَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲِّ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻋَﺠَّﻞَ ﻫَﺬَﺍ . ﺛُﻢَّ ﺩَﻋَﺎﻩُ ﻓَﻘَﺎﻝَ ﻟَﻪُ ﺍَﻭْ ﻟِﻐَﻴْﺮِﻩِ ﺍِﺫَﺍ ﺻَﻠَّﻰ ﺍَﺣَﺪُﻛُﻢْ ﻓَﻠْﻴَﺒْﺪَﺃْ ﺑِﺘَﺤْﻤِﻴْﺪِ ﺭَﺑِّﻪِ ﺳُﺒْﺤَﺎﻧَﻪُ ﻭَﺗَﻌَﺎﻟَﻰ ﻭَﺍﻟﺜَّﻨَﺎﺀِ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺛُﻢَّ ﻳُﺼَﻠِّﻰ ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲِّ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﺛُﻢَّ ﻳَﺪْﻋُﻮْ ﺑَﻌْﺪُ ﺑِﻤَﺎ ﺷَﺎﺀَ، ﺭﻭﺍﻩ ﺍﺑﻮ ﺩﺍﻭﺩ ﻭﺍﻟﺘﺮﻣﺬﻯ ﻭﻗﺎﻝ ﺣﺪﻳﺚ ﺻﺤﻴﺢ .
Baginda Nabi SAW mendengar ada seseorang yang sedang berdoa tapi tidak dibuka dengan memuji Allah SWT dan tanpa membaca shalawat, Nabi SAW bersabda, “Orang ini terburu-buru.” Kemudian Nabi mengundang orang itu, lalu ia atau orang lainnya dinasihati, “Jika di antara kalian berdoa, maka harus diberi pujian kepada Allah SWT, membaca shalawat, lalu berdoalah sesuai dengan apa yang dikehendaki.” (HR. Abu Daud dan at-Tirmidzi).
Apalagi jika bertepatan dengan Hari Jumaat, maka perbanyaklah membaca shalawat di dalamnya. Kerana Nabi SAW bersabda dalam sebuah hadits:
ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﺇِﻥَّ ﻣِﻦْ ﺍَﻓْﻀَﻞِ ﺍَﻳَّﺎﻣِﻜُﻢْ ﻳَﻮْﻡَ ﺍﻟْﺠُﻤُﻌَﺔِ ﻓَﺎَﻛْﺜِﺮُﻭْﺍ ﻋَﻠَﻲَّ ﻣِﻦَ ﺍﻟﺼَّﻼَﺓِ ﻓِﻴْﻪِ ﻓَﺎِﻥَّ ﺻَﻼَﺗَﻜُﻢْ ﻣَﻌْﺮُﻭْﺿَﺔٌ ﻋَﻠَﻲَّ ﺭﻭﺍﻩ ﺍﺑﻮ ﺩﺍﻭﺩ .
“Hari yang paling mulia adalah Hari Jumaat, maka perbanyaklah shalawat di hari itu, kerana shalawat kalian ditujukan kepadaku.”
Ulama sepakat bahawa shalawat pasti diterima, kerana dalam rangka memuliakan Rasulullah SAW. Ada penyair yang berkata:
ﺃَﺩِﻡِ ﺍﻟﺼَّﻼَﺓَ ﻋَﻠَﻰ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ # ﻓَﻘَﺒُﻮْﻟُﻬَﺎ ﺣَﺘْﻤًﺎ ﺑِﻐَﻴْﺮِ ﺗَﺮَﺩُّﺩٍ
ﺃَﻋْﻤَﺎﻟُﻨَﺎ ﺑَﻴْﻦَ ﺍﻟْﻘَﺒُﻮْﻝِ ﻭَﺭَﺩِّﻫَﺎ # ﺍِﻻَّ ﺍﻟﺼَّﻼَﺓَ ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲِّ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ
“Senantiasalah membaca shalawat, sebab shalawat pasti diterima. Adapun amal yang lain mungkin saja diterima atau ditolak, kecuali shalawat pasti diterima.”
| Shalawat Penghantar Makrifat
ﻭﺍﻋﻠﻤﻮﺍ ﺃﻥ ﺍﻟﻌﻠﻤﺎﺀ ﺇﺗﻔﻘﻮﺍ ﻋﻠﻰ ﻭﺟﻮﺏ ﺍﻟﺼﻠﺔ ﻭﺍﻟﺴﻼﻡ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ , ﺛﻢ ﺍﺧﺘﻠﻔﻮﺍ ﻓﻲ ﺗﻌﻴﻴﻦ ﺍﻟﻮﺍﺟﺐ ﻓﻌﻨﺪ ﻣﺎﻟﻚ ﺗﺠﺐ ﺍﻟﺼﻠﻮﺓ ﻭﺍﻟﺴﻼﻡ ﻓﻲ ﺍﻟﻌﻤﺮ ﻣﺮﺓ ﻭﻋﻨﺪ ﺍﻟﺸﺎﻓﻌﻲ ﺗﺠﺐ ﻓﻲ ﺍﻟﺘﺸﻬﺪ ﺍﻷﺧﻴﺮ ﻣﻦ ﻛﻞ ﻓﺮﺽ , ﻭﻋﻨﺪ ﻏﻴﺮﻫﻤﺎ ﺗﺠﺐ ﻓﻲ ﻛﻞ ﻣﺠﻠﺲ ﻣﺮﺓ ﻭﻗﻴﻞ ﺗﺠﺐ ﻋﻨﺪ ﺫﻛﺮﻩ ﻭﻗﻴﻞ ﺑﺠﺐ ﺍﻹﻛﺜﺎﺭ ﻣﻨﻬﺎ ﻣﻦ ﻏﻴﺮ ﺗﻘﻴﻴﺪ ﺑﻌﺪﺩ , ﻭﺑﺎﻟﺠﻤﻠﺔ ﻓﺎﻟﺼﻼﺓ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺃﻣﺮﻫﺎ ﻋﻈﻴﻢ ﻭﻓﻀﻠﻬﺎ ﺟﺴﻴﻢ . ﻭﻫﻲ ﺃﻓﻀﻞ ﺍﻟﻄﺎﻋﺎﺕ ﻭﺃﺟﻞ ﺍﻟﻘﺮﺑﺎﺕ ﺣﺘﻰ ﻗﺎﻝ ﺑﻌﺾ ﺍﻝ ﻋﺎﺭﻓﻴﻦ ﺇﻧﻬﺎ ﺗﻮﺻﻞ ﺇﻟﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ ﻣﻦ ﻏﻴﺮ ﺷﻴﺦ ﻷﻥ ﺍﻟﺸﻴﺦ ﻭﺍﻟﺴﻨﺪ ﻓﻴﻬﺎ ﺻﺎﺣﺒﻬﺎ ﻭﻻﺃﻧﻬﺎ ﺗﻌﺮﺽ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﻳﺼﻠﻲ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﻤﺼﻠﻲ ﺑﺨﻼﻑ ﻏﻴﺮﻫﺎ ﻣﻦ ﺍﻷﺫﻛﺎﺭ ﻓﻼ ﺑﺪ ﻓﺒﻬﺎ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﺦ ﺍﻻﺭﻑ ﻭ ﻻ ﺩﺧﻠﻬﺎ ﺍﻟﺸﻴﻄﺎﻥ ﻭﻟﻢ ﻳﻨﺘﻔﻊ ﺻﺎﺣﺒﻬﺎ ﺑﻬﺎ .
“Ketahuilah bahawa sesungguhnya Para Ulama telah sepakat atas diwajibkannya membaca shalawat dan salam untuk Baginda Nabi Muhammad SAW. Kemudian mereka berselisih pendapat mengenai bila kewajiban ini harus dilakukan. Menurut Imam Malik, cukup satu kali dalam seumur hidup. Menurut Imam Syafi’e, wajib dibaca pada waktu tasyahud akhir dalam setiap shalat fardhu. Menurut Ulama lainnya, wajib dibaca satu kali dalam setiap majlis. Ada juga Ulama yang berpendapat wajib membaca shalawat setiap kali mendengar nama Nabi SAW disebut. Dan ada juga yang mengatakan untuk memperbanyak shalawat tanpa dibatasi bilangan tertentu. Secara umum, membaca shalawat kepada Nabi SAW merupakan hal yang sangat agung dan keutamaannya sangat banyak.”
“Membaca shalawat merupakan bentuk ibadah yang paling utama dan paling besar pahalanya. Sehingga sebahagian Kaum ‘Arifin mengatakan: “Sesungguhnya shalawat itu dapat menghantarkan pengamalnya untuk makrifat billah meskipun tanpa Guru Mursyid. Kerana Guru dan sanadnya langsung melalui Nabi SAW.”
Ingatlah, setiap shalawat yang dibaca seseorang selalu diperlihatkan kepada Nabi SAW dan beliau SAW membalasnya dengan doa serupa. Hal ini berbeza dengan zikir zikir (selain shalawat) yang harus melalui Guru Mursyid, yang sudah mencapai Maqam Makrifat. Jika tidak demikian maka akan dimasuki syaitan dan pengamalnya tidak akan mendapat manafaat apapun.” (Hasiyah ash-Shawi ‘ala al-Jalalain juz 3 hlm. 287).
Abdurrahman bin Samrah meriwayatkan sebuah hadits yang dituturkan oleh Sa’id bin al-Musayyab, bahwa Nabi Saw bersabda, “Kulihat seorang dari umatku berjalan di atas shirath, kadang merangkak-rangkak dan kadang bergelantung. Kemudian datanglah shalawat (yang diucapkannya dahulu ketika hidup di dunia) lalu membangunkannya hingga dapat berdiri dan berjalan dengan kakinya, lalu ia diselamatkan oleh shalawatnya.” (HR. Abu Musa al-Madini dalam at-Targhib wa at-Tarhib, hadits hasan jiddan).
| Wasiat-Nasihat Para Ulama tentang Shalawat
1) Imam Abul Hasan asy-Syadzilli pernah berkata, “Di akhir zaman tidak ada amalan yang lebih baik daripada bershalawat kepada Rasulullah SAW."
2) Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani menyatakan, “Tidak tertolak shalawat atas Nabi SAW.”
3) Al-Hafidz Asy-Syaraji berkata, “Semua zikir tidak diterima kecuali dengan khusyuk dan hadir hatinya kecuali shalawat, maka akan diterima meskipun tanpa khusyuk dan hadirnya hati. Kerana itu Abul Hasan al-Bakri berpesan: “Seharusnya tiap hari seseorang jangan kurang membaca shalawat dari 500 kali.”
4) Syaikh Abdul Qadir al-Jailani pernah berwasiat, “Dengan membaca shalawat, seorang hamba dapat meraih keredhaan Allah SWT, memperoleh kebahagiaan dan restu Allah SWT, berkah-berkah yang dapat dipetik, doa-doa yang terkabulkan, bahkan dia daoat naik ke tingkatan darjat yang lebih tinggi, serta mampu mengubati penyakit hati dan diampuni dosa-dosa besarnya.”
5) Adapun Syaikh Ibn Athaillah As-Sakandari berkata, “Siapa yang (merasa) tidak memiliki amalan shalat dan puasa yang banyak untuk menghadap Allah di Hari Kiamat, maka hendaknya ia perbanyak membaca shalawat serta salam kepada Nabi Muhammad SAW.”
6) Al-Quthb Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad menyebutkan bahawasanya Para Ulama berkata, “Satu shalawat dari Allah cukup untuk seorang hamba, dunia dan akhirat.”
7) As-Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki pernah berpesan, “Jangan tinggalkan membaca shalawat kepada Rasulullah SAW. Kerana bacaan shalawat itu merupakan kunci segala kebaikan dan pintu segala keutamaan untuk agama, dunia dan akhirat.”
8) Al-Habib Umar bin Hafidz mengatakan, “Sesungguhnya apabila engkau melakukan ketaatan kepada Allah seumur hidupmu, bahkan Allah berikan di atas umurmu adalah umurnya seluruh manusia untuk digunakan dalam ketaatan kepada-Nya , maka sesungguhnya lebih hebat satu shalawat dari Allah SWT.”
HUDZAIFAH AL YAMANI,
PELETAK DASAR KESUFIAN
Orang yang pertama kali berfilsafat dalam urusan agama dan yang membuat thariqah khusus untuknya adalah Hudzaifah Al-Yamani, salah seorang Sahabat Besar Nabi Muhammad SAW yang terkenal.
Pernah dikatakan kepadanya, “Kami perhatikan Tuan membicarakan masalah yang belum pernah kami dengar dari Sahabat Sahabat Rasulullah SAW yang lain. Dari mana Tuan memperlajarinya?”
Ia menjawab, “Rasulullah SAW mengkhususkan aku dalam ilmu itu. Dahulu, orang-orang bertanya kepada beliau tentang kebaikan, sedangkan aku selalu bertanya kepada beliau tentang kejahatan, kerana aku khawatir akan terjerumus kedalam kejahatan itu”.
Di dalam riwayat yang lain dia mengatakan: “Aku tahu bahwa orang yang tidak mengenal kejahatan tidak akan mengenal kebaikan”.
Ada juga riwayat yang menceritakan, bahwa dahulu orang orang bertanya kepada Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah, apa pahala orang yang mengerjakan ini dan itu?” Mereka menanyakan tentang keutamaan amal, sedangkan aku menanyakan kepada beliau tentang apa-apa yang merosakkan amal. Ketika beliau mengetahui minatku yang demikian, beliau mengkhususkan aku dengan ilmu itu”.
Abu Thalib Al-Maliki berkata, “Hudzaifah adalah satu-satunya Sahabat yang khusus diberi pelajaran oleh Nabi SAW tentang kemunafikan dan orang-orang yang munafik, serta ilmu-ilmu tentang batin, hati. Kerana keadaannya yang demikian, Umar bin Khattab RA, tidak mahu menshalati jenazah jika Hudzaifah tidak menshalatinya”.
Hudzaifah mempunyai kelompok pelajar sendiri di antara Para Sahabat Nabi SAW. Di antaranya adalah Washibah, salah seorang Ahli Hadits yang terkenal. Hudzaifah ingin mengetahui segala hal yang baik mahupun yang buruk. Dia berkata, “Saya tidak ingin membiarkan suatu kebaikan dan keburukan pun kecuali saya mengetahuinya. Oleh kerana itu, saya pergi kepada Rasulullah SAW untuk menanyakan masalah-masalah tersebut. Saya berkata kepada orang-orang yang mengelilingi beliau, biarkan saya mendekati Rasulullah SAW sebab beliau adalah orang yang paling saya cintai”.
Kemudian Rasulullah bertanya kepadanya: “Apakah perlu aku beritahukan kepadamu maksud kedatanganmu ini?” Dia menjawab : “Beritahukanlah kepadaku, Ya Rasulullah”.
Kemudian Rasulullah berkata: “Engkau akan bertanya kepadaku tentang kebaikan dan keburukan, bukan?” “Benar, ya Rasulullah”, jawabnya. Kemudian Rasulullah SAW menepuk dadanya sambil berkata, "Mintalah pendapat dari hatimu sendiri, mintalah pendapat dari jiwamu. Kebajikan itu adalah bila hati tenteram atasnya, sedangkan keburukan dan dosa adalah sebaliknya. Dalam hal ini, kau harus berpegang teguh kepada isi hatimu, sekalipun orang-orang memberikan pendapat mereka kepadamu”.
Kemudian hadits ini dijadikan oleh Para Ulama sebagai salah satu asas pokok dalam batasan
batasan kesufian. Sebab sebahagian besar pusaka mereka adalah berdasarkan kata hati tersebut. Namun, kelompok pelajar Hudzaifah ini sangat sederhana sekali, sehingga tidak memberikan pengaruh yang membekas dalam ilmu pengetahuan seperti yang diberikan oleh Para Sufi pada Abad Kedua. Walaupun begitu, pengaruhnya muncul di masa masa seterusnya, iaitu di masa muridnya yang terkenal, Hasan Al Bashri.
_
Petikan dari Suara Santri
(Illustrasi sekadar hiasan)
Sayyidina Abu Bakar As Syiddiq RA mengatakan:
"Apabila seseorang telah dianugerahi 10 anugerah dari Ilahi sesungguhnya ia telah dilindungi dari malapetaka yang menyelimuti dan termasuk hamba yang dekat dengan Ilahi serta memperolehi penghargaan “Orang Suci."
1) Kejujuran abadi disertai ketulusan hati
2) Kesabaran sempurna disertai rasa syukur
sepanjang masa
3) Kefakiran disertai sikap zuhud yang
selalu hadir
4) Tafakur tentang makhluk disertai kelaparan
5) Kegelisahan jiwa disertai ketakwaan pada
Yang Maha Esa
6) Kesungguhan hati disertai sifat rendah hati
7) Ramah tamah disertai sayang dan penuh
kasih
8) Cinta sejati disertai upaya mawas diri
9) Ilmu bermanafaat disertai kemahuan untuk
beramal
10) Iman yang teguh disertai akal yang kukuh