Salam sahabat.
KIASAN AL-QURAN.
APAKAH MAKNA DISEBALIK KATA : SESUNGGUHNYA MALAIKAT TIDAK AKAN MEMASUKI KE DALAM RUMAH YANG TERDAPAT PERHIASAN PATUNG-PATUNG?
Seseorang itu mempunyai DUA MATA diwajahnya.
Dengan DUA MATA itu ia dapat melihat dunia.
Dan mempunyai mata dalam hatinya.Dengan mata hati itu dia dapat melihat sesuatu yang ghaib yang dijanjikan Allah kepada hambaNya.
Jika Allah tidak menghendaki demikian,maka :
DIBIARKANNYA SAJA SESEORANG ITU SEBAGAIMANA ADANYA.
Hati itu adalah wadah.Apabila ia telah penuh dengan kebenaran,maka memancarlah cahayanya ke seluruh tubuh.
Baik hati sesaat LEBIH BAIK daripada ibadat manusia dan jin.
Sahabat......
SEBESAR ZARAH AMAL HATI ADALAH SEIMBANG DENGAN SEBESAR GUNUNG AMAL ANGGOTA.
Terkias di dalam Al-Quran yang menyatakan bahawa para malaikat TIDAK akan memasuki RUMAH-RUMAH yang dipenuhi atau terdapat gambar-gambar dan patung-patung?
Dimanakah RUMAH yang dimaksudkan sebenar-benarnya?
Bagaimana mungkin saksi-saksi kebenaran ini akan SINGGAH KE HATI kita yang didalamnya berpatung-patung,yang tersangkut pelbagai gambaran didalamnya,penuh dengan hal-hal SELAIN ALLAH.
Makna lainnya adalah :
MALAIKAT ATAU CAHAYA KETUHANAN TIDAK AKAN SINGGAH KE HATI KITA ATAU YANG DIKATAKAN PANCARAN NUR ALLAH JIKA DIDALAM HATI KITA PENUH PERBAGAI GAMBARAN,PENUH DENGAN BERHALA DUNIA YANG KITA SEMBAH SELAIN ALLAH.
Al-Quran banyak pengertian2 tersirat atau maksud yang tersembunyi yang tidak banyak diketahui oleh umat Islam itu sendiri tentang pengertian zahir dan bathinnya.
Adapun DAJAL itu dikatakan bermata satu dan di dahinya tertulis "kufur" adalah sudut pengertian batinnya adalah sepertimana yang telah saya huraikan tentang DAJAL itu hakikatnya siapa DLM status sebelumnya,bermata satu itu adalah kiasan pada manusia yg hidup hanya memandang DUNIA semata-mata,dan istilah "dahi" dgn tertulis "kufur" itu dimana dahi adalah tempat bersujud dan tidak terlindung.SUJUD adalah merendahkan diri sebagai sifat hamba antara kita dgn Allah....maka perkara ini adalah terkias pada manusia yg memandang dunia semata-mata dan cuai kepada Allah,inilah golongan yang ENGKAR sebenar2 ENGKAR.
Adapun "TUNJUKKANLAH AKU JALAN YANG LURUS ITU" yang terdapat dlm Al-Fatehah ADALAH kita adalah DUNGU atau BODOH disisi Allah.Tidakkah orang yg LURUS itu mengikut kata?.
Maka.....kita ikutlah akan kata2 Allah yg terdapat dlm kitabNya.
Adapun kaitan IMAM MAHDI itu adalah MENDAHULUI atau KETUA atau PEMIMPIN pada makna kata "IMAM" dan makna "MAHDI" itu adalah "KEBENARAN" atau "YANG SAH".Makna tersirat akan munculnya IMAM MAHDI pada akhir zaman nanti adalah Umat Muhammad yang MENDAHULUI KEBENARAN iaitu ORANG-ORANG YANG BERTAUHID akan maknanya.
Adapun pengertian AUZUBILLAHIMINASYAITONIRAJIEM itu adalah SYAITON YG DIREJAM bermakna HAWA NAFSU kita sendiri DIMANA kita memohon perlindungan dari Allah yg membalik-balikkan HATI kita agar KITA TEGUH DIDALAM SIFAT2 ALLAH.
BISMILLAH
BASMALLAH
BISMI : DENGAN NAMA.
DENGAN NAMA : NAMA adalah ASMA.
Maka : DENGAN ASMA ALLAH.
BA ASMA ALLAH : BA ADALAH HURUF YANG PENUH KERAHSIAAN TENTANG KEHIDUPAN.
*KOD ILMU NAFAS TERSEMBUNYI DI DALAM BAHASA*
BAHASA adalah OS (Sistem Operasi) kepada Otak. Bahasa adalah alat komunikasi yang paling asas dan sangat berkesan untuk menyampaikan sesuatu maklumat.
Dengan mengkaji bahasa, banyak kod-kod yang mengandungi maklumat dalam istilah- istilah tertentu, telah dapat dirungkaikan. Bahasa Arab, bahasa Hebrew (Ibrani) dan bahasa Aramaic umpamanya, adalah bahasa yang penuh dengan kod-kod tersembunyi. Dari ketiga-tiga bahasa ini, bahasa Arab adalah bahasa yang paling bongsu. Bahasa Arab berkembang biak dari bahasa Hebrew dan bahasa Hebrew pula berakar umbi dari bahasa Aramaic. Sebab itu, dari 28 huruf Arab yang ada, 20 darinya berbunyi dalam sebutan yang hampir sama dengan huruf Hebrew. Contoh, ALIF (Hebrew : Aleph), BA : Bev, TA : Tav, HA : He, ZAI : Zaien, SHIN : Shin, QAP : Qof, MIM : Mem, NUN : Nun dan lain-lain.
Bahasa Hebrew yang dituturkan oleh kebanyakan bangsa Yahudi misalnya, mempunyai banyak kod tersembunyi di dalam huruf dan ejaan perkataan. Kod-kod ini menyembunyikan pelbagai maklumat. Maklumat-maklumat ini kemudiaanya ditukar ke dalam bentuk pentagram (simbol) dan daripada simbol-simbol ini, ia kemudiannya ditukar kembali ke dalam bentuk perkataan.
Misalnya, pentagram STAR OF DAVID (lambang bintang berbucu 5) dan lambang KHATAM SULAIMAN (bintang berbucu 8- yang banyak digunakan di dalam simbol-simbol Islam), bila maklumat dari pentagram ini dipecahkan, maka banyak rahsia-rahsia alam ini telah dapat dirungkaikan. Kepada pihak-pihak yang berkepentingan (minoriti) yang KENAL tentang kod ini, mereka akan menggunakan segala maklumat ini untuk mengelirukan majoriti manusia yang TIDAK KENAL. Pihak-pihak yang berkepentingan ini kemudiannya telah menggunakan Bahasa Inggeris untuk menyampaikan ideologi dan doktrin mereka secara tersembunyi kerana bahasa Inggeris telah menjadi bahasa komunikasi sedunia.
Kebanyakan kod-kod yang 'tersembunyi' di dalam pelbagai bahasa ini, termasuk bahasa Me-Layu, bahasa Ar-ab dan bahasa Ingge-ris, adalah maklumat-maklumat yang telah sedia ada di dalam JASAD setiap individu. Maklumat-maklumat ini telah dibekalkan oleh HAKIKAT PENCIPTA sewaktu jasad manusia ini mula diciptaNya. Bagi mereka yang mengetahui tentang MAKLUMAT ini dan dapat menterjemahkannya sebagai ILMU, maka mereka akan mampu mengawal dunia diri mereka sendiri dan mampu pula mengawal diri orang lain (diri yang tidak tahu).
Pada jasad manusia ini, terdapat banyak Pentagram (simbol) yang hanya sekelumit manusia sahaja yang tahu tentangnya. Nafas, DNA, jantung, Iris (mata hitam) cap jari, kelenjar, saraf, dan jenis darah adalah beberapa contoh hal jasad yang mempunyai kod-kod pentagram yang tersembunyi di dalam terang.
Nafas manusia misalnya, mengandungi banyak kod-kod rahsia yang jika difahami, ianya akan mampu merungkaikan pelbagai hal tentang diri zahir dan diri batin seseorang. Sebab itu, nafas yang keluar masuk melalui jasad ini telah menjadi bahan kajian manusia dari pelbagai bangsa, agama dan pelbagai sistem kepercayaan.
Untuk mengenali hal nafas, manusia telah menggunakan pelbagai kaedah. Antaranya, kaedah BERZIKIR (ingat) menggunakan perkataan-perkataan tertentu. Melayu menggunakan kaedah Zikir Nafas. Arab memanggilnya Zikr al Nafs. Yahudi memanggil Zecher Nafesh (bahasa Hebrew). Pengamal Yoga menggunakan zikir nafas yang bergelar Amrd-Kund. Pengamal Fahaman Zen, menggunakan kaedah zikir nafas, Nanso-no-Ho. Pengamal Buddha ada amalan zikir nafas Theravada , Sikh menggelarnya Dridtha, Kristian ada amalan Anamnesis dan banyak lagi amalan-amalan berhubung hal mengenal Nafas yang diamalkan oleh pelbagai kaum di seluruh dunia.
Rekod kaedah ilmu Nafas yang tertua di dunia ditemui dalam piramid kuno para Firaun Mesir. Ia ditemui di dalam tulisan Hieroglyphics (tulisan Mesir Purba) dibawah tajuk THE BOOK OF BREATHING, yang disisipkan di dalam buku utama THE BOOK OF THE DEATH. Buku ini membicarakan bagaimana untuk KENAL Tuhan dengan cara pernafasan.
Antara petikan yang menarik di dalam teks THE BOOK OF BREATHING itu adalah :
Ayat III/6 : "Rohmu kekal bernafas. Di kalangan para pencinta, engkau akan kembali ke dunia ini dalam bentukmu yang tersendiri. Engkau adalah hal Ketuhanan dengan Roh Tuhan".
Apapun sistem kepercayaan dan amalannya, semuanya bertujuan untuk mendapatkan KESEJAHTERAAN DIRI. Namun, TERLALU SEDIKIT diri yang benar-benar memahami dan benar-benar berjaya memecahkan kod disebalik zikir nafas itu. Akhirnya, kebanyakan zikir nafas hanya sekadar menjadi hal teori kata-kata dan sekadar menjadi hal ritual agama yang menjadi bahan ikut-ikutan dari guru kepada murid dan dari murid kepada murid-murid lainnya.
Bagi mereka yang telah berjaya merungkaikan akan kod-kod ini, makanya, mereka akan sentiasa SEDAR dan sentiasa HIDUP dalam alam KESEDARAN NYATA (Total Consciousness/Makrifah). Nantinya, mereka akan SEDAR bahawa hal JASAD dan hal ROH yang kelihatan DUA itu (Duality), sebenarnya adalah SATU hal yang SAMA yang tidak pernah terpisah (Oneness).
Hal Jasad dan Roh kelihatan bagaikan hal DUA perkara yang berbeda, namun bila MAKLUMAT dari kod nafas itu dapat ditukarkan menjadi ILMU, makanya, hal DUA perkara yang berbeda itu akan tidak lagi nampak berbeda, ia adalah hal HAKIKAT DIRI yang SATU. Ia seolah-olah kelihatan DUA kerana kita tidak dapat memecahkan kod LAW OF DUALITY (Hukum Berpasangan). Bila Hukum Berpasangan ini dimengertikan, maka tidak lagi terlihat DUALITY (Dua) tetapi segalanya ONENESS (Tunggal).
Bagaimana kita boleh tahu akan hal ini ?
Kita boleh tahu kerana segala maklumat atau kod itu ada pada jasad kita sendiri. Kod dalam jasad itu seumpama KOD BINARY yang digunakan untuk membuat bahasa komputer. Komputer hanya menggunakan DUA (Binary) angka iaitu angka 0 dan angka 1 untuk membolehkan ia berfungsi. Hanya dengan DUA angka iaitu angka '0' dan angka '1' manusia boleh mendapatkan maklumat "Sepantas Kilat". (The Light of Speed).
Alam dunia zahir (Uni-verse) dan alam diri batin (Inner-verse) diprogramkan secara sistem Binary (Dua/Berpasangan) oleh HAKIKAT PENCIPTA, namun pasangan yang KEDUA tu hanya berbentuk IL-LUSI. Ia adalah bayang yang menzahirkan hal yang SATU.
Umpama dua angka binary, iaitu angka 0 dengan angka 1. Yang ada nilai adalah angka 1. Angka 0 tiada nilai, tetapi angka 0 boleh memberi nilai yang berbeda kepada angka 1 jika angka 0 itu diletakkan di belakang atau di hadapan angka 1. Makanya, yang nyata bernilai adalah angka 1, angka 0 hanya IL-LUSI (bayangan) yang berperanan sekadar menunjukkan tentang NILAI angka 1. Jika tiada angka 0, angka 1 tetap mempunyai nilai. Nilainya TUNGGAL, bernilai SATU (Oneness/Ahad).
Maka perhatikanlah pada seluruh jasadmu. Telek dan selidiklah segala yang ada pada tubuhmu, nescaya engkau akan MENGENAL. Bila engkau telah mengenal, segalanya tentang dirimu, engkau menjadi SECERAH dan SEPANTAS KILAT kerana sememangnya DIRI ENGKAU itu, adalah CAHAYA yang menerangi seluruh alam Batin dan Zahir!
Duhai diri....
Alangkah indahnya jika engkau memahami CODE di dalam bahasa tulisan Ku ini. Ia Tersembunyi di dalam TENAGA yang mencetuskan CAHAYA Terang. Jika engkau nampak, Engkaulah Manu-sia dari CAHAYA yang menampakkan TERANG itu !
Cahaya dari TENAGA di Baitul Mahram !
"It is most rewarding to love the lonely and poor ones and to care for them ... The Prophet (pbuh) said, 'The people whom God loves most are His poor and lonely servants.' Somebody asked, ' What is their state O Messenger of God?' He answered, 'They are the ones who have nobody and nothing but their religion. On the Day of Judgement they will be brought to Jesus, the son of Mary.'"
― Sulami (d. 1021 CE), Kitab al-Futuwwah, trans./ed. Tosun Bayrak (Vermont: Inner Traditions, 1991), 41 (with minor edits).
Bismillah......
Tak usah di cari ilmu itu.. ia adalah kesadaran diri sendiri pada keadaannya wujudnya cintanya dan juga cita citanya.....
Ilmu sejati itu tidak bisa didapatkan selain dari membaca secara mendalam dan tanpa lelah juga bosan tentang keadaan dari diri sendiri....
Siapa yang diam siapa yang bergerak; siapa yang hidup dan siapa yang mati...........
Sirrul Asrar @CiptaHening1
Setiap amal yg kau pertanyakan, akan Allah timbang dgn karunia yg tlah Dia berikan, dn stiap amal yg kau ikhlaskan, akan Allah lipat gandakan
Ilmu yg berangkat dari sebuah perenungan, adalah ilmu yg disertai cinta, dan ilmu yg tanpa perenungan adalah ilmu yg hambar tanpa rasa cinta
Hati yg selalu menandang Allah di dalam segala sesuatu, adalah hadirnya hati kpd Allah di dalam sgl sesuatu.
| Saidina Ali Karramullahu Wajhah berkata:
"Sesiapa yang menghiasi dirinya dengan
sikap INSAF, nescaya ia akan sampai kepada
martabat orang yang mulia."
Kebaikan yg kita lalukan, kadang tdk diterima dgn baik dan tdk juga mendatangkan kebaikan bagi kita. Kalau hal itu yg terjadi maka santai sajalah, krn Allah sedang mengajarkan kita tentang keikhlasan dan kerelaan. Sehingga kita tdk bergantung kpd kebaikan yg kita lakukan, hny berharap kebaikan dr pada Allah, bukan kebaikan dr sebab kebaikan yg kita tanam. Allah sungguh Maha Tahu apa" dan mana saja yg terbaik bagi kita, sehingga kebaikan yg menjadikan kita tdk menjadi baik (sombong, riya') justru Allah jauhkan, dgn mendatangkan balasan sesuatu yg tdk baik.
"Taruhlah dosa-mu dibawah telapak kaki-mu, dan taruhlah kebaikan-mu di bawah dosa-mu, sehingga kebaikan-mu itu tdk tampak dlm hati dan ingatan-mu, yg tampak hny dosa dan keburukan-mu di hadapan Tuhan-mu". Inilah jalan zuhud, jalan orang" yg tawadu" dan rendah hati.
itu aj.
| Sayyidi Syaikh Ali Al-Khowwash Rh berkata:
“Sesungguhnya jalan para Ulama Sufi terhias
dengan Al-Quran dan Al-Hadis bagaikan
terhias dengan emas dan permata. Demikian
itu karena mereka di setiap gerak-gerik dan
diam mereka mempunyai niat yang baik
sesuai dengan timbangan Syari’at.
Dan tidak bisa mengetahuinya kecuali orang
yang memperdalami ilmu-ilmu Syari’at “.
| Yahya bin Mu’adz ArRazi rh berkata:
“Betapa banyak orang yang beristighfar
namun dimurkai. Dan betapa banyak orang
yang diam namun dirahmati.”
Kemudian beliau menjelaskan:
“Orang ini beristighfar akan tetapi hatinya
diliputi dosa. Adapun orang itu diam, namun
hatinya berzikir."
[ al-Khathib al-Baghdadi ]https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1712909595597950&id=100006367783320
| Imam Al-Qusyairy An-Naisabury (semoga
Allah merahmatinya) berkata :
"Apabila Tuhan hendak memindahkan
hamba-Nya dari kehinaan kekafiran menuju
kemuliaan ketaatan, Dia menjadikannya
intim dengan kesendirian, kaya dalam
kesederhanaan dan mampu melihat
kekurangan dirinya.
Barangsiapa telah dianugerahi semua ini
berarti telah mendapatkan yang terbaik dari
dunia dan akhirat."
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1713044568917786&id=100006367783320
ORANG SUFI ANTI SYURGA DAN TIDAK TAKUT NERAKA?...
Diantara tuduhan yang dilontarkan kepada kaum sufi, bahawa dalam tasawuf, seorang sufi itu tidak mahu syurga dan tidak takut neraka. Padahal Rasulullah saw pernah berharap syurga dan dihindarkan dari neraka. Rasulullah saw masih demikian, kenapa kaum sufi enggan dengan syurga dan tidak takut neraka?
JAWAPAN:-
Seorang sufi menegaskan keikhlasan ubudiyahnya hanya kepada Allah, memang demikian perintah dan kehendak Allah. Bahawa seorang mukmin menyembah Allah dengan harapan syurga dan ingin dijauhkan neraka, dengan perspektifnya sendiri, tentu kelayakan keikhlasannya dibawah level yg pertama. Dalam berbagai ayat mengenai ikhlas, sebagai Roh amal, disebutkan agar kita hanya beramal Lillahitaala. Tetapi kalau punya harapan lain selain Allah termasuk di sana harapan syurga dan neraka, sebagai bentuk kenikmatan fizik dan siksa fizik, itu juga diterima oleh Allah. Namun, kelayakannya adalah bentuk responsi mukmin pada syurga dan neraka paling rendah.
Semua orang tahu bagaimana Allah membangunkan contoh dan perumpamaan, baik untuk menjelaskan diri-Nya, syurga mahupun neraka. Kaum sufi memilih perumpamaan paling hakiki, kerana perumpamaan neraka yang paling rendah sudah dilampauinya. Sebagaimana moral seorang pekerja di tempat kerja juga berbeza-beza, walaupun teknik dan cara kerjanya sama.
Orang yang bekerja hanya mencari wang dan untung, tidak sama dengan orang yang bekerja dengan mencintai pekerjaan dan mencintai ketuanya tersebut. Walaupun cara bekerjanya sama, namun kualiti moral dan jadual kerjanya berbeza. Bagi seorang ketua yang bijaksana, pasti lebih mencintai pekerja yang didasari oleh motivasi cinta yang luhur pada pekerjaan, perusahaan dan mencintai dirinya, dibandingkan dengan para pekerja yang hanya mencari untung belaka, sehingga mereka bekerja tanpa roh dan spirit yang luhur.
Kerana itu syurga pun demikian. Persepsi syurga bagi kaum sufi memiliki kelayakan rohani dan spiritual yang berbeza dengan persepsi syurga kaum awam biasa. Hal yang sama persepsi mengenai bidadari. Bagi kaum sufi bidadari yang di gambarkan oleh Al-Quran dan Hadis, adalah tajalli (penampakan) sifat-sifat dan Asma keMahaindahan Ilahi, yang tentu saja berbeza dengan kaum awam yang persepsi sebagai kenikmatan biologi seksual haiwan.
Syurga bagi kaum sufi adalah Ma'rifatullah dengan darjat kema'rifatan yang berbeza-beza. Kerana nikmat tertinggi syurga adalah Ma'rifat Dzatullah. Jadi kalimat Rabi'ah Adawiyah tentang ibadah tanpa keingginan syurga adalah syurga fizik dengan kenikmatan fizik yang selama ini kita persepsikan. Dan hal demikian memang boleh menjadi penghalang (hijab) antara hamba dengan Allah dalam proses kema'rifatan.
Bahkan Allah pun membagi-bagi syurga dengan simbol berbeza-beza, ada jannatul Ma'wa, Jannatul Khuldi, Jannatun Na'im, Jannatul Firdaus, yang tentu saja menunjukkan kelayakan yang bersifat lahiriyah mahupun bathiniyah. Bagi orang beriman yang masih bergelumang dengan nafsunya, maka persepsi tentang nikmat syurga, adalah pantulan nafsu haiwaninya dan shahwatnya, lalu persepsi kesenangan duniawi ingin dikolerasikan dengan rasa nikmat syurgawi yang ideal dengan syahwatiyah.
Syurga dan neraka adalah makhluk Allah. Apakah seseorang boleh wushul (sampai kepada) Allah, manakala perjalanannya dari makhluk menuju makhluk? Apakah itu tidak lebih dari sapi atau khimar yang menjalankan roda gilingan, yang berputar-putar terus menuju tanpa tujuan?
Ucapan munahat ahli sufi ialah "Tuhanku, hanya engkau tujuanku, dan hanya ridho Mu lah yang kucari. Limpahkan Cinta dan Ma'rifatMu kepadaku"...apakah ucapan ini menunjukkan bentuk bahawa ahli sufi anti syurga dan tak takut neraka?..
semoga bermanafaat...wallahualam bisawab...inshaAllah
zawiyah asy syattari6
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1346021088775685&id=100001034192915
Berita baik.
Laman forum teman dulu masih boleh dibaca di sini.
web.archive.org/web/20041204032650/http://www.bicarasufi.com/sgtt/index.php
Okay,enjoy..!
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10207000853594609&id=1077553695
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1075986112453522&id=100001264298400
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10153810970041999&id=295419981998
ARTI SULUK DAN TASAWUF
SULUK berarti memperbaiki akhlak, mensucikan amal, dan menjernihkan pengetahuan. Suluk merupakan aktivitas rutin memakmurkan lahir dan batin. Segenap kesibukan hamba hanya ditujukan kepada Sang Rabb, bahkan ia selalu disibukkan dengan usaha-usaha menjernihkan hati sebagai persiapan untuk sampai kepada-Nya (wusul).
Ada dua perkara yang dapat merusak usaha seorang salik (pelaku suluk), yaitu: Pertama, mengikuti selera orang-orang yang mengambil aspek-aspek yang ringan dalam penafsiran dan Kedua, mengikuti orang-orang sesat yang selalu menurut dengan hawa nafsunya. Barangsiapa yang menyia-siakan waktunya,maka ia termasuk orang bodoh. Dan orang yang terlalu mengekang diri dengan waktu maka ia termasuk orang lalai. Sementara orang yang melalaikannya, dia adalah orang-orang lemah.Keinginan seorang hamba untuk melakukan suluk tidak dibenarkan kecuali ketika ia menjadikan Allah Swt. dan Rasul-Nya sebagai pengawas hatinya. Siang hari ia selalu puasa dan bibirnya pun diam terkatup tanpa bicara, sebab terlalu berlebihan dalam hal makan, bicara, dan tidur akan mengakibatkan kerasnya hati. Sementara punggungnya senantiasa terbungkuk rukuk, keningnya pun bersujud, dan matanya sembab berlinangan air mata. Hatinya selalu dirundung kesedihan (karena kehinaan dirinya dihadirat-Nya), dan lisannya tiada henti terus berzikir.Dengan kata lain, seluruh anggota tubuh seorang hamba disibukkan demi untuk melakukan suluk.
Suluk dalam hal ini adalah segala yang telah dianjurkan oleh Allah Swt. dan Rasul-Nya dan meninggalkan apa yang dibenci olehnya. Melekatkan dirinya dengan sifat wara' meninggalkan segala hawa nafsunya, dan melakukan segala hal yang berkaitan erat dengan perintah-Nya. Semua itu dilakukan dengan segala kesungguhan hanya karena Allah Swt., bukan sekadar untuk meraih balasan pahala, dan juga diniatkan untuk ibadah bukan hanya sekadar ritual kebiasaan.
Karena sesungguhnya orang yang asyiq dengan amaliahnya, tidak lagi memandang bentuk rupa zahir amalan itu, bahkan jiwanya pun telah menjauh dari syahwat keduniaan. Maka satu hal yang benar adalah meninggalkan segala bentuk ikhtiar sekaligus menenangkan diri dalam hilir mudik takdir Tuhan. Dalam sebuah syair dinyatakan:
Aku ingin menemuinya,
Namun Dia menghendakiku untuk menghindar
Lalu kutanggalkan semua hasratku
Demi apa yang Kaukehendaki
Sirnakan semua makhluk darimu dengan hukum Allah Swt. dan binasakan hawa nafsumu atas perintah-Nya.
Demikian halnya, tanggalkan seluruh hasratmu demi perbuatan-perbuatan-Nya (af'al). Dengan demikian, maka kau telah mampu menangkap ilmu Allah Swt.
Kebebasanmu dari ketergantungan dengan makhluk ditandai dengan perpisahanmu dengan mereka, kau tidak akan kembali dengan mereka, dan kau pun tidak akan menyesali semua yang ada dalam genggaman mereka. Adapun tanda kebebasanmu dari hawa nafsu adalah dengan tidak memasang harapan yang berlebihan dari semua usahamu, dan tidak pula bergantung dengan urusan kau untuk meraih sebuah kemanfaatan ataupun untuk menghindari kebinasaan.
Maka kau jangan hanya bergulat dengan dirimu sendiri, jangan terlalu percaya diri, jangan mencelakan atau membahayakan dirimu sendiri. Namun, pertama-tama yang harus kau lakukan adalah menyerahkan semuanya pada Yang Berhak, agar Dia berkenan memberikan kuasa-Nya kepadamu. Seperti kepasrahanmu kepada-Nya saat kau berada dalam rahim ibumu, atau saat kau masih dalam susuan ibumu.
Sementara, tanggalnya seluruh hasrat iradah-mu. Lebur dalam iradah-Nya ditandai dengan tidak adanya sifat menghendaki dalam dirimu (murid), dalam hal ini kau hanyalah sebagai objek yang dikehendaki (murad), bahkan dalam setiap lakumu ada intervensi aktiviti-Nya maka jadilah kau sebagai objek yang dikehendaki-Nya. Adapun aktiviti-Nya menempati semua anggota ragamu, mententramkan jiwa, melapangkan dada, menyinari wajahmu, dan memeriahkan suasana batinmu.
Takdir menjadi nuansa dalam hatimu, azali senantiasa akan menyerumu. Rabb yang Maha Menguasai mengajarimu dengan ilmu-Nya, menyematkan pakaian untukmu dari cahaya hulul, dan memposisikanmu pada derajat generasi orang terdahulu di antara para ulama yang saleh (ulu al-'ilm).
Mi'raj as-Salikin, Imam Al Gazali
[ Sufismnews ]https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1713048272250749&id=100006367783320