TANAMLAH DIRIMU KEBUMI KERENDAHAN...
Syeikh Ibnu Arabi mengatakan:
"Berhati-hatilah agar engkau jangan bersikap sombong atau tinggi hati (diri) di muka bumi. Biasakanlah bersikap rendah hati (tawaduk).
Jika Allah mengangkat kata-katamu, maka tidak ada yang paling tinggi selain kebenaran. Jika Dia menganugerahkan kepadamu ketinggian didalam hati makhluk-Nya, maka hal itu kembali kepada-Nya. Kerendahan hati, kehinaan dan ketidakberdayaan melekat pada dirimu, kerana engkau berasal dari tanah.
Jangan merasa lebih tinggi dari tanah, kerana tanah adalah ibumu. Barangsiapa berlaku sombong kepada ibunya, maka ia telah mendurhakainya.”
--Syeikh Ibn Arabi dalam kitab Al- Washaya.
Bagaimanakah cara untuk kita mengetahui guru itu mursyid ataupun tidak? Sheikh Aleey