link → March 8
abang pernah cakap ...
Al-Quran itu sudah jelas dan nyata
ayat-ayatnya sentiasa merentasi
jarak , zaman dan masa
ia hidup
ia kekal
sebab ianya adalah kalamullah
nak tahu perintah
nak tahu larangan
bacalah Al-Quran
tak faham bahasa Arab
bacalah terjemahan
tak faham lagi
maka mintalah pada Allah
bagi hati yang baru
sebab Al-Quran itu
tetap jelas dan nyata
sebaliknya yang tak jelas dan tak nyata
adalah hati yang ada pada diri itu
hati yang tidak faham
hati yang tidak tahu
hati yang tidak sadar
hati yang tidak rasa
apa yang ada disebalik dada .
hanyalah Allah, Tuhan pada sekelian alam
aku , kamu , dia , mereka dan kita semua
mana ada lurusnya
takut bini lebih dari takut Tuhan
takut suami lebih dari takut Tuhan
takut boss lebih dari takut Tuhan
takut anak-anak lebih dari takut Tuhan
takut musuh lebih dari takut Tuhan
takut binatang lebih dari takut Tuhan
takut mati
takut sakit
takut miskin
takut susah
takut takdak duit
takut hilang kerja
takut orang kata
takut kena fitnah
takut takut takut takut takut
takut segalanya itu lebih dari takutnya pada Tuhan
selagi ada ketakutan pada yang lain selain Allah
selagi itulah tak dapatnya duduk di atas jalan yang lurus ....
abang pernah cakap ..
jangan jadi hamba manusia
ikut terikat bagai orang gila
cukuplah sekadar berbuat baik sahaja
tegur-menegur sapa-menyapa
ingat lah wahai adik-adik semua
jangan sesekali manusia itu
kamu puja-puja
sehinggakan kamu terlupa
yang memanusiakan manusia itu siapa !