Ustaz Engku Ahmad Fadzil - Mengenali Tauhid 3 Versi Ibnu Taimiyah
Dua tahun lepas, saya ada kongsikan poster ini kerana saya tertarik dengan kebenaran kata-kata yang terkandung di dalamnya. Hari ini ia datang sebagai Facebook memories. Saya sedar siapa orang di belakang kata-kata ini, seorang tokoh terkenal di tanahair yang saya dapati tidak sedikit daripada kenyataan-kenyataan dan pendirian-pendirian beliau yang saya tidak bersetuju dengannya (termasuk kenyataan terbaru di dalam FB rasmi beliau yang memfitnah anggota keselamatan yang diamanahkan membentengi negara daripada ancaman keganasan kononnya menyesatkan tokoh ulama silam Imam Ibn Taimiyyah rahimahulLaah sedangkan pihak keselamatan cuma mendedahkan data2 yang mereka perolehi melalui risikan dan soalsiasat terhadap para tahanan). Namun saya tidak memusuhi batang tubuh beliau, saya cuma melawan dan mengkritik fikrah dan pendirian beliau yang saya dapati bercanggah dengan pegangan Ahlis Sunnah wal Jamaah atau boleh mendatangkan kekeliruan dan kemudaratan kepada ummat Islam. Oleh itu, kalau datang daripada beliau perkara2 yang baik atau buah fikiran yang bernas, saya tidak keberatan untuk terima malah kongsikan. Malangnya, sebahagian ahli2 masyarakat sekarang termasuk yang dilihat sebagai ilmuan atau agamawan seolah-olah menganggap menyerang atau mengkritik sesuatu pendirian adalah menyerang dan memusuhi diri peribadi orang yang empunya pendirian. Lebih mengejutkan baru2 ini, setelah ada orang bertanya kepada saya bagaimana menjawab sekiranya ada orang mempersoalkan keperluan mengikut mazhab atau mengikut mazhab tertentu sedangkan Nabi Isa a.s. sendiri kelak tidak berhukum dengan hukum mazhab2 tertentu, lalu saya ulas isu tersebut di dalam suatu forum tanpa menyebutkan nama sesiapa pun, tiba2 ada saudara seagama saya Whatsapp kepada saya video clip yang telah diedit mengatakan "Kenapa Ustaz tergamak mengatakan apa yg tidak MUSUH Ustaz katakan?
ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
Semudah itu kah seseorang dianggap musuh kepada saya semata-mata kerana saya mengkritik sesuatu pola pemikiran yang katanya ada persamaan dengan apa yang disebutkan oleh tokoh yang telah dihukum sebagai "musuh" saya?
Lebih melucukan (atau mungkin menyedihkan sebenarnya) sampai ada katanya tokoh tertentu yang menasihati saya agar "Jangan kata benda yang orang tak kata. Ia kesalahan besar ketika berbeza pendapat" lalu saya dikaitkan tidak mendengar betul-betul penjelasan SS Mufti Perlis lalu diminta perbetulkan atau menarik balik "tuduhan".
Bukan nasihat itu yang lucu. Nasihat "jangan kata benda yang orang tak kata" itu baik. Yang melucukan (dan menyedihkan sebenarnya) dalam senafas nasihat itu diberikan, rupa2nya yang memberikan nasihat melakukan apa yang beliau sendiri larang daripada dilakukan dan yang beliau sebutkan sebagai "kesalahan besar"! Beliau sendiri kata benda yang saya tidak kata! Beliau menganggap lalu mengatakan ulasan saya di dalam forum berkenaan yang sebahagiannya telah diedit menjadi clip pendek sebagai merujuk kepada SS Mufti Perlis sedangkan mereka yang menonton rakaman forum tersebut dari awal hingga akhir tahu bahawa di dalam forum tersebut sepatah perkataan pun saya tidak sebut SS Mufti Perlis atau Dr MAZA atau Asri atau yang seumpamanya yang boleh dikatakan merujuk kepada public figure berkenaan. Senafas nasihat dihamburkan, senafas itu juga yang memberikan nasihat "kata benda yang orang tak kata". Isu Nabi Isa a.s. tidak berhukum dengan mazhab tertentu ini isu lama yang pernah disinggung oleh Syeikh Al-Albaani di dalam ta'liq beliau Syarah Sahih Muslim, lalu saya ulas apabila ada orang bertanya isu yang sama.
نسأل الله العفو والعافية
Sayang sekali kritikan terhadap sesuatu idea kerap kali ingin diheret kepada permusuhan peribadi.
Biar saya kongsikan demi kefahaman dan manfaat ummat. Sebelum daripada Diskusi Ilmiah 9hb Januari 2016 antara saya dan Dr Rozaimi Ramle berkaitan isu Bid'ah Hasanah, Adakah Suatu Kesesatan? ada antara sahabat2 saya yang saya tidak ragui keikhlasan mereka menasihati saya agar jangan meneruskan diskusi ilmiah tersebut kerana beliau bimbang saya nanti akan menjadi target serangan kumpulan yang membawa aliran pemikiran tertentu, akan menjadi mangsa character assassination atau pelbagai bentuk penganiayaan lagi. Saya katakan kepada beliau, maaf, saya tiada pilihan. Apabila Allah SWT letakkan ilmu ini di dada, walaupun sedikit sahaja, sekaligus di sana diletakkan amanah yang besar untuk menyampaikan kebenaran walaupun dibenci dan dikeji, dihina dan dinista. Tiada pilihan. Playing safe is not an option sekiranya anda mengharapkan redha Allah SWT.
Jadi terpulang, kepada yang merasa seronok dan puas memperli, menghina, marah2, malah memfitnah saya, silakan. Bukan redha dan pujian kalian menjadi dambaan saya. Ia hakikatnya adalah sekadar mirage yang tidak memberi manfaat.
Concern saya, adalah memberikan kefahaman yang betul dan jelas kepada masyarakat. Harapan saya, selepas Diskusi Ilmiah Bid'ah Hasanah masyarakat akan lebih faham tentang bid'ah, definisi, kategori, dalil2 dsb. Ada sebahagian yang menyangkakan oleh kerana saya mendebati pendirian Dr Rozaimi Ramle di dalam Diskusi Ilmiah berkenaan, maka Dr Rozaimi adalah musuh saya. Maaf, yang menyangkakan demikian, anda silap. My fight and struggle are ideological, not personal. Mungkin ramai di antara mereka yang menyangkakan demikian tidak pernah tahu bahawa 3 hari selepas Diskusi Ilmiah tersebut, posting FB saya memuji dan mendoakan beliau dan menyeru orang lain sama2 mendoakan kebaikan untuk beliau. Lihathttps://m.facebook.com/photo.php?fbid=1244967012180901&id=100000028410718&set=a.220207984656814.68223.100000028410718&source=48
Malah, baru2 ini apabila beliau diserang rakan2 semanhaj beliau sendiri kerana mengingatkan ummat tentang pesanan RasuululLaah S.A.W. agar jangan mencerca orang yang telah meninggal dunia, saya upkan satu post khusus menyokong beliau kerana as I said my struggle is ideological, not personal. Lihat https://m.facebook.com/story.php…
Yang penting ummat faham. Selepas Forum Kafir Harbi baru2 ini, tak penting bagi saya komen-komen siapa "player of the match" dll. Yang penting masyarakat lebih faham tentang definisi dan consequences istilah kafir harbi tersebut. InsyaaAllah hari2 yang mendatang saya akan fokus kepada membantu kefahaman masyarakat terhadap isu2 penting, tentang tauhid dan syirik, tentang memahami amalan bermazhab dll yang sebahagian ummat telah terkeliru di dalam memahaminya.
Ya, mungkin tidak sedikit pandangan dan pendirian Dr MAZA yang saya tidak bersetuju dan kritik. Namun, saya tidak mengambil beliau sebagai musuh peribadi saya. Apa2 idea dan ungkapan yang baik daripada beliau saya terima. Salah satunya apa yang beliau luahkan berkaitan sikap di dalam berpolitik yang saya lihat benar dan bernas. Hayatilah, renung2kan dan selamat beramal! 😊