THE NAMES OF THE PROPHET (pbuh)
Salaam and Greetings of Peace:
In the same way that Muhammad(un) rasul Allah (Muhammad is the Messenger of God) follows La Ilaha ill Allah, the names of the Prophet (pbuh) flow from those of God and are a ladder that leads to Him. The Prophet (pbuh) has even been honored by God by having some of the Divine Names such as Ta Ha and Nur also bestowed upon him. The chanting of the litanies of the names of the Prophet (pbuh) is an important practice in Sufism and on a more external level in the everyday activity of many pious Muslims.
Not only is the Prophet (pbuh) called Muhammad, the most praised one, but he is also Ahmad, the most praiseworthy of those who praise God. He is Wahid, the unique one; Mahi, the annihilator of darkness and ignorance; and Aqib, the last of the prophets. He is Tahir, the pure and clean one; Tayyib, he who possesses beauty and fragrance; and Sayyid, prince and master of the universe. He is, of course, Rasul, messenger, but also Rasul al-Rahmah, the messenger of mercy; and Khatim al rusul, the seal of prophets. He is Abd Allahl, the perfect servant of God, but also Habib Allah, the beloved of God; and Safi Allah, the one chosen by God. He is both Nasir, the victorious helper of men, and Mansur, the one who is made triumphant in this world.
The Prophet (pbuh) is Muhyi, the vivifier of the dead hearts of men, and Munji, he who delivers man from sin. He is Nur, light, as well as Siraj, the torch that illuminates the path in man’s life; Misbah, the lamp that contains the light of faith, and Huda, the guide to God and paradise. He is Dhu quwwah, the possessor of strength; Dhu hurmah, possessor of sacred reverence; and Dhu makanah, the possessor of integrity. He is both Amin, trustworthy, and Sadiq, truthful. He is miftah, or key to paradise, and Miftah al-rahmah, the key to God’s mercy. The love of the Prophet (pbuh) is in fact both a sign of the love of God and the gate to that Mercy from which the very substance of the universe was created..
IBADAH RAHSIA
Rasulullah SAW bersabda;
“Ketika tiba hari Kiamat, ternampaklah suatu kaum yg melayang-layang, terbang dengan sayapnya seperti burung, di atas pagar Syurga.
Lalu Malaikat penjaga Syurga bertanya, “Siapakah kalian?”.
Jawab mereka, “Kami adalah orang-orang dari umat Muhammad SAW”.
Malaikat bertanya lagi, “Beritahukanlah kepadaku, bagaimana kalian boleh terlepas daripada hisab?”.
Mereka menjawab, “Kami tidak dikenakan beban hisab”.
Lalu Malaikat bertanya lagi, “Bagaimana kalian melintasi titian siratul mustaqim?”.
“Kami juga tidak melaluinya”, jawabnya dengan serentak.
“Mengapa kalian boleh sampai ke darjat seperti itu?” Malaikat bertanya lagi.
Lalu mereka menjawab; “Ketika kami hidup di dunia, kami selalu beramal dan taat beribadah kepada Allah SWT dengan cara rahsia, maka sampai kami ke Syurga dengan darjat tinggi inipun, terjadi dengan cara rahsia”.
Lantas, Malaikat pun terdiam.
| Hadis Riwayat Imam Al-Ghazali
OLD POST 2016
"Love and poetry are the Soul of Sufism.
When they enter, everything opens up "
| Shaykh Hisham Kabbani
HAKIKAT NUR MUHAMMAD
- Asal Kejadian | date
:
(Keterangan berikut adalah suntingan dari kitab 'Sirrul Asrar Fi Ma Yahtaju Ilayhil Abrar' oleh Ghawthul A'zham Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani رضي الله عه)
Maka berkata Shaikhuna; tentang Nur Muhammad (iaitu Hakikat Muhammad) - atau ringkasnya asal kejadian.
Semoga Allah Ta'ala memberikan kamu kejayaan di dalam amalan-amalan kamu yang disukaiNya dan Semoga kamu memperolehi keredaanNya. Fikirkan, tekankan kepada pemikiran kamu dan fahamkan apa yang aku katakan.
Allah Yang Maha Tinggi pada permulaannya menciptakan cahaya Muhammad daripada cahaya suci Keindahan-Nya. Dalam hadis Qudsi Dia berfirman;
“Aku ciptakan ruh Muhammad daripada cahaya Wajah-Ku”.
Ini dinyatakan juga oleh Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dengan sabdanya:
“Mula-mula Allah ciptakan ruhku. Pada permulaannya diciptakanNya sebagai ruh suci”.
“Mula-mula Allah ciptakan qalam”.
“Mula-mula Allah ciptakan akal”.
Apa yang dimaksudkan sebagai ciptaan permulaan itu ialah ciptaan hakikat kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم; kebenaran tentang Muhammad yang tersembunyi. Dia juga diberi nama yang indah-indah.
Dia dinamakan Nur, cahaya suci kerana dia dipersucikan dari kegelapan yang tersembunyi di bawah sifat jalal Allah.
Allah Yang Maha Tinggi berfirman;
قَدْ جَآءَكُمْ مِّنَ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَـبٌ مُّبِينٌ
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu dari Allah, cahaya dan kitab yang menerangkan”. - Al-Maaidah, ayat 15
Dia dinamakan aqal yang meliputi (akal universal) kerana dia telah melihat dan mengenali segala-galanya.
Dia dinamakan qalam kerana dia menyebarkan hikmah dan ilmu dan dia mencurahkan ilmu ke dalam huruf-huruf.
Roh Muhammad adalah zat atau hakikat kepada segala kejadian, permulaan dan kenyataan alam maya. Baginda صلى الله عليه وسلم menyatakan hal ini dengan sabdanya;
“Aku daripada Allah dan sekalian yang lain daripadaku”.
Allah Yang Maha Tinggi menciptakan sekalian roh daripada roh baginda صلى الله عليه وسلم di dalam alam kejadian yang pertama, dalam bentuk yang paling baik. ‘Muhammad’ adalah nama kepada sekalian kemanusiaan di dalam alam arwah. Dia adalah sumber, asal usul dan kediaman bagi sesuatu dan segala-galanya
25 TANDA KARAMAH ORANG YANG MENJADI PILIHAN ALLAH SWT DI DUNIA
1. Allah swt sentiasa mengingat dan memuji-muji nama mereka.Kerana mereka selalu memgingat Allah.
2. Allah swt sentiasa mengucap Terima Kasih kepada mereka. Kerana mereka selalu bersyukur kepada Allah.
3. Allah swt sangat kasih dan cinta kepada mereka. Kerana mereka sentiasa berselawat keatas kekasihnya iaitu Nabi Muhammad saw.
4. Allah swt sentiasa membantu untuk mengurus dan mentadbir segala urusan mereka.
5. Allah swt menjaminkan rezeki yang halal kepada mereka di sana jua mereka berada.
6. Allah swt sentiasa memelihara diri mereka dan menolak segala kejahatan keatas mereka.
7. Allah swt sentiasa permudahkan sesuatu yang baru ditempuhinya.
8. Allah swt anugerahkan kepada mereka dengan jiwa yang cukup tenang dan amat tenteram.
9. Mereka ditinggikan hemah dan tidak rela dirinya dilumuri dengan kekotoran dunia.
10. Mereka berjiwa besar dan tidak rasa terhina walaupun melakukan pekerjaan yang dilakukan itu bertaraf hamba.
11. Mereka kaya hati dan kaya jiwanya jika sempit. Mereka tidak juga terkejut jika Allah swt. menganugerahkan kekayaan kepadanya. Jiwa mereka juga tidak terasa susah dan gelisah jika Allah swt. mendatangkan kepada mereka kesempitan, kemiskinan dan kesusahan.
12. Nur Hati mereka bersinar-sinar sehingga dapat menyuluh kepada orang ramai dengan ilmunya,rahsianya dan hikmahnya.
13. Hati mereka tetap lapang walaupun Allah swt. mengujinya dengan bala yang besar.
14. Allah swt. menganugerahkan keberkatan yang meliputi semua bidang dan permudahkan segala urusannya termasuk dalam pemakaian, percakapan, perbuatan, tubuh-badan dan lain lain, sehingga orang lain dapat berbuat demikian sepertinya. Diberkat dari tempat tidurnya, pakaiannya, tempat pijaknya sehingga kawan-kawan yang bersahabat dengannya. Wajah mereka sentiasa bercahaya, sesiapa memandangnya akan merasa gemar kepadanya dan akan memberi penghormatan kepadanya dengan izin Allah swt.
15. Setiap langkahnya diberkatkan oleh Allah swt. Jarak perjalanan yang jauh Allah swt. pendekkan (permudahkan) sehingga tidak merasai kepenatan dalam setiap perjalanannya.
16. Mereka mampu mengeluarkan khazanah simpanan Allah dibumi ini. Dengan izin Allah swt. Walau pun mereka di beri kemampuan untuk berbuat demikian namun mereka tidak gemar padanya.
17. Mereka mampu membongkar rahsia2 Allah swt. untuk diri mereka dan memberi perunjuk kepada murid2nya.
18. Mereka menjadi tumpuan dan ikutan orang ramai (muridnya), sehingga jin dan manusia sanggup menjadi khadam kepada mereka demi mengharapkan syafa’at dari Rasulullah dan keberkatan dari Allah SWT.
19. Allah swt. mengabulkan setiap do’a mereka, mereka tidak perlu bersumpah dan bernazar dengan nama Allah.
20. Allah swt. anugerahkan kepada mereka kasyaf mata hati dan mata zahir.
21. Orang ramai sentiasa tidak membenci kepada mereka kecuali orang2 yang tinggi ammarahnya.
22. Mereka2 ini sentiasa digeruni oleh makhluk2 halus apabila memandang
kepadanya.
23. Allah swt masukkan mereka kedalam maqam IKHLAS, hinggakan tiada suatu tuntutan atau imbuhan yang mereka tuntut dari Allah swt.
24. Allah swt sentiasa memelihara mereka dan dianugerahkan kepada mereka maqam REDHA demi Allah swt.
25. Mereka sentiasa ZUHUD dan merasakan diri mereka seumpama mayat yang bakal hancur.
| Almarhum Tok Aqee
(Al fatihah)