PERSONEL BERTANGGUNGJAWAB DALAM PEMERIKSAAN
Arkitek bertanggungjawab dalam menyediakan rekabentuk bangunan sepenuhnya dengan dibantu oleh pihak jurutera mengikut ciri-ciri binaan dengan merujuk kepada peruntukan dan pemilihan oleh pihak klien.
Arkitek berperanan dalam memantau dan mengawasi kerja-kerja yang dilaksanakan supaya berjalan lancar seragam dengan perancangan yang ditetapkan dalam lukisan kerja.
Akta Kawalan Bangunan memerlukan pemeriksaan visual dilakukan oleh jurutera struktur yang didaftarkan sebagai jurutera professional dalam disiplin kejuruteraan awam atau struktur.
Ini adalah kerana keperluan atau kepentingan untuk melakukan penilaian dan penghakiman professional dalam kejuruteraan struktur semasa pemeriksaan berkenaan.
PBT pada umumnya diberi kuasa oleh undang-undang untuk memastikan kawasan pentadbirannya berada dalam keadaan selamat dan merancang sesuatu pembangunan dalam keadaan sempurna sesuai dengan keadaan masyarakat tempatan.
Pengawalan pembinaan bangunan merupakan salah satu fungsi yang dipertanggungjawabkan kepada PBT untuk dilaksanakan melalu Aka Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
Pengawalan pembinaan bangunan dilaksanakan untuk memastikan segala binaan yang terdapat dalam kawasan PBT berada dalam keadaan selamat dan sempurna berasaskan syarat syarat yang ditetapkan.
Dalam konteks ini, PBT berperanan memastikan setiap kaedah pembinaan termasuk strukturnya dibina mengikut syarat-syarat yang dibenarkan dan pemeriksaan kualiti dilaksanakan sebaiknya.
WEB E-PEMBELAJARAN KURSUS KERJA BATA | 2023