PRAKATA
Web e-pembelajaran ini dihasilkan untuk membantu meningkatkan kefahaman pelajar dalam khusus kerja bata. Tambahan lagi, web ini dilengkapi dengan elemen multimedia iaitu merangkumi gambarajah dan video untuk menunjukkan penerangan yang lebih jelas kepada pelajar. Web ini mengandungi empat (4) topik pembelajaran yang berkaitan dengan kursus kerja bata. Topik pertama adalah berkaitan mengenal pasti keperluan kerja bata di bangunan kediaman. Topik kedua menerangkan kerja menetap bata dengan betul sementara topik ketiga adalah menjalankan kerja menerap bata. Di samping itu, topik terakhir iaitu topik keempat menerangkan berkaitan menyelaras pemeriksaan kerja bata.
Selain itu, setiap topik pembelajaran kursus kerja bata ini dilengkapi dengan latihan pengukuhan berbentuk kuiz untuk membantu pelajar dalam mengingat semula pembelajaran pada topik tersebut. Terdapat gambarajah dan video tambahan bagi membantu dalam menyampaikan info pembelajaran dengan lebih jelas secara teratur. Setiap topik juga didatangkan dalam bentuk yang boleh dimuat turun untuk memudahkan pengguna membaca nota secara offline. Kelebihan web e-pembelajaran ini adalah dapat menarik minat pelajar untuk mendalami kursus kerja bata di samping memudahkan pelajar untuk mengulangkaji pembelajaran secara kendiri berulang kali tanpa mengira masa dan tempat.
Diharapkan pembangunan web e-pembelajaran kursus kerja bata ini dapat meningkatkan kefahaman pelajar dalam memahami kursus kerja bata. Semoga web e-pembelajaran ini dapat memberi manfaat dan motivasi kepada pengguna. Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam pembikinan web e-pembelajaran kursus kerja bata ini. Saya juga ingin memohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan dalam penghasilan web e-pembelajaran ini.
OBJEKTIF
Menghasilkan sebuah bahan rujukan yang dilengkapi dengan elemen multimedia untuk meningkatkan tahap kefahaman pelajar.
Menyeragamkan bahan rujukan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagu kursus kerja bata.
Mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif untuk menarik minat pelajar dalam mendalami dan memahami kursus kerja bata.
Membolehkan pelajar untuk mempelajari dan mengulangkaji pembelajaran secara kendiri berulang kali.
TOPIK PEMBELAJARAN
SCAN AND GO LOG IN WEB
PEMBANGUNAN WEB E-PEMBELAJARAN KURSUS KERJA BATA BAGI PROGRAM TEKNOLOGI PEMBINAAN
MUDAH DIAKSES PEMBELAJARAN KENDIRI PEMBELAJARAN AKTIF
DISEDIAKAN OLEH :
MURNI FARAHIN BINTI MAHMUD
PROF. MADYA Ts. Dr. YEE MEI HEONG
WEB E-PEMBELAJARAN KURSUS KERJA BATA | 2023