PENGENALAN BAHAN PENGIKAT
Bahan pengikat merupakat sejenis bahan untuk mengikat bata dikenali sebagai mortar.
Mortar dihasilkan dengan mambancuh simen atau tanah liat, batu baur halus (pasir) dan air.
Selain itu, mortar juga melibatkan bahan lain seperti bahan tambah dan juga kapur bergantung kepada kesesuaian jenis binaan.
Bahan yang dicampurkan dan cara membancuhnya akan mempengaruhi kekuatan dan kekekalan mortar dan seterusnya menentukan kekuatan struktur yang dibina.
Simen dan kapur merupakan dua jenis bahan pengikat yang lazim digunakan dalam bancuhan mortar dan dibancuh mengikut nisbah yang ditentukan bagi jenis kerja dan jenis bahan binaan yang tertentu.
Secara umumnya, mortar dibahagikan kepada beberapa jenis dan dicampurkan dengan bahan dan nisbah yang berbeza.
Namun demikian, bahan asas dalam campuran sesuatu mortar ialah simen atau tanah liat, batu baur halus dan air.
BAHAN-BAHAN CAMPURAN MORTAR
SIMEN
Simen yang digunakan adalah Simen Portland Biasa yang memuatkan 50 kg.
Berwarna kelabu dan mempunyai struktur yang sangat halus.
Simen ini digunakan kerana sesuai untuk pembinaan struktur kekal.
Simen adalah bahan pengikat yang mana berperanan untuk mengikat bahan dalam campuran konkrit.
TANAH LIAT
Tanah liat ialah sejenis bahan tanah semulajadi berbutir halus yang mengandungi mineral tanah liat.
Berwarna campuran kelabu-coklat dan berstruktur butiran padat.
Tanah liat berfungsi dalam mengikat bahan dalam bancuhan mortar.
Tanah liat sesuai digunakan bagi pembinaan sementara.
BATU BAUR HALUS/ PASIR
Batu baur halus atau dikenali sebagai pasir merupakan sejenis batu yang bersaiz sangat kecil.
Berwarna kelabu-kekuningan dan berstruktur butiran halus.
Saiz bagi batu baur halus atau pasir ini mesti tidak melebihi 5 mm.
Pasir berperanan dalam menguatkan bancuhan mortar bagi menambahkan kekuatan pada mortar supaya padat.
Pemilihan pasir mestilah bersih daripada bendasing.
KAPUR
Plaster kapur ialah sejenis plaster bahan pengikat yang terdiri daripada tanah, pasir, air, dan kapur, biasanya kapur terhidrat bukan hidraulik (non-hydraulic hydrated lime).
Berwarna putih dan mempunyai struktur yang melekit yang membolehkannya menambah lekatan pada bahan campuran mortar.
Kapur merupakan antara bahan sampingan yang digunakan dalam campuran mortar untuk menguatkan lekatan mortar pada tembok.
Lazimnya digunakan untuk kerja melepa supaya membantu mortar untuk melekat pada dinding.
AIR
Kehadiran air dalam bancuhan mortar merupakan penyebab kepada pengikatan antara bahan-bahan (bonding materials) yang dicampurkan.
Simen dapat bertindakbalas dengan air sebagai pemangkin dan melitupi setiap permukaan pasir untuk memberikan daya lekatan antara batu baur.
Air yang digunakan mestilah bersih supaya tidak melemahkan campuran konkrit.
WEB E-PEMBELAJARAN KURSUS KERJA BATA | 2023