PERALATAN PENETAPAN JAJARAN KERJA BATA
Tolok bata adalah sejenis peralatan yang digunakan untuk menentukan dan memastikan jarak seragam antara ketebalan mortar bata.
Kebiasaannya tolok bata akan diletakkan pada sudut atau sisi tembok.
Berperanan dalam memastikan ketinggian tembok adalah sama dan menghasilkan permukaan sisi tembok yang rata.
Tolok bata diletakkan di bahagian sudut pada awal kerja dan semasa pemeriksaan tembok untuk memastikan tembok berada pada ketinggian yang betul.
Alat ini didatangkan dengan ukuran kecil yang dilengkapi dengan sinar laser berteknologi tinggi dengan tingkat akurasi pengukuran yang sangat akurat dari ukuran milimeter sehingga 250 meter.
Alat Pengukur Jarak Laser Distance Meter adalah alat ukur digital yang berfungsi untuk memberi panduan kepada pengguna dalam menghasilkan tembok yang lurus.
Alat ini juga berkeupayaan dalam memaparkan sinar mengikut ketinggian yang diperlukan.
Cara penggunaannya adalah pengguna perlu mengikut paparan sinar yang dikeluarkan oleh alat tersebut.
Plumb bob adalah peralatan yang digunakan untuk mengukur dan menanda ketegakan suatu benda atau bidang dengan mudah.
Ia berperanan dalam proses kerja ikatan bata untuk mendapatkan kelurusan tembok bata yang akan diikat atau diterap dan mengelakkan tembok bata dalam keadaan bengkok.
Oleh itu, penggunaan plumb bob dapat mempercepatkan proses kerja.
Cara penggunaannya adalah dengan mengangkutkan tali plumb bob pada paku dan biarkan hujung pemberatnya jatuh.
Alat aras dilengkapi dengan tabung spirit atau dipanggil bubble yang menentukan kelurusan sesuatu objek.
Peralatan ini juga dapat digunakan sebagai alat bagi mendapatkan ketegakan dan juga kelurusan sesebuah tembok.
Ia digunakan secara meluas pada sepanjang proses ikatan bata pada permulaan iaitu semasa mengikat bata dan pada proses akhir iaitu pemeriksaan tembok.
Cara penggunaannya adalah dengan meletakkannya pada permukaan tembok (atas, hadapan dan sisi).
Kemudian, pastikan bubble pada alat ini dilaraskan supaya berada di tengah-tengah yang mana menandakan objek tersebut berada dalam keadaan lurus dan rata.
Sesiku bangunan lazimnya keseluruhnya diperbuat daripada besi dan bersudut 90°.
Sesiku Bangunan berfungsi dalam mengukur, menanda dan menguji kepersegiaan permukaan bersudut 90° supaya mendapat hasil yang lurus kemas.
Peralatan ini digunakan semasa proses menanda dan menguji semula selepas kerja bata selesai.
Cara penggunaannya adalah dengan meletakkan bahagian bucunya pada kepersegiaan tembok dan tandakan guna kapur (proses menanda) atau acukan pada bucu tembok (proses menerap dan menguji).
Pita pengukur didatangkan dengan plat stainless pada bucu pita untuk meletakkan/menyangut pada objek dengan mudah.
Pada bahagian hujung pita ini mempunyai pengunci dan dilengkapi dengan magnet agar lebih mudah ketika sedang melakukan pengukuran, dan pita tidak lepas ketika mengukur.
Pita pengukur berperanan dalam mengukur jarak atau panjang.
Setiap pita mempunyai unit yang berbeza dan dipilih melalui keperluan dan keselesaan pengguna.
Digunakan sepanjang proses penjajaran (mengukur, menyelaras dan menanda)
Cara penggunaannya adalah dengan melekatkan plat stainless pada bahagian bata dan pemeriksaan saiz pada pita. Gunakan pengunci untuk mengunci pita dan tandakan panjang tembok yang diperlukan mengunakan kapur.
WEB E-PEMBELAJARAN KURSUS KERJA BATA | 2023