PENGUKURAN DAN PENYELARASAN
Pengukuran dilaksanakan berdasarkan saiz dan ukuran struktur yang diperlukan seperti dalam lukisan kerja.
Penyelarasan saiz bata akan dilaksanakan mengikut saiz tembok atau struktur yang ditetapkan.
Saiz nominal yang ditetapkan untuk sambungan mortar adalah 10mm.
Oleh itu, apabila saiz bata adalah 215mm x 102.5 mm x 65 mm, akan ditambah 10mm (sambungan mortar) akan menghasilkan penyelarasan bata (co-ordinating size) kepada 225mm x 112.5mm x 75mm.
Pengukuran dan penyelarasan dalam kerja bata adalah penting bagi meminimumkan kerja pemotongan bata
Penyelarasan saiz mengikut BS Standard adalah seperti dalam gambarajah iaitu 215mm x 102.5 mm x 65 mm. 215mm + 10mm sambungan norminal akan menjadi 225mm.
Saiz norminal atau dikenali sebagai co-ordinating size, susunan bata akan dapat diselaraskan mengikut ukuran yang ditetapkan pada lokasi tersebut.
Melalui penyelarasan ini, bilangan bata yang diperlukan pada sesebuah pembinaan dapat ditentukan dan memudahkan kerja ikatan bata.
WEB E-PEMBELAJARAN KURSUS KERJA BATA | 2023