BORANG PEMERIKSAAN
Borang pemeriksaan berfungsi untuk mencatat keperluan butiran atau item bagi mengenal pasti tahap pencapaiannya. Melalui borang pemeriksaan juga, pihak kontraktor akan mendapat maklum balas bahagian pembinaan yang tidak mencapai tahap yang sepatutnya dan mengambil langkah penambahbaikan. Borang ini digunakan secara berperingkat iaitu (i) peringkat penerimaan (ii) peringkat pembinaan dan (iii) produk siap. Setiap borang mempunyai peranan yang tersendiri dan butiran borang yang berbeza.
JENIS-JENIS BORANG PEMERIKSAAN
BORANG PEMERIKSAAN BINAAN TEMBOK BATA
Borang Peringkat Pembinaan digunakan untuk persediaan sebelum pemasangan.
Borang ini memfokuskan kepada untuk memastikan bahan-bahan pembinaan yang digunakan adalah berkualiti dan tidak menjejaskan kualiti pembinaan.
Borang ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagaian 1- kelulusan kilang pengeluar dan makmal ujian bata serta bahagian 2- kelulusan bahan-bahan iaitu termasuklah simen, pasir dan bata.
Borang Peringkat Pembinaan digunakan untuk persediaan semasa pemasangan.
Borang ini memfokuskan kepada untuk memastikan bahan-bahan dan aktiviti pembinaan yang dijalankan adalah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
Borang ini digunakan untuk memastikan setiap bahan digunakan pada peringkat yang betul sepertimana yang telah ditetapkan.
Borang Produk Siap digunakan untuk persediaan selepas pemasangan.
Borang ini memfokuskan kepada untuk memastikan hasil kerja yang telah disiapkan mematuhi segala aspek keperluan dan spesifikasi yang ditetapkan.
Borang ini digunakan untuk memastikan sama ada hasil produk mempunyai sebarang kesalahan atau kecacatan yang perlu dibaiki ataupun tidak.
Melalui borang ini juga, sekiranya terdapat kecacatan yang perlu dibaiki, maka pihak bertanggungjawab perlu mengemukakan cadangan pembaikan dan perlu mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.
BORANG REQUEST FOR INFORMATION/ INSPECTION (RFI)
Borang Request For Information/ Inspection (RFI) bertujuan untuk mendapat persetujuan pihak konsultan melakukan pemeriksaan ke atas kerja yang akan dijalankan.
Umumnya, borang RFI terbahagi kepada 3 bahagian iaitu dimanan bahagian pertama adalah butiran umum mengenai pembinaan seperti nama projek, tarikh, jenis bidang dan lokasi
Bahagian kedua adalah butiran berkaitan maklum balas daripada pihak konsultan mengenai pemeriksaan atau pengujian.
Butiran pada bahagian ketiga adalah mengenai maklumbalas kelulusan pemeriksaan.
WEB E-PEMBELAJARAN KURSUS KERJA BATA | 2023