PERALATAN MENGIKAT BATA
SHOVEL/SKOP
Showel atau skop ini terdiri daripada pemegang yang dilengkapi dengan grip untuk memudahkan pengguna memegang peralatan tanpa menyakitkan atau membahayakan.
Pada bahagian bawahnya, ia dilengkapi dengan blade dan step yang bertindak untuk membantu mengangkat dan meletakkan bahan mortar.
Showel digunakan semasa proses penyediaan mortar yang bertindak sebagai mengangkat bahan mortar termasuk simen dan pasir.
Ia juga berperanan dalam menggaulkan campuran mortar supaya mortar yang dihasilkan sebati.
BALDI
Baldi ini berukuran 18 cm tinggi dan berdiameter atas 28 cm serta 15.5 cm diameter bagi bahagian bawahnya.
Ia berfungsi bagi mengangkat dan membawa peralatan dan bahan yang digunakan.
Selain daripada itu, baldi juga boleh dijadikan sebagai penyukat dalam mengukur nisbah bancuhan mortar.
Digunakan untuk mengisi mortar yang telah dibancuh dan dibawa ke tempat kerja (work station).
KERETA SORONG
Kereta sorong dilengkapi dengan pemegang dan grip bagi memudahkan pengguna untuk memegangnya.
Selain itu, roda pada bahagian depan membantu untuk mengurangkan beban yang dibawa dengan memudahkan pergerakan dari satu tempat ke tempat lain.
Digunakan untuk membawa bahan yang digunakan dalam campuran mortar dan membawa mortar ke tempat kerja (work station).
MESIN PEMBANCUH
Mesin pembancuh ini didatangkan dengan drum yang berfungsi untuk menempatkan campuran bahan-bahan mortar.
Selain itu, roda terdapat pada mesin ini berperanan untuk membantu dalam mengurangkan beban yang dibawa dengan memudahkan pergerakan dari satu tempat ke tempat lain.
Digunakan untuk membancuh dan mencampur bahan-bahan untuk membuat mortar seperti air, simen atau tanah, pasir dan kapur.
WEB E-PEMBELAJARAN KURSUS KERJA BATA | 2023