UNIT 2 :
MENETAPKAN JAJARAN KERJA BATA DENGAN BETUL
MENETAPKAN JAJARAN KERJA BATA DENGAN BETUL
Pada akhir pembelajaran pelajar dapat :
Mengenalpasti kepentingan pengukuran dan penyelarasan kerja dengan tepat.
Menyenaraikan bahan dan peralatan yang terlibat dalam pengujian ketepatan bata dengan betul.
Menjelaskan fungsi setiap bahan dan peralatan yang terlibat dalam pengujian ketepatan bata dengan tepat.
Menyusun proses kerja penjajaran bata mengikut langkah demi langkah dengan betul.
PENGENALAN PENJAJARAN
Penjajaran merupakan antara salah satu proses awal yang terlibat dalam kerja bata.
Penjajaran merupakan proses melaksanakan kerja mengukur, menyelaras dan menanda mengikut pelan yang disediakan.
Ia membantu dalam membina struktur binaan yang tepat dan ikatan bata yang lurus.
Penjajaran dimulakan dengan kerja penandaan yang dibuat mengikut saiz dan ukuran di dalam lukisan kerja.
Penjajaran akan dilakukan sebelum memulakan kerja dan sepanjang proses (serentak) dengan pelaksanaan kerja.
LUKISAN KERJA BATA
Semasa menjalankan kerja penjajaran bata, satu lukisan akan disertakan bersama mengikut reka bentuk projek yang dipersetujui oleh pemaju dan pemilik. Ini bermaksud proses penjajaran dilakukan berdasarkan lukisan kerja bata yang telah disediakan supaya mematuhi keperluan dan kehendak projek.
WEB E-PEMBELAJARAN KURSUS KERJA BATA | 2023