JENIS KRITERIA PEMERIKSAAN YANG DIAMBILKIRA
Saiz membawa maksud dimensi ruang yang diperlukan untuk membina tembok termasuk ruang lintang dan ruang pugak dan jenis ikatan bata yang terlibat.
Antara perkara yang perlu dilihat semasa menguji saiz ruang berbanding ikatan bata adalah penggunaan bata yang digunakan dan bahagian mana yang ditempatkan.
Bagi memenuhi ruang antara ikatan, penggunaan bata potong akan digunakan
Bata potong pula perlu ditempatkan pada lokasi yang tidak jelas kelihatan contohnya pada bukaan tingkap dan pintu.
Pemeriksaan saiz bagi setiap pembinaan adalah merujuk kepada spesifikasi ukuran yang dinyatakan di dalam lukisan kerja atau lukisan pembinaan yang disediakan oleh arkitek.
Jajaran pada tembok merujuk kepada binaannya yang berada dalam keadaan sekata, seimbang dan lurus.
Tembok yang menepati jajaran juga menepati keselarian dari segi pugak dan kelurusan.
Pugak dan kelurusan yang tidak tepat akan mempengaruhi dan menjejaskan ketepatan jajaran.
Pemeriksaan ini menggunakan peralatan alat aras untuk memeriksa setiap lapisan bata supaya bubble pada alat ini berada di tengah-tengah.
Pemeriksaan jajaran pada tembok bagi setiap 5 lapisan bata.
Jajaran diambil pada keselarian sambungan pugak (perpend) iaitu sambungan pugak secara berselang antara lapisan.
Sambungan perpend dianggap gagal apabila sisihannya melebihi 20 mm setiap 2 m tinggi tembok.
Ketepatan pugak diuji dengan menggunakan alat aras spirit dengan menempat rapat pada kedua hujung sisi tembok (sisi permukaan dan lapik bibir bukaan/ reveal) dan tiang.
Pengujian boleh dilakukan di sepanjang permukaan pada jarak yang bersesuaian.
Bagi bangunan bertingkat, pugaknya diberi kelegaan dimana sisihan maksimum yang dibenarkan adalah 25 mm dari jumlah tinggi keseluruhan.
la dianggap gagal jika melebihi dari kelegaan tersebut.
Kelurusan lapisan diuji pada permukaan hadapan menggunakan kayu lurus dengan merentangkannya antara kedua-dua hujung tembok.
Pengujian juga dilakukan secara melintang pada kedua-dua arah.
Setiap bata mestilah rapat dan rata dengan kayu lurus tersebut.
Bagi sesebuah bangunan dengan binaan tembok berpenjuru, adalah menjadi keperluan memastikan setiap penjurunya persegi termasuk setiap bukaan tembok yang ada.
Kepersegian juga diuji dengan mengukur petak secara menyerong (diagonal) dari keempat empat penjuru tembok.
Cara pengujian ini sesuai bagi tembok yang siap dibina. Jika jaraknya dalam kelegaannya walaupun terdapat salah satu jarak serong/ diagonal lebih panjang, petak tembok atau bukaan dianggap sebagai persegi.
Faktor utama yang melibatkan kekuatan struktur bata adalah kekuatan bata, kekuatan dan elastik mortar, kemahiran penerap bata, keseragaman bata dan kaedah yang digunakan bagi mengikat bata.
Kekuatan unit bata berubah-ubah bergantung kepada campuran bahan dan kaedah pembuatannya.
Oleh kerana pembinaan tembok melibatkan proses, pemeriksaan dan pemerhatian perlu dijalankan sebelum tembok dibina bagi memastikan jenis bata yang diguna, adakah ianya mematuhi spesifikasi.
Pemeriksaan dan pemerhatian juga berlaku di sepanjang pembinaan berjalan bagi memastikan pematuhannya.
Tembok yang dibina dari bata yang baik dan diterap dengan bancuhan mortar yang baik direkabentuk mengikut kesesuaian dan dedahan cuaca serta pemasangan LKL pada lokasi yang sepatutnya, pada tingkap dan pintu, akan mempunyai ciri-ciri kelasakan yang lebih baik bagi tempoh masa penggunaannya.
Dengan ciri kelasakan yang baik, tembok hanya memerlukan pemeliharaan dan penjagaan yang minima sahaja. Bagi menentukan kewujudan ciri-ciri keasakan pada tembok, pemeriksa perlu melihat dan menilai semasa tembok dalam pembinaan.
Mortar dianggap gagal jika ianya tidak memenuhi keperluan kod bangunan atau spesifikasi.
Lapisan Kalis Lembap dianggap gagal jika ianya tidak ditempatkan pada lokasinya atau tidak mematuhi keperluan spesifikasi.
Kebersihan ikatan bata terutama pada permukaannya berpunca dari kaedah penerapan bata yang digunakan dan kawalan konsistensi mortar bagi mengurangkan lelehan mortar.
Kaedah buttering mortar pada kepala akan menjadikan permukaan bata bersih dan buttering mortar pada muka bata memastikan kepala bata bebas dari lelehan mortar.
Kaedah sebaran dan pemotongan mortar sambungan bawah (bed joint) yang dilakukan dengan betul membantu mengekalkan kebersihan pada permukaan tembok.
Pembersihan permukaan boleh dilakukan dengan mengikis lebihan mortar sebelum kering.
Permukaan tembok perlu kelihatan bersih , perlu menampak warna asal bata dan bebas dari sebarang tompokan atau lekatan.
Lekatan mortar yang menyebabkan permukaan bata terjejas la dianggap gagal jika permukaannya tidak ditampil dengan elok.
Dalam kerja bata, kesamaan membawa maksud keseragaman dalam ikatan bata melibatkan jenis dan warna bata yang digunakan.
Sebagai contoh ialah ketebalan sambungan bawah (bed joint), sambungan pugak, aras dan sebagainya keseragaman saiz dan warna bata yang digunakan juga mempengaruhi kesamaan penampilan ikatan bata.
Salah satu kaedah untuk mengukur sambungan bawah boleh diuji dengan menggunakan tolok penanda.
Tiada peraturan yang mengawal ketebalan sambungan mortar bata.
Bata yang berbentuk tidak seragam pun memerlukan sambungan sehingga ketebalan 12 mm bagi menyesuaikan dengan ketidakseragaman bata.
Bagaimanapun sambungan mortar setebal 8 mm -10 mm adalah paling kuat. Gunakan ketebalan ini untuk bata berbentuk seragam.
Permukaan luar sambungan mortar dikemas ikat bagi menjadikan ikatannya kalis air dan menampilkan permukaan yang lebih menarik.
Terdapat perlbagai corak kemas ikat yang boleh dibentuk menggunakan jointer dan pointer.
WEB E-PEMBELAJARAN KURSUS KERJA BATA | 2023