PERALATAN KERJA MENERAP BATA
PERSONAL PROTECTIVE EQUIPMENT (PPE)
PPE merupakan satu inisiatif bagi mengamalkan amalan keselamatan pekerja semasa melakukan kerja.
Ia berfungsi bagi melindungi dan mengelakkan sebarang kecederaan yang berlaku semasa melakukan kerja.
PPE juga berperanan dalam menyediakan suasana kerja yang selamat dan selesa.
Antara alat PPE adalah seperti topi keselamatan, safety shoes, sarung tangan, alat perlindungan mata, alat perlindungan pendengeeran.
SUDIP BATA
Sudip atau trowel ini diperbuat daripada besi dan pemegang kayu yang memudahkan untuk mengangkat sesuatu bahan yang bersaiz kecil.
Sudip kebiasaaannya bersaiz antara 150 mm hingga 250 mm.
Digunakan untuk menggaul dan meratakan campuran mortar untuk disebarkan pada bata.
BALDI
Baldi ini berukuran 18 cm tinggi dan berdiameter atas 28 cm serta 15.5 cm diameter bagi bahagian bawahnya.
Ia berfungsi bagi mengangkat dan membawa peralatan dan bahan yang digunakan.
Selain daripada itu, baldi juga boleh dijadikan sebagai penyukat dalam mengukur nisbah bancuhan mortar.
Digunakan untuk mengisi mortar yang telah dibancuh dan dibawa ke tempat kerja (work station).
TUKUL BATA
Tukul bata didatangkan dengan bahagian kepala yang diperbuat daripada besi dan pemegang getah atau kayu.
Mempunyai peranan dalam memotong bata ½ atau ¾ dan membuang lebihan mortar.
Cara penggunaannya adalah gunakan bahagian kepala yang tajam dan ketuk bata mengikut saiz yang ditanda.
GANDIN GETAH
Gandin getah dilengkapi dengan bahagian kepala yang diperbuat daripada getah dan pemegang kayu untuk memudahkan pengguna memegangnya.
Peralatan ini digunakan untuk mengetuk bata supaya mencapai aras yang sekata.
Cara penggunaannya adalah dengan menggunakan bahagian kepalanya dan ketuk bata secara perlahan-lahan sedikit demi sedikit.
BANTALAN (Boaster/ bolster)
Bantalan merupakan sejenis pahat besi dengan mata yang lebar (100mm).
Memerlukan tukul untuk membantunya mengetuk bata.
Peralatan ini berfungsi untuk memotong atau menorah bata.
Cara penggunaannya adalah dengan menggunakan bahagian mata bantalan ini dan ketuk bata menggunakan tukul.
SESIKU BANGUNAN
Sesiku bangunan lazimnya keseluruhnya diperbuat daripada besi.
Sesiku Bangunan digunakan secara meluas dalam kerja bata untuk memastikan tembok dipasang dalam keadaan yang tegak.
Ia juga berfungsi dalam mengukur dan menguji kepersegiaan permukaan bersudut 90° supaya mendapat hasil yang lurus dan kemas.
Peralatan ini digunakan semasa proses menanda (sebelum), proses menerap (semasa) dan menguji (selepas) kerja bata.
Cara penggunaannya adalah dengan meletakkan bahagian bucunya pada kepersegiaan tembok dan tandakan guna kapur (proses menanda) atau acukan pada bucu tembok (proses menerap dan menguji).
ALAT ARAS
Alat atas dilengkapi dengan tabung spirit atau dipanggil bubble yang menentukan kelurusan sesuatu objek.
Alat aras berfungsi untuk menguji kelarasan tembok supaya berada dalam keadaan yang lurus.
Panjang alat spirit dipilih berdasarkan saiz objek yang ingin diuji tersebut.
Cara penggunaannya adalah dengan meletakkannya pada permukaan tembok (atas, hadapan dan sisi).
Kemudian, pastikan bubble pada alat ini dilaraskan supaya berada di tengah-tengah yang mana menandakan objek tersebut berada dalam keadaan lurus dan rata.
PITA PENGUKUR
Pita pengkur didatangkan dengan plat stainless pada bucu pita untuk meletakkan/menyangut pada objek dengan mudah.
Selain itu, terdapat pita yang dipilih mengikut unit dan panjang yang dikehendaki serta pengunci untuk mengunci daripada pita bergerak.
Pita pengukur digunakan dalam kerja penandaan, menerap dan menguji ukuran supaya mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Ia bertujuan untuk mendapatkan ketepatan dan selaras tembok bata dengan saiz yang telah ditetapkan di dalam pelan.
Cara penggunaannya adalah dengan melekatkan plat stainless pada bahagian tembok dan pemeriksaan saiz pada pita. Gunakan pengunci untuk mengunci pita.
PERANCA
Peranca didatangkan dengan pelbagai komponen iaitu terdiri daripada rangka utama, tiang tegak, alat penyambung, plank, tangga dan roda.
Peranca merupakan sejenis alat sementara yang bertindak membantu melakukan kerja pembinaan pada aras yang tinggi.
Ketinggian peranca dipasang berdasarkan ketinggian yang sesuai dengan kerja.
Cara penggunaannya adalah dengan dirikan rangka utama dan rangka lintang serta rembat palang untuk memberikan sokongan dalam membina rangka asas peranca.
Kemudian, sambungkan tiang tegak dan lejer menggunakan alat penyambung yang disediakan. Plank diletakkan untuk menyediakan bahagian pejalan.
Seterusnya, pasangkan tangga dan roda pada peranca. Tiub peranca dipasang sehingga lengkap membentuk sebuah peranca.
WEB E-PEMBELAJARAN KURSUS KERJA BATA | 2023