UNIT 1 :
MENGENAL PASTI KEPERLUAN KERJA BATA DI BANGUNAN KEDIAMAN
MENGENAL PASTI KEPERLUAN KERJA BATA DI BANGUNAN KEDIAMAN
Pada akhir pembelajaran pelajar dapat :
Mengelaskan jenis-jenis batu bata dan kegunaannya dengan tepat.
Mengenalpasti bahan-bahan yang diperlukan dalam campuran mortar.
Menyatakan alatan yang diperlukan untuk kerja bancuhan mortar
Membezakan susunan bagi setiap jenis ikatan bata dengan betul.
Membezakan setiap nisbah bancuhan mortar mengikut jenis tembok yang dihasilkan dengan betul.
PENGENALAN BATU BATA
Bata adalah satu bahan binaan yang tahan lama dan kegunannya meluas. Ia telah wujud beratus tahun lamanya dan penting untuk membina stuktur bangunan dalam bidang kejuruteraan awam.
Batu bata merupakan satu bongkah yang berukuran 215mm x 102.5 mm x 65 mm yang mana jika dicampurkan dengan lapisan mortar ukurannya bertambah 10 mm.
Permukaan bata terbahagi kepada dua iaitu header (kepala) dan stretcher (sisi).
Bata adalah lebih ekonomik dan mudah diperolehi.
Bata merupakan bahan binaan yang paling banyak digunakan dalam sesebuah pembinaan.
Bata adalah bahan asas yang diperlukan dalam setiap pembinaan bangunan, kediaman dan sebagainya bagi membina tembok.
Pada asasnya, tembok bagi sesebuah bangunan atau kediaman terbahagi kepada dua iaitu tembok luaran (sekeliling bangunan) dan tembok dalaman (dinding sekatan).
Selain itu, bata juga sering digunakan untuk menandakan sempadan bagi keluasan tanah dengan membina pagar di sekelilingnya.
Bata juga boleh digunakan untuk pembinaan tiang, struktur sokongan, dinding pembahagi, partitions, tembok penahan dan sebagainya.
Selain daripada berperanan sebagai bahan asas dalam pembinaan, bata juga sering digunakan untuk perhiasan bagi menampakkan pembinaan cantik, kemas, unik dan menarik.
Bata menjadi pilhan kerana saiznya boleh disesuaikan dalam sebarang keadaan, sifatnya yang padat dan tahan lasak, warna dan jalinan permukaannya yang semula jadi serta bentuknya yang boleh disusun dalam pelbagai cara.
Saiz dan bentuk batu bata harus mempunyai satah, tepi lurus yang tajam, dan permukaan segi empat tepat bersaiz seragam dengan sisi selari.
Warna bata adalah dipengaruhi oleh jenis bahan campuran yang digunakan kerana ia menunjukkan keseragaman dalam komposisi kimia dan bata terbakar sepenuhnya.
Permukaan tidak boleh terlalu licin untuk menyebabkan mortar tergelincir. Bata harus mempunyai tekstur pra-padat dan seragam.
Kekerasan dan kekukuhan batu bata hendaklah sangat keras dan tiada kesan apabila digores. Apabila dua bata dipukul bersama, bunyi logam harus dihasilkan.
WEB E-PEMBELAJARAN KURSUS KERJA BATA | 2023