PENGENALAN JENIS BATU BATA
Terdapat beberapa jenis bata yang disediakan dalam bidang pembinaan. Setiap bata adalah berbeza mengikut jenis bahan yang digunakan dalam pembuatannya, fungsi atau kegunaannya, ciri-ciri dan reka bentuknya tersendiri.
Oleh itu, sebelum pembinaan dijalankan, kawasan dan jenis pembinaan yang akan dijalankan perlu dikenalpasti terlebih dahulu.
JENIS-JENIS BATU BATA
Bata Simen diperbuat daripada campuran simen dan pasir.
Sukatan yang standard digunakan adalah 1 sukatan simen dan 6 hingga 8 sukatan bagi pasir.
Ia dibancuh dengan struktur separuh kering dan bancuhan ini dimasukkan ke dalam acuan dan diberi tekanan mesin atau tangan.
Kaedah yang digunakan untuk pengeringan perlahan-lahan dengan menjemur pada cahaya matahari selama 2 minggu.
Mempunyai tekstur yang kasar dan berwarna kelabu.
Bata simen boleh digunakan dalam hampir semua pembinaan kecuali di bawah tanah kerana ia cenderung berpori.
Bata Tanah Liat menggunakan tanah liat dan campuran air dan aggregate seperti pasir untuk mengelakkan pengecutan dan menyediakan bulk.
Berwarna kemerahan.
Ia perlu dilepa (plaster) atau rendering sekiranya digunakan di dinding.
Bata ini merupakan bata yang paling meluas digunakan dalam pembinaan, kerja kejuruteraan awam dan reka bentuk landskap.
Kebiasaannya bata tanah liat ini digunakan bagi pembinaan dinding, asas dan tiang.
Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk menurap laluan pejalan kaki, kaki lima, jalan masuk dan laluan pejalan kaki lain serta untuk reka bentuk taman dan landskap.
Bata Muka juga dikenali sebagai Facing Block yang menggunakan tanah liat sebagai bahan utama.
Mempunyai permukaan yang licin dan berwarna kemerahan.
Batu bata jenis ini tidak perlu dilepa (plaster) kerana ia mempunyai permukaan yang cantik dan licin.
Sering digunakan untuk kerja-kerja kecantikan yang mempamerkan permukaan bata yang menarik.
Kebiasaannya, bata ini dipilih untuk pembinaan yang ingin mempamerkannya tanpa melibatkan kerja melepa.
Bata ini bersifat teguh dan tahan lasak kerana kandungan dan cara pembakaran dijaga dengan baik semasa proses pembuatan.
Bata ini dibuat dengan cara tekanan mesin dan tangan.
Bata Kejuruteraan (Engineering Brick) diperbuat daripada campuran tanah liat.
Berwarna kemerahan dan mempunyai permukaan yang berlubang-lubang.
Bata kejuteraan adalah antara bata yang tahan lasak.
Bata ini sering digunakan pada kawasan yang lembap atau kawasan yang mempunyai bebanan dan gegaran serta kawasan yang terdapat pengaliran haba yang tinggi.
Ia dibuat khas untuk mendapatkan kekuatan daya tekanan dan menahan resapan air seperti pembinaan jambatan, terowong, garden path, tiang yang menerima bebanan berat, jalan, lapisan kalis lembap, coping, tangga dan sesuai untuk pembinaan di bawah aras tanah.
Bata biasa juga dikenali sebagai common bricks diperbuat daripada tanah liat.
Mempunyai permukaan yang tidak licin dan berwarna jingga-merah.
Bata ini perlu dilepa di bahagian luar dan juga dalam bangunan dan perlu membuat kerja kemasan seperti kemasan kerutu (rough cast), penjubinan dan lain-lain.
Bata ini digunakan untuk kerja-kerja bawah aras tanah seperti tapak asas.
Bata biasa adalah lebih murah.
Bata Tahan Api menggunakan tanah liat tegar/ refractory yang bersuhu tinggi dan dibuat menggunakan tekanan atau hentakan mesin.
Berwarna kekuningan.
Bata ini mempunyai suhu tekanan yang tinggi, kelembapan, api gas pembakaran dan bebanan.
Digunakan pada pembakaran, tempat asap dan lain-lain.
Bata Pasir-Kapur (kalsium silikat) diperbuat daripada campuran kapur dan pasir serta sedikit air.
Mempunyai tekstur yang kasar dan berwarna kelabu serta satu garisan berlubang kecil di bahagian tengahnya.
Bata ini perlu diikat menggunakan mortar.
Ia banyak digunakan di kawasan kerja yang mempunyai kekuatan yang tinggi atau berair.
Bata simen sering digunakan dalam asas dan dinding struktur.
GAME
GAME : SIMPLE SKETCH - RELAX, GO SKETCH AND COLOURING !
WEB E-PEMBELAJARAN KURSUS KERJA BATA | 2023