JENIS-JENIS MORTAR
MORTAR SIMEN
MORTAR KAPUR
MORTAR KOMPO
MORTAR WARNA
MORTAR TANAH LIAT
MORTAR SIMEN
MORTAR SIMEN
Mortar simen adalah hasil daripada campuran antara simen dan pasir serta air.
Nisbah bancuhan yang digunakan adalah satu bahagian simen dan tiga atau empat bahagian pasir (1:3) atau (1:4).
Simen dan pasir hendaklah digaulkan dalam keadaan kering diatas permukaan yang rata seperti dalam dulang mortar atau lantai konkrit.
Mortar simen lazim digunakan dalam pembinaan tembok kekal.
MORTAR KAPUR
MORTAR KAPUR
Mortar kapur dibancuh menggunakan campuran pasir dan kapur serta air.
Nisbah bancuhan yang digunakan adalah satu bahagian kapur dan tiga bahagian pasir (1:3).
Kapur perlu direndam terlebih dahulu di dalam air sebelum digunakan.
Seterusnya, kapur tersebut akan dicampurkan terus dengan pasir bagi membancuh mortar.
Mortar kapur digunakan dalam pembinaan tembok sementara yang bertujuan untuk aktiviti pembelajaran bagi kerja menerap bata.
MORTAR KOMPO
MORTAR KOMPO
Mortar kompo terhasil daripada campuran simen, kapur dan pasir serta air.
Nisbah bancuhan yang digunakan adalah satu bahagian simen, satu atau dua bahagian kapur dan enam atau sembilan bahagian pasir (1:1:6) atau (1:2:9) tetapi boleh berubah mengikut kekuatan atau jenis binaan yang dijalankan.
Simen dan pasir hendaklah digaulkan dalam keadaan kering diatas permukaan yang rata seperti dalam dulang mortar atau lantai konkrit.
Mortar kompo sesuai digunakan untuk kerja-kerja melepa.
MORTAR WARNA
MORTAR WARNA
Mortar warna dibancuh menggunakan campuran simen, pasir dan bahan pewarna serta air.
Bahan pewarna berstruktur seperti tepung kering dan didatangkan dengan pelbagai warna.
Pemilihan warna adalah bergantung kepada kehendak dan kesesuaian tempat kerja.
Nisbah bancuhan yang digunakan adalah satu bahagian simen dan tiga bahagian pasir (1:3) kemudian ditambah dengan satu tin serbuk perwarna.
Mortar warna digunakan dalam kerja kemasan seperti pada pemasangan jubin dan sebagainya.
MORTAR TANAH LIAT
MORTAR TANAH LIAT
Mortar tanah liat adalah hasil daripada campuran antara tanah liat dan pasir serta air.
Nisbah bancuhan yang digunakan adalah satu bahagian tanah liat dan dua bahagian pasir (1:2)
Tanah liat dan pasir hendaklah digaulkan sehingga sebati sebelum memasukkan air ke dalam campuran tersebut
Mortar tanah liat lazim digunakan dalam pembinaan sementera yang bertujuan untuk aktiviti pembelajaran bagi kerja menerap bata.
WEB E-PEMBELAJARAN KURSUS KERJA BATA | 2023