BAHAN DALAM KERJA MENERAP BATA
Bahan yang digunakan dalam kerja menerap bata adalah sama seperti bahan dalam membancuh mortar di halaman UNIT 1: Bahan Pengikat. Namun, terdapat penambahan bahan lain seperti dawai exmet, lapis kalis lembab dan bar penetap.
KAEDAH PEMILIHAN BAHAN
DAWAI EXMET
Semasa pemasangan dawai exmet, minyak akan disapu pada dawai tersebut supaya dapat mengelakkan daripada berlakunya karat.
Pastikan dawai exmet dalam keadaan tegang semasa diletakkan di atas permukaan bata.
Lebihan pada hujung tembok perlulah dipotong kemas.
Dawai Exmet berbentuk jejaring dan dibekalkan dalam bentuk bergulung 83 m (78 ela) panjang atau dalam bentuk bungkusan 5m (4.7 ela).
Dawai Exmet atau expended metal mesh digunakan bagi menambah kekuatan tembok.
Dawai Exmet ini juga dibenamkan dalam sambungan mortar bagi membantu menahan getaran dan bebanan secara tiba-tiba, atau untuk meminimumkan keretakan akibat pemendapan.
Ia diletakkan pada setiap 3 atau 4 lapisan bata dengan hanya menghamparkannya di sepanjang permukaan lapisan bata tersebut.
LAPISAN KALIS LEMBAB
BAR PENETAP
VIDEO
WEB E-PEMBELAJARAN KURSUS KERJA BATA | 2023