DOKUMEN KONTRAK
Dokumen kontrak merupakan satu dokumen yang mengandungi perkara-perkara perjanjian pihak-pihak berkontrak iaitu satu dokumen perjanjian diantara pihak klien atau majikan bersama dengan pihak kontraktor untuk perlaksanaan sesuatu projek.
Dokumen kontrak adalah penting bagi memberi bukti persetujuan antara dua pihak dalam satu perjanjian.
Mempunyai kandungan yang lebih jelas dalam bentuk kenyataan, syarat-syarat dan dinyatakan had-had tertentu.
Menyiapkan kerja sepertimana yang dikehendaki oleh klien.
Menyiapkan kerja berdasarkan masa yang ditetapkan.
Membentuk ikatan yang baik dimana butiran di dalam kandungan kontrak akan dijadi rujukan sepanjang pelaksanaan kerja.
ISI KANDUNGAN DOKUMEN KONTRAK
Mengandungi borang yang dipenuhi oleh kontraktor yang menyatakan harga tawaran dan jangka masa untuk menyelesaikan kerja.
Senarai kuantititi dan proses kerja yang diperlukan untuk menyelesaikan projek.
Senarai harga bagi setiap elemen pembinaan iaitu bahan dan upah pemasangan.
Mengandungi perihal kerja yang perlu dibuat dan gambaran projek yang akan dijalankan oleh kontraktor.
Pelan dan penentuan memberi keterangan kepada kontraktor.
Membantu kontraktor untuk menganggarkan yuran & kos bahan bagi tuntutan kemajuan kerja.
Mengandungi butiran kerja yang dicadangkan, kualiti bahan yang diperlukan oleh pelanggan, kaedah pelaksanaan kerja serta kualiti kerja yang diharapkan daripada kontraktor.
Tempoh masa untuk projek dijalankan dari awal hingga penyerahan projek kepada klien.
Merangkumi kadar untuk kerja yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor.
Ia juga dapat membantu kontraktor dalam melakukan pengiraan anggaran kos.
Dokumen rasmi penerimaan kontrak oleh kontraktor.
LUKISAN PEMBINAAN
Pelan Mekanikal dan Elektrikal
Pelan Mekanikal
Lukisan Struktur
Lukisan Perpaipan
WEB E-PEMBELAJARAN KURSUS KERJA BATA | 2023