KAEDAH MENJAJAR BATA
Kaedah menjajar bata dilakukan untuk memastikan permukaan tembok bata yang dibina mencapai kerataan dan kelurusan yang tepat.
Kaedah mejajar ini adalah dengan membuat bentuk X sama ada di permukaan dinding tembok bata, di atas dan di pugak tepi tembok bata dengan menggunakan alat spirit level yang panjang diletakkan di bahagian tengah tembok.
Pastikan setiap permukaan bata menyentuh rata tepi aras spirit.
PROSES PENJAJARAN BATA
Penetapan aras asas pada sekeliling reka bentuk strukur yang dibina.
Sekiranya pembinaan tembok berbentuk empat segi, maka penepatan aras perlu dibuat pada keempat-empat penjuru. Proses ini dilakukan dengan menggunakan sesiku bangunan dengan meletakkan pada setiap penjuru tembok yang akan dibina.
Merancang tanda (mengukur dan menanda) ikatan bata.
Mulakan kerja merancang tanda dengan mengukur saiz mengikut dimensi yang disediakan dalam pelan. Tandakan panjang tembok menggunakan sesiku bangunan, kapur dan pita pengukur.
Susun kering bata dari satu penjuru ke penjuru seterusnya. Ini bagi memudahkan kerja susunan bata semasa proses mengikat bata.
Menetapkan kepersegian, pugak dan jajaran ikatan bata.
Kepersegian, pugak dan jajaran ikatan bata dilakukan dengan menggunakan plumb bob untuk pugak, sesiku bangunan untuk persegi dan tali untuk jajaran.
Mendapatkan kelurusan ikatan bata.
Rentang tali antara kedua-dua tali menegak. Pastikan rentangan tali tersebut tengang dan lurus kemudian ikat antara dua bata di kedua-dua hujung tembok.
Selain menggunakan bata, tali guna boleh diikat pada paku yang telah disediakan pada kayu mengikut aras ketinggian bata.
WEB E-PEMBELAJARAN KURSUS KERJA BATA | 2023