Murni Farahin Binti Mahmud merupakan pelajar tahun akhir di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor. Penulis memperolehi Diploma Teknologi Pembinaan di Kolej Vokasional Seri Iskandar, Perak pada tahun 2019. Kemudian, penulis melanjutkan pelajaran pada peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasioanal (Binaan Bangunan) dengan kepujian di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Bahan rujukan ini merupakan karya pertama penulis di bawah bimbingan Prof. Madya Ts. Dr. Yee Mei Heong bagi usaha pembangunan Web E-Pembelajaran Kursus Kerja Bata Bagi Program Teknologi Pembinaan.
Prof. Madya Ts. Dr. Yee Mei Heong merupakan ketua program Doktor Falsafah Pendidikan di Jabatan Pendidikan Profesional dan Siswazah, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Beliau menerima ijazah kedoktoran, Doktor Falsafah Pendidikan Teknikal dan Vokasional, dari UTHM. Sebelum ini, beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam) dengan kepujian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru pada tahun 2002. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Pendidikan Teknikal dan Vokasional di UTM pada tahun 2004. Beliau memperoleh pendidikan tertinggi peringkat Doktor Falsafah Pendidikan Teknikal dan Vokasional di UTHM pada tahun 2015.
Beliau merupakan penyelidik utama bagi Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional, Pendidikan Profesional Mampan untuk Pembangunan Cemerlang (SPEED). Pada 2023, beliau dipertanggungjawabkan sebagai penilai untuk Penilaian Jurnal Antarabangsa, Jurnal Sains dan Matematik Sekolah, Amerika Syarikat serta penilai untuk pengulas Jurnal Antarabangsa , ASTESJ, Amerika Syarikat. Kepakaran akademiknya termasuk kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir aras tinggi, gaya pembelajaran, gaya pengajaran, pendekatan modular pengajaran dan pembelajaran, kemahiran dan pendekatan pembelajaran ke-21. Dr. Yee ialah ahli teknologi berdaftar untuk MBOT, pengajar TRIZ Tahap 1 untuk MyTRIZ, ahli Majlis Reka Bentuk Malaysia (MRM) dan Persatuan Penyelidik dan Perkhidmatan Sosial Malaysia (AMRASS). Pada masa ini, beliau adalah ahli lembaga editorial untuk Prosiding Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (RITVET).