PROSEDUR MENERAP BATA
Kenalpasti lokasi.
Sebelum memulakan kerja-kerja mengikat bata, anda perlu melakukan persediaan lokasi dimana ikatan bata akan dilakukan.
Pastikan kawasan yang dipilih adalah selamat dan sesuai untuk menjalankan kerja ikatan bata.
2. Kenalpasti jenis ikatan bata.
Seterusnya, kenalpasti jenis ikatan bata yang akan digunakan.
Pemilihan jenis ikatan perlu bersesuaian dengan jenis pembinaan yang dikehendaki.
3. Mengukur, menyelaras dan menanda.
Mulakan kerja mengukur dan menyelaras ukuran bata yang digunakan dengan saiz tembok atau struktur yang dibina sepertimana yang disediakan dalam lukisan kerja bata.
Seterusnya, lakukan kerja menanda serentak semasa kerja mengukur dan menyelaras untuk mendapat gambaran kawasan yang terlibat.
Kerja mengukur, menyelaras dan menanda adalah penting dalam membantu mengenal pasti bilangan bata yang diperlukan pada sesebuah pembinaan dapat ditentukan
Ia juga membantu dalam memudahkan proses kerja ikatan bata yang dijalankan.
4. Merancang tanda
Pakukan pada kayu mengikut jarak setiap lapisan bata termasuk mortar untuk memberi panduan ketebalan bagi setiap lapisan.
Atau gunakan tolok bata sedia sudah ditanda ketebalan setiap lapisan.
Gunakan benang untuk mengangkut pada setiap kayu dari hujung ke hujung.
5. Menyusun kering bata.
Sebelum mula mengikat bata, anda perlu menyusun kering ikatan bata untuk memudahkan dalam menentukan ruang kedudukan bata dalam ikatan.
Ia juga membantu dalam meminimumkan pemotongan bata.
Dengan gambaran awal kedudukan bata dalam setiap lapisan dapat menjadikan proses ikatan bata berjalan dengan lancar dan mengelakkan daripada kesalahan dan pembaziran.
6. Memahami dan mematuhi peraturan ikatan bata.
Pastikan ikatan bata mematuhi peraturan ikatan bata seperti:
Elakkan sambungan terus (straight joint).
Bata mestilah berlekap da bertindih.
Gunakan tali untuk panduan lurus.
Mulakan penyebaran mortar dari bawah.
Lapisan mortar dibentuk dengan lekuk pada tengah.
Sisi mortar perlu dikemaskan.
Lekatkan atau buttering mortar pada kepala atau sisi bata.
Sentiasa memeriksa kepersegian tembok.
7. Menyediakan peralatan dan bahan.
Sediakan peralatan dan bahan mengikat bata yang sesuai.
Pastikan peralatan dan bahan yang digunakan masih berfungsi dan dalam keadaan yang baik.
Sediakan mortar mengikut keperluan dalam tempoh masa kerja tertentu supaya dapat mengelakkan daripada pembaziran.
8. Menerap bata
Sebarkan mortar yang dilebihkan sedikit daripada saiz panjang bata.
Terapkan bata di atas mortar dengan berhati-hati mengikut arah benang.
Pastikan menggunakan saiz bata yang betul dan pastikan bata berada kedudukan yang rata. Kebiasaannya pada lapisan pertama dimulakan dengan penggunaan bata penuh.
8. Menerap bata
Pastikan setiap sambungan pada mempunyai sambungan mortar di sisinya.
Pastikan saiz ketebalan mortar adalah konsisten (10mm).
9. Uji kerataan lapisan pertama bata
Gunakan alat aras spirit untuk menguji kerataan lapisan bata.
Pastikan bubble pada alat ini dilaraskan supaya berada di tengah-tengah yang mana menandakan ikatan tersebut berada dalam keadaan lurus dan rata.
Ujian kerataan ini akan dilakukan pada setiap lapisan bata untuk memastikan tembok bata yang dihasilkan dalam keadaan yang lurus dan stabil.
10. Menerap bata lapisan kedua
Naikkan benang kepada aras paku kedua (menandakan untuk lapisan kedua).
Pastikan sambungan lapisan kedua menggunakan bata yang tidak menghasilkan sambungan terus. Kebiasaannya pada lapisan kedua, dimulakan dengan menggunakan bata separuh.
Pastikan menggunakan saiz bata yang betul dan pastikan bata berada kedudukan yang rata.
Terapkan bata di atas mortar dengan berhati-hati mengikut arah benang.
11. Pemotongan bata
Tandakan saiz pemotongan bata yang diinginkan (1/2, 1/4 atau 3/4)
Gunakan bantalan dan tukul untuk memotong bata.
Ketuk dengan berhati-hati supaya bata tidak pecah.
12. Uji kerataan lapisan bata
Gunakan alat aras spirit untuk menguji kerataan lapisan bata.
Pastikan bubble pada alat ini dilaraskan supaya berada di tengah-tengah yang mana menandakan ikatan tersebut berada dalam keadaan lurus dan rata.
12. Buttering mortar
Lekatkan atau buttering mortar pada kepala atau sisi bata (bergantung kepada ikatan).
13. Bersihkan lebihan mortar.
Bersihkan lebihan mortar dengan berhati-hati supaya tidak menganggu ikatan bata.
Ini bagi menghasilkan tembok bata yang kemas, cantik dan bersih dari sebarang kotoran.
14. Teruskan kerja menerap bata.
Ulang proses yang sama untuk lapisan seterusnya.
Teruskan kerja menerap bata sehingga mencapai ketinggian yang dikehendaki.
VIDEO
Stu Crompton (2020), How To Lay Bricks For Beginners Using a line
https://www.youtube.com/watch?v=jDgEqhz94-Y
wikiHow (2021), Build a Brick Wall
WEB E-PEMBELAJARAN KURSUS KERJA BATA | 2023