PENGENALAN JENIS-JENIS IKATAN BATA
Dalam kerja bata, ikatan merupakan proses susunan sistematik bata untuk membentuk tembok atau struktur dengan pelbagai cara untuk memastikan kestabilan dan kekuatannya.
Setiap jenis ikatan mempunyai fungsi dan cara susunan yang berbeza bergantung kepada reka bentuk tersebut.
Antara ikatan bata yang sering digunakan dalam pembinaan tembok dan struktur bangunan adalah seperti:
Ikatan Kepala Bata (Header Bond)
Ikatan Sisi Bata (Stretcher Bond)
Ikatan Inggeris (English Bond)
Ikatan Flemish (Flemish Bond)
JENIS-JENIS IKATAN BATU BATA
Ikatan Kepala Bata juga dikenali sebagai Header Bond yang melibatkan bata penuh dan bata separuh penuh secara berselang untuk mengelakkan daripada bertemu atau menghasilkan straight joint.
Ikatan kepala bata disusun menggunakan bahagian kepala bata secara bertindih dan tidak sebaris.
Jenis ikatan ini sesuai digunakan pada binaan asas atau pada tembok yang berbentuk bulat atau melengkung.
Ikatan jenis ini jarang digunakan kerana ia akan menghasilkan dinding yang tebal dan penggunaan bata yang banyak.
Ikatan sisi bata disusun menggunakan bata penuh dan bata separuh penuh secara berselang supaya ia tidak bertemu.
Pembinaannya bermula dengan menggunakan bata penuh, lapisan yang kedua pula dimulakan dengan setengah bata diikuti dengan bata sisi penuh dan seterusnya.
Dinding yang menggunakan ikatan sisi bata tidak berkemampuan untuk menyokong berat beban yang tinggi memandangkan hasil ketabalannya yang tidak tebal.
Kebiasaannya jenis ikatan ini digunakan untuk binaan yang tertentu seperti tembok sekatan, tembok landasan dan tembok-tembok dalam struktur berangka yang mana tidak memerlukan sokongan beban berat.
Ikatan Inggeris disusun menggunakan campuran lapisan kepala bata (header) dan sisi bata (stretcher) secara berselang seli dalam satu lapisan yang berbeza.
Ikatan ini disusun secara berselang lapisan iaitu satu lapisan kepala bata dan lapisan seterusnya menggunakan sisi bata dalam lapisan yang berlainan secara berselang.
Ikatan Inggeris ini mampu dibina untuk hampir semua jenis ketebalan dinding.
Ikatan ini sering digunakan untuk pembinaan jambatan dan projek kejuruteraan yang memerlukan sokongan berat beban yang tinggi.
Ikatan ini adalah yang paling kuat antara semua ikatan lain.
Ikatan Flemish disusun menggunakan lapisan kepala bata (header) dan sisi bata (stretcher) secara berselang seli dalam satu lapisan yang sama.
Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada sudutnya mewujudkan lekap yang seragam iaitu 1⁄4 bata.
Ikatan ini akan menghasilkan sambungan tegak yang berterusan di dalam tembok tetapi ia tidak akan kelihatan pada permukaan luar tembok.
Ikatan Flemish digunakan pembinaan dinding setebal dua bata.
VIDEO
WEB E-PEMBELAJARAN KURSUS KERJA BATA | 2023